Bab 5 (Hari pernikahan)

Drama Series 1994

Elly masih termenung di tepi tingkap,angin petang yang menampar pipi nya tidak dihiraukan.Elly masih tidak percaya dengan apa yang dia hadapi semalam.
Masih segar dalam ingatan bila Dato' Eziz Hakim menghempaskan barang di dalam rumah sebaik sahaja Elly menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.Matanya sudah bengkak kerana banyak menangis.Elly merasakan bagaikan satusatu batu besar yang menghempap dirinya apabila diberitahu oleh Ikram pagi tadi yang daddy Tengku Danish,Tengku Daniel sudah membuat keputusan untuk menikahkan mereka.Dan yang lebih mencengkam jiwanya bila abangnya turut memaklumkan yang Dato' Eziz Hakim sudah pun memberikan persetujuan untuk menikahkan mereka secepat mungkin.

"Elly kau tak tidur lagi?"pertanyaan Rina melenyapkan Elly dari lamunan.
Wajah sahabatnya ditoleh sekilas sebelum dia memandang semula ke luar tingkap.
"Macam mana aku nak tidur Rina,hati aku tak tenang,"Bisik Elly perlahan.
Abby dan Rina menghampiri Elly.Bahu sahabatnya itu di usap lembut.
"Jangan takut Elly.Kita ada ALLAH.ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan tabah.Doa orang teraniaya akan dimakbulkan ALLAH,"nasihat Abby.
Elly memandang lama wajah sahabatnya itu.Matanya sudah berkaca,terus tubuh sahabatnya dipeluk.Setitis demi setitis air mata mula membasahi pipi gebunya.
"sabarlah Elly" Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh mereka di kala itu.


******
"Elly mulai harini kau hidupla sendiri.Kau bukan milik kami lagi.Ini jalan yang kau pilih.Doa abah moga kau bahagia.Pasal kami janganlah kauu risau pandai-pandai la kami jaga diri.Kita sudah haluan masing-masing.Ingat kau bukan lagi anak Dato' Eziz Hakim yang aku sayang dulu,"kata-kata Dato' Eziz Hakim sungguh melukakan hati Elly.
"Abah jangan cakap macam tu.Jangan hukum Elly macam ni.Elly tak bersalah bah."sayu kedengaran suara Elly sambil menggengam erat kaki Dato' Eziz Hakim.
Sebentar tadi Dato' Eziz Hakim masuk ke bilik pengantin untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Elly.Dato' Eziz Hakim berasa sangat terhina dengan sindiran dari ahli keluarga pihak lelaki.Dia dapat merasakan yang keluarga itu langsung tak hadap kedatangan kami.


-----------

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 pagi.Diluar hujan terlalu lebat,aircond dalam bilik mencengkam kulitnya.Dia terdengar pintu bilik di kuak dari luar.Elly melihat Tengku Danish masuk ke dalam bilik.
Tengku Danish hanya memandang sekilas ke arah Elly.Dia mengambil tuala lalu terus menuju ke bilik air .Tak sampai beberapa minit dia keluar dari bilik air siap berpakaian.Melihat Elly baring di atas katilnya,Tengku Danish menjadi berang.
"Hoi perempuan,siapa bagi kebenaran kau baring kat atas katil aku?" Danish terus menarik Elly bangun dan menampar dia sekuat hati.Elly sungguh terperanjat diperlakukan sebegitu oleh Danish.
Air mata Elly mula menitis.Dia berasa sungguh sakit di pipi dan bibirnya membengkak mengalir darah di hujung bibir.Dia ditolak ke tepi.Elly bersimpuh di lantai dengan tangisan yang ditahan-tahan.Dia menangis bukan sebab sakit dia menangis sebab sepanjang usia dia 21 tahun ,umi dan abah tak pernah naik tangan.Tapi sekarang baru beberapa jam kahwin,dia telah ditampar oleh suami sendiri.
Danish terus menarik tangan Ely semula dengan kasar dia mencengkam pipi Elly dengan kuat tanpa mempedulikan pipi Elly yang bengkak dan memulas tangan Elly ke belakang.
"Itu baru sikit tau.Kalau kau berani guna barang-barang dalam bilik ni sesuka hati siap kau,aku kerjakan"ujar Danish.Danish melepaskan muka Elly dan terus baring di atas katil nya sambil memejaman mata.Danish berasa sungguh puas melihat kesakitan dan penderitaan di wajah Elly.Dia tetap menganggap Elly memerangkapnya,dia dah berjanji pada dirinya yang Elly akan menerima hukuman setimpal atas apa yang dia buat.

Share this novel

Dearena_
2021-11-13 12:02:03 

dear..bila nk updateee??..huhu i nk baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience