Elly sudah mula sesak nafas.Wajahnya sudah pucat,bibirnya menjadi lebam.Nasib baik 2 orang anggota polis itu cepat-cepat menarik tangan Tengku Danish,jika tidak pasti Elly akan berkubur di situ juga.Elly sudah menangis tersedu-sedu.
"Awak tunggu dia salib pakaian.Saya turun dulu dengan perempuan ni" arah pengawai agama itu pada anggota polis berpangkat koperal itu.
Elly hanya mengekori mereka menuju ke lif dengan langkah yang longlai.Abby dan Rina terkejut melihat Elly turun dengan diiringi seorang anggota polis dan tiga orang lelaki.Wajah Elly cukup muram,matanya sudah bengkak.Abby melihat Elly memegang lehernya yang lebam.
"Elly kenapa ni?"Belum sempat Abby dan Rina bertanya lanjut Elly sudah memeluk erat sahabat nya bagaikan minta perlindungan.
"Kenapa Encik?"pertanyaan Rina itu tidak ok dijawab.
Abby dan Rina kebingungan.
****
"Tak Daddy,Danish tak akan kahwin dengan betina tu." Tengku Danish membangkang usul Tengku Daniel Irash agar dia tidak menikahi Ellysha.
Suasana ruang tamu itu sunyi sepi.Ikram sahabat baik Tengku Danish yang kebetulan ada di rumah itu hanya mendiamkan diri.
"Habis tu Danish nak turun naik mahkamah?"Ujar Tengku Daniel Irash dengan suara yang lantang.
"What about my reputation Dani? if this news sampai pada wartawan,habis kita Dani.Our business is finish you Know that!" Jerit Tengku Daniel Irash.
"What about me?what about my life.Don't you care about me?"Tengku Danish pula menyoal Tengku Daniel.
Wajah Tengku Danish keruh.Tindakan Daddy nya untuk menikahkan dia dengan Ellysha membuatkan dia berasa sungguh marah dan tertekan.Kasihnya yang pernah suatu waktu dulu berputik untuk Elly kini sudah bertukar benci,benci yang teramat.
"Sama ada Dani suka ataupun tak, keputusan daddy muktamad.Hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat nanti Elly mesti Dani nikahi,"tegas Tengku Daniel dan terus bangun meninggalkan ruang tamu itu.
Tengku Danish tahu mesti di kala ini jika Tengku Maisara ada,dia akan membantah tindakan daddynya.Malangnya mummy meninggal dunia 10 tahun lepas disebabkan kemalangan jalan raya,sejak dari tu perangai daddy bertukar menjadi seorang yang tegas dalam kerjaya dan lebih menyendiri di dalam bilik.
Tengku Danish sungguh tertekan.Dengan langkah perlahan,dia menuju ke kolam.Ikram setia mengekori dari belakang .
"Danish,aku tau.Waktu macam ni siapa yang cuba menasihati kau,tak ada gunanya.Lebih² lagi bila sebut nama Elly, tapi Da.."
"Dah la Ram,kalau kau just nak cakap pasal perempuan tu,you better don't,"tegas kata-kata Danish pada Ikram.
Share this novel