di mesir

Romance Series 10444

Mei 2011..Kami sekeluarga menunaikan umrah..tak ingat pula berapa hari bulan. Ramai juga saudaraku yang pergi menunaikan umrah.. Keluarga aku dan keluarga pak cik aku.. anak mak su aku dua orang dan beberapa orang pekerja syarikat. Sebenarnya, abah aku dan pakcik aku ni ada sebuah syarikat. Syarikat yang bina² rumah,bangunan dan macam kontraktor lah. Aku tak ambil tahu sangat. balik kepada waktu mengerjakan umrah.. sebelum pergi ke mekah, kami singgah dulu di mesir. Sewaktu di sana, kami hanya menaiki bas. Rombongan keluarga kami sahaja hampir separuh bas. Tempat duduk aku dan adik aku tengah² bas tu. Nak ditakdirkan suatu hari, perut aku sakit. Asyik ulang alik pergi tandas. Sepatutnya hari tu kami pergi melawat piramid. Tapi memandangkan bas lewat hari tu boleh lahh pergi tandas banyak kali pun. Aku naik atas hotel sebab tandas hotel selesa sikit. "wei..cepat sikit..bas mai dahh..kalau hang tak mau p, kami nak tinggai jaa." adik aku menjerit dari luar tandas.

"Nak lahh..bukan hari² aku boleh mai sini."

Setelah selesai mengemaskan diri, aku bergegas turun sebab takut tinggal aku seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience