kehilangan yang tersayang

Romance Series 10444

25 disember 2013, suasana yang memilukan di KMC. Lelaki pertama yang sayang pergi meninggalkan aku buat selamanya. Aku sayang dia. Tetapi,Allah lebih sayangkan dia. Insan pertama yang tak pernah mengecewakan aku. Insan pertama yang sentiasa sabar dengan perangai aku. Insan pertama yang sayang aku sepenuh jiwanya. Insan pertama yang sentiasa bagi aku nasihat. Saat itu, aku rasakan dunia aku seolah-olah sudah sampai ke penghujungnya. Mana tidaknya, tulang belakang kami sekeluarga telah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya. Mak aku hanyalah suri rumah. Kakak- kakak dan abangku masih belajar. Siapa yang hendak sara kami sekeluarga?


* * *
"kak jangan risau noh. Selagi saya masih ada, saya akan tanggung semua keperluan kak dan anak²."Kata pak cik aku setelah arwah abah aku dikebumikan.

Air mata aku tak mampu nak keluar lagi. Badan aku bagaikan hendak demam kerana asyik menangis.Aku ni jenis yang sentiasa happy. Susah nak nangis. Tapi aku 'respect' kat mak aku. Hanya mak aku seorang yanh tak nangis setelah doktor mengesahkan abah aku meninggal dunia. Tapi setelah abah selesai dikebumikan, air mata mak berlinangan juga. Aku tau, mak berpura-pura kuat demi anak dia.

Setelah seminggu hidup tanpa abah, mak Q hantar mesej kepada aku.

"takziah buat Da sekeluarga. Maaf, mak cik tak dapat pergi Kedah."

walaupun ringkas,tetapi sungguh aku tersentuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience