Bab 2

Romance Series 10444

Setelah dapat tahu yang Q ada orang lain, aku jadi tawar hati. Malas nak fikir soal hati. Aku fokus dekat PT3 memandangkan tengah broken. Setelah menduduki PT3, bulan disember ada seorang lelaki minta couple dengan aku. Mula-mula aku sendiri tak nak couple sebab aku ni jenis suka-suka macam tu jaa. Disebabkan tawar hati dan macam pun aku tak tahu. Aku sudi jadi kekasih dia. Dia ni jenis yang sweet talker. Dia pernah bagi aku jubah.Tapi dia ni lebih kepada playboy. Dia couple dengan aku dalam 2 bulan. Lepas tu, aku dapat tau yang dia curang. Bengang lah masa tu. Sakit bila diduakan ni. Aku terfikir juga nak bakar semua pemberian dia. Tapi macam rugi balik kalau aku bakar kan. Buat apa nak libatkan barang-barang tu. So aku pun move on lah walaupun asyik stalk media sosial dia dulu. Makan masa lah nak lupakan orang yang kita sayang.

Naik menegah atas ni, memang aku tak peduli dan tak terfikir nak bercinta dah.
Yang aku rasa masa tu, nak fokus belajar. Tapi macam aku kata lah.. Aku ni jenis yang tak suka pergi sekolah. Memang banyak gila aku ponteng waktu tingkatan empat. Setiap minggu mesti aku akan ponteng. Kalau ada sambutan apa-apa memang aku tak akan pergi sekolah. Kalau pergi sekolah pun, aku akan tidur. Kalau tak tidur, aku akan main dengan kawan-kawan aku waktu cikgu mengajar. Aku hanya fokus bila subjek mate dengan sains ja sebab cikgu garang. Berani nak tidur. Waktu seorang ustaz ni aku tak pernah nak fokus termasuklah kawan-kawan aku. Waktu dia mengajar, kami akan main. Permainan yang kami akan main, cabut nama crush. Best lah kalau dapat nama yang pelik-pelik ni. Lepastu berangan. Kami empat orang ni memang jenis masuk air lah. Lepastu waktu selepas rehat,kami orang terakhir yang akan masuk kelas. Kerja sekolah memang tak akan pernah siap. Buat tu buat tapi tak tau tak pernah siap. Tapi dalam geng kami ni ada seorang yang rajin, nama dia H. Lagi tiga orang termasuk aku memang malas gila. Itulah betapa teruknya kehidupan kami di sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience