5 : Pertarungan Sengit

Crime Series 6179

"Kau okay ke?"Soal Dariel setelah melihat kelibat Heldie yang menekup lengan kirinya. Habis muka Heldie calar-balar. Heldie menarik tangan kanan Dariel.

Beberapa batang gigi yang masih berdarah diletakkan dalam genggaman Dariel. Dariel apalagi terus lempar masuk dalam semak. Entah siapa punya gigi pergi letak dalam tangan dia.

"Yucks!"Dia memandang Heldie dan tangan dia bersilih ganti. Najis berat! Jenuh nak kena samak. Heldie menghamburkan tawa kecil. Cepat-cepat dia naik atas motor Dariel.

Dariel mengesat kembali pada jaket yang dipakai Heldie. Belum apa-apa kepala dia diluku dari belakang. Brutal punya perempuan!

"Jalan." Heldie menolak muka Dariel yang baru hendak menyembur dirinya. Langkah keselamatan la katakan. Terbit senyuman kecil bergayutan di bibir merah Heldie.

Angin berhembus sepoi sepoi bahasa membuatkan rambut perang Heldie beralun-alun. Panorama yang dia lihat amat menarik. Seronok juga menjadi pembonceng. Selama ini dia yang sendiri menunggang motor berkuasa tinggi itu di luar negara. Nak buat macam mana? Dah tiada siapa nak bawakkan. Nak ajak Danella haram perempuan penakut tu nak naik. Takut kemalanganlah , cederalah. Danella penuh beralasan. Tapi dia tetap dengan minat dia dengan motor berkuasa tinggi. Aumm.

"Nak pergi mana?"Jerit Heldie, nak lawan bunyi angin punya pasal. Dia meletakkan tangan di bahu Dariel. Tak kuasa nak jadi minah gedik tak pasal-pasal. Kalau letak tangan dekat pinggang nampak macam bohsia. Tolong sikit. Heldie gadis berkelas tinggi okay.

"Rumah atok kau!" Balas Dariel membuatkan Heldie bertambah bengang. Dia menyeluk tangan masuk ke dalam jaket Dariel dan dicubit pinggang lelaki itu dengan kekuatan tahap maksimum. Biar lebam! Rasakan.

Dariel menepis. Kedua tangan dia menolak tangan Heldie. Nasib motor dia mempunyai sistem yang telah diprogramkan sendiri. Takde orang nak bawak pun motor boleh jalan atas jalan macam biasa tanpa penunggang. Hebat bukan? Ciptaan Dariel yang pertama dan terakhir. Sebab apa terakhir? Kos dia mahal nak mampus! Tahap potong kepala pun ada.

 Rumah agam yang berwarna putih semakin memenuhi pandangan mata Heldie. Dia menarik beg galas rapat ke dada sebaik saja mereka masuk ke ruangan halaman rumah agam itu. Cantik memanglah cantik. Sekali tengok dah semacam rumah hantu yang dalam filem seram!

Dengan dikelilingi hutan yang merimbun tinggi. Hanya ada sebuah saja rumah agam di kawasan ini. Pasti lokasi mereka sukar dijejak. Heldie yakin, Mr K takkan membuat perancangan bodoh yang akan merugikan dirinya sendiri. 

Dia hanya berdiri tegak memerhati Dariel yang menolak pintu rumah agam itu. Nak redah ke? Err...Heldie ragu-ragu. Takkan mereka dua sahaja yang berada dalam rumah ini. 

"Kau tunggu putera raja sambut kau ke?" Sarkastik orang di sana menyoal. Dia masih tidak puas hati lagi dengan kisah gigi tadi! Dariel menayangkan senyuman jengkel melihat Heldie yang terkulat-kulat di hadapan pintu.

"Memanglah. Aku tak nak putera raja. Aku nak raja terus, lagi berkuasa. Ni karpet merah pun tak bentang." Heldie layan mamat sarkastikus itu punya perangai. Dia dah terbiasa. Setakat permainan psikologi begini takkan dia tak mampu tahan. 

Dariel mengetap bibir. 'Perempuan ini memang kuat melawan. Siap kau! Jangan harap hidup kau aman. ' desis Dariel dalam hati. Pintu dihempas dengan sengaja. Dia naik ke tingkat atas dan membiarkan Heldie keseorangan di luar.

"Gosh! " Heldie menjulingkan mata ke atas. Perangai childish sangat! Pergi mampus. Ingat dia nak heran? 

Tombol pintu dipulas. Baru menjejaki kaki dalam rumah itu, dia diserang. Dari kanan seorang lelaki memakai mask hitam menyerang bertubi-tubi. Heldie menepis dan cuba bertahan. Beg galas dilempar ke belakang. Kaki Heldie naik membentes kaki pihak lawan. Dua tumbukan yang dilepaskan tetapi cekap dielak pihak lawan. Heldie naik bengang. Desert eagle yang tersisip di belakang pinggang dikeluar dan diacu tepat pada muka lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat tangan tanda menyerah.

"Who are you?" Apabila Heldie terleka muncul pula seseorang dari arah belakang membuat tendangan padu di bahagian pinggang. Selepas itu dia menarik kasar rambut Heldie.

'Ah sudah! Dua lawan satu. Celaka betul'. Heldie menyumpah berbakul-bakul dalam hati. Tenaga dia tadi sudah banyak digunakan di lapangan terbang sekarang kena beradu dengan dua lelaki yang entah dari mana asal usul. Jatuh tersungkur ditimpa tangga la gamaknya.

Pistol Heldie sudah terbang entah ke mana. Lelaki pertama sudah meraba-raba badan Heldie. Sekadar untuk memeriksa andai kata ada lagi senjata yang disorokkan. Memang Heldie simpan dengan mengikat sebilah pisau dibetis. Kesempatan itu diambil untuk menujah lelaki yang menarik rambut dia dengan siku dan diberi tendangan maut dari belakang.

Lelaki itu terbongkok menahan sakit. Rasakan. Sekarang yang nak dibereskan lelaki di hadapan dia pula. Sudahlah wajah ditutup dengan mask sahaja. 

Pisau yang dia dibawa dihunus dengan mengejut. Dari arah kiri dan kanan bertali arus. Lelaki itu mengelak apabila mata pisau  begitu hampir dengan anak mata dia. Namun Heldie tak akan mengalah. Kerusi-kerusi kayu ditolak dan ada dilambung ke lelaki itu. Kalau kena biar mati katak!

Meja makan dipanjat oleh mereka berdua. Tindakan terpantas yang Heldie pernah lihat apabila pisau dia jatuh di atas lantai. Kini mereka berdua dengan tangan kosong saling berbalas serangan yang tidak berpenghujung. Heldie pura-pura jatuh dan lengan dia dipaut. Segera dia menolak tubuh sasa itu ke hadapan dan dia ke belakang. Mereka berdua selamat terhempas di lantai. Sakit juga badan terhentak sana sini. Penumbuk dikepal dan serentak itu kedua tangan Heldie digari.

"Bastard ! Let me go." Heldie mencemuh. Luka di bibir mengalir dan dia rasakan belakang badan dia basah bukan dengan peluh tapi pasti dengan darah. Sudahlah lengan dia luka sekarang dua makhluk ni buat muka tak berperasaan. Ingat cool.

" Lepaskan kau? Hidup-hidup? Like seriously. Kalau tak gari satu rumah ranap sebab ada binatang buas dalam rumah ini.  Kau ni mutan ke apa. Perempuan tapi kuat macam jantan." Omel dia. Kami duduk berhadapan. Yang membezakan ialah aku duduk di lantai dan mereka seronok duduk di sofa empuk.

Tepukan dari tingkat atas membuatkan enam pasang mata terpasung mengikut susuk tubuh yang santai memakai singlet tanpa lengan disertakan dengan short pan berwarna kelabu.

"Tahniah Heldie. Kau dah berjaya masuk rumah ini. Welcome to ours house." Dariel membuka gari yang membelit tangan Heldie. Sememangnya dia sengaja menguji tahap kehebatan Heldie yang digembur gembar konon hebat berlawan. Susah tumbang. Penghuni rumah ini memang wajib diberi 'hadiah' sempena memasuki rumah agam ini. Sedangkan dulu dia lagi teruk kena dari Heldie. Dariel sendiri perlu bertarung dengan hampir sekumpulan lelaki yang lengkap bersenjata. Bayangkan.

"Siapa ni dude? Kau tak bagitahu kami pun." Lelaki memakai mask bersuara. 

"Penghuni baru. She's our agent. Import overseas. Fresh dari ladang." Dariel menayangkan senyuman menggoda kepada Heldie.

 'Fresh dari ladang opah kau! Kau ingat aku lembu yang dekat Newzealand tu ke? 'Shits! Boleh bayangkan tak rupa Heldie sekarang. Dah serupa anak Hulk. Yang membezakan ialah warna. Dia sekarang berada zon amukan memuncak. Naik merah pipi dia.

"Yang hidung kemik tu Ammar. Yang pakai mask tu..." Tanpa sempat Dariel memberitahu. Si pemakai mask bersuara.

"Romeo" 

Ammar meluku kepala Dariel sebanyak dua  kali. Rasakan berani kata hidung dia kemik! Hidung mancung Ammar diusap.

Agaknya Dariel ada tekanan jiwa kut. Tadi macam mood jahat ni acah baik. Huh.

Klak! Pintu dibuka dari luar. Seseorang menjengulkan wajah. Sunyi sepi keadaan di situ. Heldie meraupkan wajah. Ah bala datang lagi!

Yeay dpt capai target...1165 words ...
Dialu-alukan rate dan komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience