Aku menghirup secawan kopi panas. Cukup untuk memberi haba pada tubuhku. Cuaca di luar sangat dingin. Hotel yang aku sewa selama sehari ini riuh rendah dengan suara dari penginap-penginap yang bermalam di situ.
Aku melihat ke luar jendela. Jalan raya dilitupi salji. Amat mendinginkan.
Suara dari penyampai televisyen membuatkan aku kembali di alam realiti. Hari ini aku akan ke Malaysia. Semua misi aku akan dijalankan sejurus aku menjejakkan kaki di sana.
Dari apa yang Mr K beritahu, nampaknya aku ada rakan sekutu. Partner in crime la gamaknya. Padahal selama ini banyak juga misi yang aku lakukan secara solo.
Asap rokok disedut sepuas-puas hati. Asap berkepul-kepul keluar dari rongga mulut dan hidung.
Orang di sekeliling menjauhinya. Takut kalau-kalau udara itu tidak bersih. Ah!Persetankan. Ni rokok dia beli guna duit sendiri. Pergi mampus siapa nak halang dia merokok.
Dari duduk tegak, dia mengambil posisi baring secara terlentang di atas motorsikal kesayangnya itu. Kaki disilangkan dan helmet fullface digantung pada cermin sisi.
Lama nak tunggu badigol seorang itu. Kalau dia tahulah rakannya itu keluar lambat sudah pasti dia datang menunggu tepat pada masa.
Penerbangan yang dinaiki terasa lama. Hildie penat apabila dia terpaksa bersengkang mata . Tidur pun tidur-tidur ayam saja.
Kerja sebagai seorang pembunuh upahan merangkap perisik memerlukan banyak komitmen. Dari segi masa dan wang memainkan peranan penting.
Mana tahu kalau dia terlajak tidur... sedar-sedar sudah bangun di alam lain. Minta simpanglah!
Keadaan sekeliling sering kali dipantau melalui telefon yang direka khas bagi memudahkan pergerakkannya.
Bunyi pengumuman bahawa kapal terbang bakal mendarat. Aku menarik nafas lega. Akhirnya setelah meredah perjalanan jauh untuk sampai di destinasi aku itu.
Keluar sahaja dari balai berlepas aku memantau keadaan sekeliling. Terlihat sahaja loket yang dipakai oleh seseorang itu menarik minat aku untuk mendekati dirinya.
"Tequila?" Aku menyoal.
"Vodka" Bahasa isyarat aku dibalas.Sah lelaki ini. Yakin dengan gaya lelaki ini. Kami melangkah beriringan.
Di balik kaca mata hitam yang aku pakai...beberapa orang kelibat yang mencurigakan , telah berjaya menarik perhatian aku. Terutama mereka yang membawa beg galas malah melakukan penyamaran dengan memakai topeng muka.
" Ada yang tak kena. Berpecah dulu." Arah aku. Dia mengangguk.
Dalam langkah berjaga-jaga kami berpecah. Sebelum berpecah dia membisikkan arah tembakan yang bakal dilepaskan. Pengalaman lelaki itu sangat cemerlang dari sudut pandangan aku. Dia sangat teliti.
"Jam 3 dan 9. Hati-hati. Jumpa di basement."
Aku berselindung di balik pintu kaca. Cuba membaca situasi terkini. Itu dia, si penembak hendap menjeling aku dan melepaskan tembakan. Selamat! Sipi-sipi lagi aku mungkin akan terkena tembakan itu.
Pintu kaca yang aku jadikan pelindung pecah berderai. Orang awam yang berpusu-pusu di lapangan terbang menjerit ketakutan. Semua bersesak-sesak untuk keluar. Aku turut menyelinap di celah-celah orang awam.
Pintu kecemasan kubuka sambil tangan lincah memasang butir-butir peluru dalam rifle. Silencer dipasang bagi mengelakkan bunyi tembakan.
Tangga aku daki dengan hati yang membara. Tak sampai beberapa minit aku sudah sampai di tingkat dua. Kami bersemuka. Dia dan aku saling berbalas tembakan demi tembakan dan saling melindungi diri daripada ditembak. Memang sengaja aku memilih untuk bertahan dari menyerang , kerana aku tahu lama kelamaan dia akan kehabisan peluru.
Ya! Tepat seperti yang dirancang rifle miliknya sudah kehabisan peluru. Dan ini menandakan peluang keemasan aku muncul. Dia tunduk untuk mengisi peluru.
Aku mendekati dirinya tanpa sebarang bunyi. Sebarang pergerakkan cuba aku minima bagi menyerang pihak musuh. Kepalanya aku hentak dengan rifle yang aku bawa. Kaki memberi hentakan pada lutut dan aku melakukan back flip dan terbang dan sempat melepaskan tumbukan padu di kedua belah pipinya.
Dia mengaduh. Rahang diketap dan menghasilkan bunyi yang menakutkan. Dia yang tumbang telahpun bangun dan memberi pukulan sebagai balas. Dia menyerang dan aku bertahan serangan yang diberikan bertubi-tubi.
Entah mana silap aku, dia mengangkat aku dan dibanting ke lantai. Sakit kepala aku! Terasa bergegar dunia. Dia semakin menggila . Muka aku disembamkan pada meja yang dipenuhi peralatan keselamatan. Naik patah riuk tulang belulang aku dikerjakan. Dia memang tala aku cukup-cukup.
" Cakap...apa misi kau sebelum aku patahkan semua gigi yang kau ada."Ugut lelaki itu kepada aku. Aku tercunggap-cunggap mengambil nafas.
Aku berdiam diri. Hanya lirikan mata yang mengejek aku lemparkan kepada lelaki itu. Semangat aku naik mencanak. Pisau yang tersisip di celah betis aku capai dengan kadar segera aku tusukkan pada dada lelaki itu. Tak adalah dalam sangat aku tusuk.
Sisa kudrat dia masih berbaki aku hentakkan kepala dia dengan kerusi yang terdampar berhampiran aku.
"Lain kali...jangan sentuh muka aku! Aku habiskan duit beribu untuk cantikkan muka!! Sial betullah kau ni!!"Jeritku kuat. Ingat dia je boleh menggila?
Heh. Perempuan menggila lagi teruk. Tubuhnya aku tolak dan aku memijak wajah dia serta menonyoh wajah dia pada tapak kasut but aku. Kemudian aku meludah wajah celaka yang membuatkan mood aku rosak itu.
Dia lembik. Dia tersungkur. Padan muka. Siapa suruh cari pasal dengan Hildie!
"Siapa hantar kau?" Bisik aku di telinganya . Dia buat-buat pekak. Lagilah bertambah geram aku dibuatnya.
"Tiga saat sebelum aku bunuh kau"Rifle aku ambil dan picu aku tarik.
"Red ..Sc..Scorpion." Ujar dia dengan teragak-agak. Air liur ditelan dengan payah. Halkum dia bergerak-gerak.
Aku tersenyum.
"Jangan lupa belajar bahasa isyarat, cakap dekat ketua kau. Bagitahu aku kirim salam maut dari neraka." Darah bersembur keluar dari mulut jijiknya itu.
Aku menahan mual melihat wajahnya yang sedia ada hodoh itu.
Macam mana okay tak setakat chapter ni...leave rate and comment...Thanks
Share this novel