1 : Tahanan

Crime Series 6179

Ngilu. Rantai besi melilit pergelangan kaki dan tangan membataskan pergerakkannya. Air mata sudah kering ditubir mata. Wajah sudah menjadi cengkung akibat tidak mendapat makanan yang sempurna. Itu pun tubuh badan masih mampu bertahan walaupun adakala tidak mendapat makanan dan air yang secukupnya.

Hidup tapi macam bangkai bernyawa. Hanya mengharapkan belas kasihan si pemangsa yang menjadikan dirinya sebagai mangsa. Terkenangkan keluarga celaka itu membuatkan hati kembali mengelegak ibarat air mendidih.

Tergamak ibu dan bapa menjual anak kepada si psikopat yang berjiwa syaitan! Kerana mahu diri mereka selamat, satu-satunya anak perempuan mereka terpaksa dijadikan cagaran.

Sudah puas dia menangis terkenangkan nasib malang yang menimpa dirinya. Akan dibalas semua penderitaannya kepada mereka semua.

Dia merenung sekeliling. Bilik yang dihuninya itu berbau kepam mungkin tiada peredaran udara yang lancar. Hanya ada tingkap kecil yang menghubungkan dirinya dan dunia luar. Malah segala ragam manusia dapat didengari tetapi dia terkurung dalam neraka ini.

Kebebasan? Sudah lama berlalu... si psikopat hanya tahu menyeksa dirinya. Lantai bilik ini sudah penuh dicemari darah yang telah kering. Darah siapa lagi kalau bukan dirinya. Ukiran demi ukiran dibuat pada tubuh badan gadis itu tanpa belas kasihan.

Jeritan dan raungan gadis itu dianggap sebagai satu melodi indah yang berlegar pada pendengarannya. Malah bau hanyir seakan bau indah pada pacaindera miliknya.

1 JANUARI 2019.

Fail yang menimbun diperhati tanpa nada. Kosong. Minda dan fikiran terasa sesak. Nak buat kerja pun tak mampu. Seketika dia membuka tas tangan dan mengambil kit make up dan memperkemaskan solekan di wajah supaya kelihatan lebih cantik.

Bermula dari rambut hitam ikal yang beralun lembut, mata bundar berwarna hijau zamrud , bibir terbelah merekah berwarna merah, dagu runcing dan tubuh langsing.

Itu yang dia dapat perhati melalui pantulan cermin di biliknya itu. Hari ini tubuh langsing itu dibaluti blazer kelabu dan mini skirt yang setona warna itu.

Okay sudah cukup untuk refleksi diri. Hildie bangun dan keluar dari biliknya untuk ke pantri.

Beberapa orang staff tersenyum sewaktu terlibat kelibat Hildie. Hildie mempamerkan senyuman dan melangkah dengan penuh tersusun. Lelaki memang! Pantang nampak perempuan dahi licin mulalah naik ulat bulu. Tapi bukan semualah! Hanya sesetengah sahaja yang berhidung belang bukan?

Seusai membancuh minuman Neslo Hildie kembali ke biliknya. Sempat juga dia bertegur sapa dengan beberapa orang anak buahnya. Satu jabatan kan. Ingat private  investigator  takde etika ke?

Baru sahaja hendak melabuhkan punggung, pintu biliknya diketuk.
Setiausaha merangkap teman karib menjengulkan wajah di balik daun pintu yang separa terbuka.

"Mr K nak jumpa kau..."ujar Danella kemudian dia menutup pintu apabila aku memberi isyarat kepada dia.

Sebelum bangun,pen dan buku nota diambil. Nanti takut ada maklumat terlepas,aku pulak yang kena tempias air liur Mr K .Minta simpanglah!

"Yes, anything Mr K?"

"I ada satu tawaran menarik untuk you, tapi lebih berisiko tinggi." Mr K menompang dagu ke arah aku. Statik aku berdiri bagaikan tugu.

Selalunya kalau ada misi ke apa, adalah juga beberapa kali aku mengetuai misi, tapi takdelah sampai kantoi dengan polis ke apa.

Kami cekap melakukan tugas.Tiada bukti tertinggal pun.

"Kalau you berjaya, 100K milik you. Tapi kalau tak, masuk jail lah jawabnya."Setakat ini,prestasi Heldie boleh dianggap sangat cemerlang. Jarang sekali tugas mereka disabotaj pihak-pihak lain termasuk pihak kerajaan sekalipun.

Heldie tersenyum senget.

'100 ribu...menarik sungguh tawaran itu, tak kerja pun boleh hidup dengan wang sebanyak itu'

"Misi apa?" Serius nada yang terzahir dari bibir merah yang beroleskan gincu ...

"I nak dokumen rahsia, tapi bukan macam selalu...kali ini I nak you curi dari penjenayah. Dia ada dokumen yang boleh menguntungkan pihak kita." Dia ralit memerhati raut wajah Heldie yang sudah berubah rentak.

"Boleh...I akan cuba sebaik mungkin. Tapi jangan mungkir janji pulak. 100K milik I sorang." Heldie melangkah dengan penuh karisma.

Duit. Duit. Duit.

Membayangkan itu sahaja boleh menceriakan hidup dia.

'100 K kau tunggu aku datang!!' getus hati gediknya.

Hai..okay ke bab 1 SK?.. Jangan lupa tinggalkan rate serta komen!!Terima kasih...Babai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience