BAB 8

Drama Completed 2378

Namun Lia masih lagi tunduk.Alamak pengantin perempuan ni pemalunya,terdengar satu suara yang cukup dikenali.

Airin ucapnya lembut,kepalanya didongakkan dan apabila dilihat,Faizal sedang memengang lembut tangannya sambil tersenyum.

Denyupan jantungnya seakan-akan berhenti adakah reality yang dilihatnya sekarang.Faizal cukup tampan dengan mengenakan baju melayu berwarna peach sepadan dengan bajunya dan dilengkapi dengan sampin.

Lia tak nak salam abang ke?Soal Faizal lembut.Air matanya mengalir deras,tanpa disedarinya tubuh Faizal dipeluk kemas.

Kenapa mengangis ni sayang,Kan Lia dah janji dengan Abang yang Lia tak kan menangis lagi.soal Faizal lembut.Malulah orang ramai tengok ni.

Cik adik oi,orang suruh salam suami hang bukannya peluk,hish dia ni kan tak sabar-sabar peril Airin.

Lia yang menyedari kesilapannya,cepat-cepat meleraikan pelukannya.Dalam hatinya dia mengucapkan seribu kesyukuran.

Apabila tetamu telah beransur pulang,Airin sempat menceritakan segalanya.Rupa-rupanya Airin dan Faizal adalah sepupu.Faizal telah pergi ke United Kigdom selepas kami berpisah dan baru ditukarkan ke tanah air enam bulan yang lalu,

Sewaktu Faizal ke rumah Airin dia telah ternampak gambar aku dan Airin ketika melancong di Pulau Sipadan dan bermula dari detik itulah Airin mula mencuri-curi baca diari ku dan memberitahu segala yang terdapat pada diari itu dan segala yang kuceritakan kepada Faizal.

Pada awalnya dia lansung tak tahu bahawa Faizal yang selama ini kuceritakan adalah sepupunya.Airin juga ada memberitahu ku bahawa Linda telah berkahwin dengan anak Tan Sri.

Rupanya Faizal telah mengetahui bahawa Linda ada datang menyuruhku melepaskannya dan Dannylah yang memberitahunya,macam mana Danny boleh tahu,itu aku tak pasti.

Apabila semua maklumat yang diberi oleh Airin cukup,Faizal telah datang menemui orang tuaku dan menceritakan segalanya,dia juga ada membawa dairi ku dan cincin yang terukir namaku yang ku berikannya di saat perpisahan sebagai bukti.Orang tua ku bersetuju untuk merahsiakan segalanya dan segala persiapan perkahwinan ku telah diaturkan di rumah abang ku di Ulu Klang.

Patutlah dairi lama ku hilang. Walau apa pun jutaan terima kasih ku ucapkan kepada Airin,kerana menemukan aku dengan suamiku ialah Mohd Faizal Radzi atau singkatannya Mat.

Malam pertamaku hujan turun dengan renyai-renyai,hujan itu seolah-olah kebahagiaan yang bakal ku perolehi.Maka berakhirlah malam sejuta makna namun ku kira segalanya yang berlaku padaku adalah keajaiban berupa kurniaan buatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience