BAB 3

Drama Completed 2378

Sebab saya sayang awaklah saya harus pergi.Saya takut, saya takut jatuh cinta dengan awak.Saya tak nak jatuh cinta lagi.Perasaan menyintai umpama suatu derita buat saya.

Cinta pertama saya hambar, saya takut kali kedua pun macam itu.Saya sayang sangat dengan awak tapi saya tahu yang saya tak sesuai dengan awak dan saya tak boleh membahagiakan awak, sebab itu saya nak pergi dan kalau boleh saya tak nak jumpa awak lagi.Kita akan bawa haluan masing-masing.

Semua dinding semangat yang dibina telah runtuh,air mata yang ditahan,berderai setitis demi setitis.

Lia, awak meletakkan semua kesalahan di atas bahu awak.Awak kena Ingat yang cinta pertama awak itu suci dan bukannya hambar.Hafiz kemalangan bukan salah awak dan Hafiz tinggalkan awak semasa dia sakit sebab dia terlalu sayang kan awak, dia tak nak tengok awak sedih dan selama kita berkawan awak telah membahagiakan saya.

Dah lah Lia jangan diingat kenanagan tiga tahun lalu, awak biarkan benda yang dah berlalu dan lupakan orang yang telah pergi, ternyata tuhan lebih menyayangi dia dari kita.Salah kah saya jatuh cinta pada awak?

Dan salah kah awak jatuh cinta dengan saya?Setahu saya tak salah jika kita mencintai atau dicintai.Pujuk Faizal lembut sambil memegang tangan Lia untuk memberi semangat kepadanya.

Memang tak salah awak jatuh cinta, tapi awak telah tersalah Pilih orang . Saya takut saya tak setia dengan awak, sebab saya amat menyintai dan menyayangi Hafiz.Hingga kini saya masih ingat kat dia, dia adalah cinta pertama saya dan cinta saya terhadap dia terlalu teguh.

Saya tak mampu untuk lupakan dia Faizal, tangan Faizal ditolak kasar dan Lia pergi meninggalkan Faizal.

Lia, dengar sini.Saya bukannya seorang yang tamak.Sumpah, tak pernah terlintas difikiran saya untuk menakluki hati awak sepenuhnya.Saya tak pernah suruh awak melupakan Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience