Bab 2

Romance Series 3133

SEJURUS sampai ke pesisir pantai, dia melabuhkan punggung di atas batu yang terletak di pesisir pantai. Pemandangan di situ memang cantik tidak terkata. Indahnya ciptaan Tuhan.

Setiap kali dia dihurung masalah, pasti dia akan singgah ke pesisir pantai bagi mendapatkan ketenangan. Memang betul, lihat sahaja laut sudah hilang semua masalah. Betul-betul mujarab.

Tidak kisah dengan pandangan orang sekelilingnya ketika ini. Mesti orang fikir dia kahwin lari. 'Huh, lantak lah.'

Dia melepaskan keluhan berat. Tersangatlah berat. Dia menangis hiba sambil menekup mulutnya agar tidak didengari orang di sekelilingnya. Sesekali dia meraup wajahnya. Tangis yang ditahan, keluar jua.

'Ya Allah, apa salah aku sampai aku diuji sebegini.'

'Sungguh aku tak kuat Ya Allah.'

'Berilah kekuatan kepadaku agar aku dapat tempuhi dugaan ini, Ya Allah.'

Tanpa disedari Mia, ada seseorang sedang asyik memerhati dia disebalik pohon yang rendang itu.

'CANTIK.'

Itulah perkataan yang banyak kali terucap di dalam hatinya. Sungguh dia terpaku dengan kecantikan perempuan itu. Sekelilingnya bagaikan bergerak perlahan sambil dinyanyikan dengan lagu Hindustan. Tidak pernah lagi dia terpaku melihat perempuan lain selain itu.

Sedang asyik memerhati sehingga sahabatnya, Ridzwan memanggil namanya beberapa kalipun dia seperti tidak mendengar dengan jelas suara itu.

"Hoi, Ri!" Kali ini Ridzwan menjerit betul-betul dekat dengan telinga Hairi.

Hairi yang terkejut disergah begitu, dia mula menunjukkan persembahan silatnya sehingga orang di sekelilingnya mula membuat video dan ada juga yang ketawa terbahak-bahak.

Ridzwan yang melihat aksi yang ditunjukkan Hairi itu, ketawa berdekah. Apabila Hairi sedar, dia berkata.

"Eh! Kau ni terkejut aku."

"Haa..tengok awek eh.." Katanya meleret sambil anak matanya memandang ke arah tempat hairi pandang tadi.

"Eh laa..pengantin rupanya. Baru nak masuk line." Katanya dengan nada kecewa. Memang tidak dinafikan, perempuan itu cantik bagaikan bidadari.

"Dah jom gerak." Kata Hairi. Akan tetapi, anak matanya masih melihat wajah perempuan itu. Kakinya seperti tidak dapat bergerak. Bagai dipukau. 'Eh! Apa kau cakap ni.'

"Ha, jom. Dah dah lah tu duk menengok. Orang punya tu." Katanya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang terabur itu. Walaupun giginya terabur, wajahnya boleh tahan hensem. Ditambah dengan tubuhnya yang tinggi lampai serta tegap itu. Berbanding dengan Hairi yang ketinggiannya cuma separas dahi Ridzwan sahaja.

Hairi melangkah meninggalkan tempat tersebut. Kakinya seakan berat mahu meninggalkan tempat itu. Dengan langkah yang diatur, matanya masih menatap perempuan itu. Ridzwan yang melihat sikap Hairi itu, menggelengkan kepalanya.

'Aku harap perempuan tu jodoh kau, Ri. Aku tengok perempuan tu macam tak jadi kahwin je.'

MIA segera mengesat air matanya apabila sahabatnya, Ika memanggil namanya. Mengawal air mukanya agar tidak diketahui Ika yang dia sedang menangis. Cuba senyum semanis yang mungkin.

Ika melabuhkan punggung di atas batu sebelah Mia. Dia sedari tadi lagi berdiri tidak jauh daripada Mia. Ingin membiarkan Mia berseorangan.

"Kau sabar ok. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Lagi bagus kau tau sisi gelap dia sekarang, kalau kau dah terkahwin dengan dia nanti?"

"Aku tak sangka akan jadi macam ni. Kenapa hidup aku selalu malang, ha? Aku ni terlalu baik ke, Ika?" Mia memusingkan separuh badannya menghadap Ika. Ika terkedu melihat mata Mia sembap seperti baru lepas menangis. Kepalanya menggeleng perlahan. Tangan Mia dicapai.

"Aku tau kau cinta gila-gila dekat dia. Tapi jangan disebabkan dia kau jadi lemah macam ni. Kau kena tabah, Mia. Redha dengan ketentuanNya. Kau kena kuat. Kalau tak boleh, at lease kau kena kuat demi ibu kau. Kau tak boleh tunjuk yang kau lemah." Melihatkan Mia diam tidak membalas kata-katanya, dia mula mencari idea untuk menceriakan Mia kembali.

"Tadi kan...kau nak tau tak aku jumpa siapa?" Soalnya meleret sambil tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya. Kening diangkat berkali-kali.

Mia yang pelik dengan sikap Ika yang tiba-tiba ceria itu, mula bertanya.

"Siapa dia?"

"Tadi kan..."

"Cakaplah apa dia."

"Tadi aku ternampak seorang lelaki ni.. Aku rasa kan, dia syok kat kau lah sebab dia dari tadi tau mengendap tengok kau dekat sebalik pokok sebelah kau tu. Hensem jugak mamat tu." Ika yang sudah menghabiskan ayatnya, mula memandang langit. Berangan mengingatkan semula wajah tampan itu.

Mia yang terkejut itu, terus memandang pokok disebelahnya. Akan tetapi tiada sesiapa disitu.

"Aku dah tak percayakan lelaki. Aku dah penat..hati aku dah tertutup." Katanya seraya berlalu meninggalkan Ika keseorangan. Berjalan laju dengan mengangkat sedikit baju pengantinnya yang labuh itu.

"Aik..aku ada salah cakap ke?" Omelnya sendirian. 'Ha, jangan-jangan Mia dah berubah dak! Ehh tak..tak. Tak mungkin.'

"ASSALAMUALAIKUM." Sejurus memberi salam, Mia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tahu, ibu dan kakaknya perasan akan kehadiran dirinya. Yela, tiba-tiba je. Tapi dia tidak peduli.

Mia terus duduk atas kerusi di hadapan meja solek. Memerhati wajahnya. Lama. Eyeliner yang sedikit luntur warnanya akibat menangis tadi.

Dia mengambil makeup remover dan sehelai kapas. Hilang segala makeup pada wajahnya selepas mengelap. Baru sahaja hendak bangun, dia terdengar suara kakaknya.

"Aik, tiba-tiba je balik. Takde angin, takde ribut. Main terjah masuk je gitu. Eh! Kau tak payahlah nak frust menonggeng sangat! Nasib kau tak kahwin dengan dia. Kalau tak, aku tak taulah nasib kau lepas ni." Sengaja dia menekan suaranya agar dapat didengari Mia.

Kedengaran bunyi pintu bilik Mia dihempas dengan kuat dari dalam. Dia keluar dari bilik dengan tubuhnya yang masih berpakaian pengantin. Anak matanya tajam merenung kakaknya.

"Kau kenapa eh? Suka sangat cari pasal dengan aku! Boleh tak kalau sehari tak cari gaduh! Rimas lahh! Dengan tak jadi kahwin, pastu dengan akak lagi! Huh!" Selesai menghabiskan ayatnya, dia terus melangkah menuju ke bilik air yang terletak bersambung dengan dapur sambil menghentak kakinya tanda protes. Tidak lama, cuma beberapa kali sahaja. 'Taknak derhaka punya pasal'.

"Hoi! Gegar rumah! Ibu tengok lah anak kesayangan ibu tu. Bukan main lagi hentak kaki bagai nak rak. Kena potong kaki tu baru tau!"

Puan Laila hanya ketawa kecil. Rumahnya ini akan meriah jika ada anak-anaknya. Jika tiada, memang tidak meriahlah jawabnya. Selalunya yang tiada di rumah, Mia lah sebab dia selalu ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Zahra pula memang tidak kemana-mana, cuma duduk di rumah sahaja. Dalam hati dia bersyukur kerana dapat merasai kebahagiaan bersama anaknya.

~BERSAMBUNG~

Muncul sudah si hero, ups

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience