Bab 1

Romance Series 3131

"CEPATLAH, pengantin oi!" Jerit Zahra dengan nada guraunya apabila melihat Mia masih lagi menilik mukanya buat yang ke sejuta kali sambil memegang dadanya yang berdegup semacam.

Dirinya sudah disiapkan dengan busana pengantin berwarna putih serta veil dan crown terletak kemas di atas bahagian kepala. Pilihan tudung jenis bawal cotton voile berwarna putih menyerikan lagi wajah si pengantin.

Dia dan Kamal bercadang memilih busana pengantin berwarna putih yang ringkas sahaja tetapi masih nampak elegan.

"Sabarlah kak!" Mia berdecit perlahan sambil berdiri memandang cermin, lalu dia mempamerkan senyuman manis. Dia mesti praktis senyum supaya tidak kekok.

Mia berjalan perlahan ke luar bilik. Mesti pengantin lelaki sudah sampai lebih awal darinya. Dilihat ibu dan kakaknya sedang menunggu di atas tangga depan rumah.

"Ha, keluar pun pengantin, ingatkan tak nak kahwin tadi." Kata Zahra yang masih dengan nada guraunya. Dia memang suka menyakat si adiknya. Dia bergelar janda anak satu apabila dia diceraikan oleh bekas suaminya. Lepas itu, dia menjadi pendiam selama beberapa bulan dan kembali 'pulih' empat bulan selepas diceraikan. Mia ingat lagi yang kakaknya menangis meraung melutut depan bekas suaminya. Sungguh Mia rasa sedih bila melihat kakaknya begitu.

"Bu..tengok kakak ni." kata Mia dengan nada manjanya.

"Kakak, apa pula cakap macam tu. Kata-kata tu satu doa tau. Doa yang baik-baik untuk adik." Kata Puan Laila dengan lembut.

"Halah halah, orang gurau je pun. Dah jom masuk kereta. Eh, mana pulak anak aku ni...Amir!" Jerit Zahra apabila anaknya yang sudah berumur 8 tahun tidak muncul dari tadi.

"Ya mak, kejap."

"Kau ni pergi mana hah, yang nak kahwin tu Maksu kau. Yang kau lama sangat bersiap ni dah kenapa." Bebel Zahra sambil bercekak pinggang mengalahkan makcik. Tak lama lepas itu, mereka masuk ke dalam kereta proton saga milik Zahra dan menuju ke surau, tempat Mia dan Kamal akan diijabkabulkan.

HAMPIR kesemua tempat letak kereta di luar surau sudah dipenuhi kereta. Semua yang baru sampai, mula mengatur langkah masuk ke dalam masjid.

Mia mula mengatur langkahnya seiring dengan temannya, Ika yang sejak tadi berdiri menunggu Mia di luar. Temannya yang lagi satu itu tidak dapat hadir ke majlis nikah Mia sebab ada hal kecemasan katanya. Mia dari tadi rasa berdegup semacam. Macam ni rupanya jadi pengantin.

Mia memaniskan muka saat kakinya melangkah masuk ke dalam masjid. Kelihatan semua tetamu undangan di situ terpegun dengan kecantikan Mia. Hampir semua lelaki di situ memandang Mia tidak berkelip. Almaklumlah, Mia memang digilai oleh semua kaum lelaki di Kampung Ban Pecah yang terletak di Parit Buntar, Perak.

"Duduk, Mia." Kata Puan Laila.

Mia duduk bersimpuh di atas kusyen berwarna putih sambil anak matanya meliar mencari sang pujaan hati yang tidak muncul lagi sejak tadi. Hati Mia berasa tidak sedap. Sesekali dahinya berkerut nipis. Mia mengerling ke arah ibunya.

"Ibu..Mia rasa tak sedap hati la." Kata Mia perlahan. Tetap didengari Zahra.

"Kejap lagi sampai la tu. Kau ni pun, tau la tak sabar nak kahwin." Balas Zahra.

"Heish akak ni, orang tengah berdebar ni, dia boleh pulak bergurau." Mia menjeling Zahra sambil mendengus sebal.

"Apa ni, kakak..adik. Kat sini pun korang masih lagi nak bergaduh ya." Puan Laila ni memang lembut orangnya. Dia tidak pernah memarahi atau tengking anaknya. Syukur dirinya mampu bersabar melayan karenah anaknya itu.

"Kejap lagi, pengantin lelaki sampai la tu sayang." Balas Puan Laila sambil tersenyum menyentuh kejap dagu Mia. Zahra yang di sebelah Mia hanya mengherot bibir sebelah ke atas. Dengan Mia boleh pula bersayang-sayang. Huh.

Sedikit sebanyak kata-kata ibunya tadi kembali menenangkan hatinya yang resah tadi. Namun tenangnya hilang apabila bapa saudaranya merangkap wali kepada Mia, mengatur langkah ke arah mereka. Mia kembali resah.

"Angah, mana pengantin lelaki? Dah hampir 20 minit tunggu tak sampai-sampai ni. Tok Kadi tak boleh lambat sebab ada lagi majlis kahwin dia kena datang." Kata Alias. Pakcik Alias merupakan adik bongsu kepada Puan Laila. Dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak.

"Okay, takpe macam ni. Kita tunggu lagi 15 minit. Takpe kan?" Cadang Puan Laila.

"Insyaallah boleh, saya bagitahu Tok Kadi dulu." Kata Alias seraya berlalu.

'Kamal, kau saje je kan nak sakitkan hati adik aku. Kalau aku tahu jadi macam ni, memang aku tak pernah setuju pun kahwinkan kau dengan adik aku. Siap kau Kamal!' Kata Zahra dalam hati. Ya, memang dia beria setuju Mia kahwin dengan Kamal. Disangka Kamal seorang yang baik, yang boleh membimbing Mia. Dia juga pernah nampak Kamal berjalan dengan seorang perempuan seksi di sebelahnya dalam pusat membeli belah. Sangkanya itu adalah majikannya sebab Kamal bekerja sebagai pemandu kepada majikannya sendiri.

"Kak, bagi telefon Mia..Mia nak call abang Kamal sekejap. Mana lah tahu abang Kamal ada hal emergency ke." Mia menghulur tangan. Dalam hati berdoa agar tiada apa yang berlaku.

Zahra menghulur telefon kepada Mia. Hatinya sudah menyumpah seranah si Kamal itu. Ada ke dibiarnya majlis ini berlangsung tanpa ada dia.

"Kau memang nak kena la Kamal.." Bisik Zahra secara perlahan agar tidak didengari mereka disitu.

Setelah Mia mendapatkan telefon dari kakaknya, Mia segera berlalu keluar surau selepas meminta izin ibunya. Matanya sudah kabur, tunggu masa sahaja air matanya jatuh. Mia bermundar-mandir sambil mencari nombor telefon Kamal. Mundar-mandirnya terhenti apabila jarinya sudah menekan sebaris nombor itu. Telefon segera dilekapkan ke telinga. Tut..tut..tut

"Hello."

"Assalamualaikum, abang Kamal. Abang dah sampai dekat mana? Tok Kadi dari tadi menunggu." Seketika Mia terasa pelik sebab kedengaran suara perempuan di sana. 'Mungkin kawan dia kut.'

"Eh, siapa pulak call you ni?" Kata perempuan itu tidak puas hati. Kamal ketika itu masih lagi berada di atas katil sedang bermain aksi ranjang.

"Ouh, tu Mia, bakal isteri tak jadi I. Sepatutnya harini I nikah dengan dia, tapi I tak datang." Jelas Kamal.

"Kenapa you tak datang?" Balas perempuan itu sambil menghadap pandangan ke tempat lain. Terkejut apabila bakal isteri tidak jadi itu adalah Mia. Sakit hatinya apabila Kamal berkata begitu.

"I tak datang, sebab I ada you lah sayang. I tinggalkan perempuan tu sebab dia tu tak menarik la, kaku pulak tu. Tak ingin I nak nikah dengan dia. Tambah-tambah lagi dia tu miskin. Lagipun I kan dah ada you." Kata Kamal sambil tersenyum nakal. Matanya masih lagi memandang nakal setiap inci tubuh perempuan itu. 'Mia..Mia, kau tu bodoh sangat percayakan aku.'

Perempuan itu sudahpun tersenyum mendengar penjelasan itu. Sedetik itu dia kembali melekapkan telefon ke telinganya.

"Hey, perempuan! Kamal dah jadi milik aku. So, kau tak payah lah berangan nak jadi isteri dia. Sebab aku sekarang dengan dia dekat atas katil ni. Kau nak tengok ke? Aku boleh buatkan video call untuk kau tengok. And kau jangan ganggu dia lagi, faham! Padanlah muka kau, hahahaha!" Perempuan itu terus mematikan panggilan. 'Padan muka kau, perempuan. Tak sangka kau akan kahwin dengan Kamal. Kenapa kau suka sangat kacau hidup aku!'

"Sayang, lagi satu round please. Sebelum I gerak pergi kerja ni." Kata Kamal sambil tersenyum nakal. Jujur dia katakan, melihatkan tubuh yang menggiurkan itu membuatkan nafsunya bergelora. Disebabkan itulah dia nekad tinggalkan Mia walaupun Mia mempunyai paras rupa yang cantik persis model. Dia sudah lupa janji-janjinya terhadap Mia dulu.

"Okay, tapi janji you bagi I yang special punya."

"Untuk you apa-apa pun boleh, sayang"

Serentak dengan itu, air mata Mia jatuh mengalir. Terkedu seketika. Terasa sekelilingnya bergerak perlahan. Apabila dia sedar, tangan kanan naik menekup mulut, melepaskan tangis tanpa bunyi. Dahinya berkerut seribu sambil kepala digeleng beberapa kali. Disebelahnya sudahpun ada Ika, Puan Laila dan juga Zahra yang dari tadi mengepal tangannya.

Melihat Mia diam dengan telefonnya masih melekap di telinganya, Zahra merampas telefon dari tangan Mia.

"Hoi Kamal! Tergamak kau buat macam ni dekat adik aku kan! Kau tunggu kau..kau siap kau! Hello? Hello!!" Zahra mendengus sebal kerana Kamal sudahpun menamatkan panggilan sebelum dia bersuara.

"Kalau macam ni lah jadinya, memang aku tak kan setuju dengan perkahwinan ni." Kata Zahra tegas. Hilang sudah kesopanannya. Itulah Zahra, jika ada sesuatu yang berlaku pada ibu dan adiknya, pasti dia akan tegas. Dia lebih mementingkan orang kesayangannya berbanding dengan diri sendiri.

"Dah kakak..tak elok marah-marah macam ni dekat rumah Allah. Semuanya dah terjadi. Sabar ya nak." Puan Laila memeluk bahu Mia. Hatinya luruh apabila orang mengkhianati anaknya.

Tiba-tiba Mia berjalan laju keluar dari perkarangan surau menuju ke pesisir pantai yang berdekatan dengan rumahnya. Di dalam kampung Ban Pecah terdapat pantai yang indah pemandangannya terutama pada waktu senja. Setiap kali hari minggu, pasti ramai pelancong dari luar negara datang ke situ.

"Adik!" Jerit Zahra, bersedia untuk mengejar adiknya.

"Kakak, jangan kacau adik. Adik tak pergi mana-mana tu. Mesti dia pergi pantai tenangkan diri." Kata Puan Laila, segera menghalang Zahra yang sedang menyarung selipar.

"Ibu, buatnya dia terjun laut macam mana?"

Puan Laila hanya diam. Ada betul juga kata Zahra. Tapi dia yakin Mia tidak berbuat begitu. Dia berdoa dalam hati.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience