Prolog

Romance Series 3131

Assalamualaikum korang! Puteri muncul semula setelah beberapa hari jadi silent reader hahah. Jadi, Puteri ada simpan angan-angan nak ada novel sendiri, so inilah dia!

Harap korang enjoy okay!

Kalau ada kesilapan dari segi tatabahasa, korang boleh bagitau ya. Insyaallah Puteri akan ubah.

Selamat membaca!

----------------------------------

Prolog

MIA QAISARA sedang memandu kereta menuju ke satu destinasi jauh untuk membawa diri. Sepanjang perjalanan, Mia terkenangkan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia membawa diri.

~Imbas kembali~

Mia berlari menuju ke biliknya dan mengunci pintu agar Hairi tidak dapat memasuki bilik itu. Tubuh Mia melorot ke bawah di pintu bilik dengan sebelah tangannya menekup mulut menahan tangis.

Terngiang-ngiang kata-kata ibu mertuanya, Datin Salwa yang berhasrat mengahwinkan Hairi dan Sofea.

"Ri, mama nak kenalkan Ri dengan bakal isteri kamu, Sofea. Sofea lah perempuan terbaik untuk dijadikan isteri kepada Ri, mama yakin Sofea boleh jaga makan pakai Ri. Bukannya perempuan tu!" Belum sempat Datin Salwa menghabiskan ayatnya, Hairi lekas bersuara.

"Berapa kali Ri nak cakap, isteri Ri ada nama dan Ri yakin Mia ialah isteri yang terbaik buat Ri. Ri tak akan kahwin dengan Sofea sebab Ri tak sanggup nak menduakan isteri Ri sendiri. Mama buatlah apa yang mama nak buat, tapi bukan kahwinkan Ri dengan perempuan lain. Ri masih sayangkan Mia, cintakan Mia. Pasal apa mama benci sangat dengan Mia? Mia ada buat salah ke pada mama? Apa hina sangat ke Mia di mata mama?" Hairi menutur kata-katanya dengan nada lembut, agar tidak menyakiti hati ibunya itu.

"Ya. Memang mama bencikan perempuan tu! Sebab dia sakitkan hati Ri selama ni, cuba Ri bagitau mama, ada ke dia ambil kisah pasal Ri? Takde kan. Entah-entah makan pakai suami pun dia tak reti jaga! Perempuan macam tu Ri jadikan isteri?? Mama tetap dengan pendirian mama! Mama akan kahwinkan Ri dengan Sofea dua minggu dari sekarang. Kalau Ri tak nak ceraikan perempuan tu, takpe Ri boleh simpan dia tapi jangan abaikan Sofea."

Ketika itu, Datuk Ramzan masih belum pulang dari kerjanya. Itu adalah peluang keemasan untuk Datin Salwa menyatakan hasratnya kepada Hairi. Kalau tidak, mungkin hasratnya itu akan ditolak mentah-mentah oleh suaminya atas sebab mahu menghancurkan rumah tangga Hairi dan Mia.

Sambung Datin Salwa sambil melutut memegang betis Hairi. "Tolonglah Ri, kahwin dengan Sofea sebab mama dah janji dengan Tan Sri Hisyam untuk satukan Ri dengan Sofea. Mama harap sangat yang Ri setuju untuk nikah dengan Sofea." Rayu Datin Salwa.

"Ya Allah, kenapa mama tak bincang dulu dengan Ri? Mama tahu tak, ni soal masa depan Ri tau. Kahwin ni bukan benda main-main, ma. Mama janganlah macam ni, kalau Mia dengar ni tentu dia sedih. Bangun, ma." Terkejut Hairi apabila melihat ibunya melutut merayu. Rasa serba salah mula datang.

Tanpa mereka sedar, Mia sedang memerhati dan mendengar disebalik dinding menuju ke tangga. Hati Mia bagai disiat apabila mendengar kata-kata Datin Salwa. Tangan naik menekup mulut menahan tangis daripada keluar, tidak mahu mereka tahu dia ada di situ.

Namun, saat Hairi terpandang Mia yang ada disebalik dinding itu, dia terkejut. Mia segera naik ke tingkat atas di mana terletaknya bilik tidur kepunyaan Hairi dan Mia.

"Mia." Sebut Hairi dengan nada sedikit getar, menahan debaran. Melihat sahaja Mia berlari menuju ke bilik, Hairi segera berlari mengikuti langkah Mia tanpa mempedulikan Datin Salwa yang masih melutut itu. Saat Datin Salwa melihat Hairi berlari mendapatkan Mia, Datin Salwa mengukir senyum sinis.

"Sayang, tolong dengar penjelasan abang dulu." Kata Hairi sambil mengetuk pintu bilik yang sudah dikunci oleh Mia.

Ketika itu Mia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Dia tidak sanggup untuk mendengar penjelasan Hairi walaupun bukan salah suaminya. Mungkin ini karma untuknya kerana telah mengabaikan suaminya dahulu. Jika Hairi telah berkorban untuk ibunya, jadi dia juga perlu berkorban untuk ibu mertuanya dengan mengizinkan suaminya berkahwin dengan Sofea..

"Abang, Mia izinkan abang nikah dengan Sofea. Kalau itu yang mama nak, abang kena tunaikan. Jangan sesekali hancurkan hati mama dan jangan pedulikan tentang Mia. Mia rela bermadu dengan Sofea." Kata Mia dengan tangisan yang ditahan-tahan.

"Tak kan Mia nak suruh abang kahwin dengan perempuan tu? Abang tak akan kahwin dengan Sofea kalau Mia tak rela!" Betapa kecewanya dia kerana Mia tidak faham perasaannya. Kini dia tersepit ditengah-tengah sama ada dia perlu bersetuju ataupun sebaliknya.

"Abang tolonglah kahwin dengan Sofea, penuhi permintaan mama. Kalau abang sayangkan Mia, abang nikah dengan Sofea. Dan Mia akan pergi jauh dari sini.." Kata Mia dengan nada perlahan. Sungguh dia terpaksa berbuat begitu. Demi kebahagiaan ibu mertuanya, Mia sanggup. Walaupun hatinya berkata tidak sekarang ini..

~Imbas kembali tamat~

Mia memberhentikan kereta di bahu jalan. Tangis yang ditahan-tahan sejak tadi keluar jua. Mia menghentak stereng sambil menjerit melepaskan beban yang terbuku dihati.

"Maafkan Mia, abang. Mia terpaksa buat semua ni demi kebahagiaan abang. Harini hari abang nikah dengan Sofea, Mia harap sangat abang lupakan Mia, henti cintakan Mia." Luah Mia walaupun tidak didengari Hairi. Dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan pelbagai rintangan lagi, jadi dia terpaksa berkorban.

"Ya Allah, kenapa Engkau berikan aku ujian sebegini."

korang boleh singgah ig : puteribunga6 jangan lupa follow okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience