Bab 2 : Teringat

Romance Series 15429

HUJAN sangat lebat membuatkan Lisa terbuai dengan suasana yang sangat mendamaikan itu. Lisa memandang Ali yang sedang tidur di babycoat. Lena sungguh Ali tidur. Hujan juga adalah cuaca yang digemari oleh Ali. Mungkin masa dia mengandung dia terlalu menikmati waktu hujan.

Hujan. Rindu. Doa.

Keluhan halus dilepaskan. Lisa membetulkan selimut dan bantal di kawasan tempat tidur Ali. Langkah diatur menuju ke bilik kerjanya dan dia mengambil laptopnya untuk menyambung kerja-kerjanya. Kemudian masuk ke dalam bilik dan duduk bersila di atas katil.

Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja dia berdecit bila teringatkan pesanan ringkas yang dia terima daripada nombor yang tidak dikenali tadi. Lisa mengerutkan wajahnya. Dia mahu menyimpan nombor telefon itu dan lihat jika nombor itu mempunyai WhatsApp atau tidak. Jika ada boleh dia melihat wajah ataupun klu yang ada. Namun, bila dia cuba menyimpan nombor itu hanya ada gambar laut saja.

Lisa tak puas hati dan cuba memuat turun aplikasi True Caller untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Entah kenapa dia merasakan dia perlu mengetahui orang ini. Mana tahu dia adalah… tapi…

Ting!

+
Lisa, saya nampak awak Online. Tak sudi ke nak balas mesej saya.

Berkerut wajah Lisa. Sebaik saja True Caller sudah dimuat turun. Laju Lisa menaip nombor itu dan mencari siapakah empunya nombor ini.

Hanis.

Hanis?

Hati Lisa mula rasa tidak sedap. Hanis yang itukah?

SYAH yang sedang menonton TV mencuri pandang wajah Lisa yang sedang termenung. Walaupun tangan mereka saling berpegangan namun Syah tahu Lisa tiada di situ. Fikirannya menerawang jauh. Entah kenapa Syah memandang ke luar jika hujan sedang turun. Ahhh! Jangan cari pasal Syah, pesan Syah dalam hati.

“Sayang ni okey tak?” tegur Syah sambil menarik tangannya daripada genggaman tangan Lisa.

Lisa tersentak dan tersenyum, lalu menggagau menarik semula tangan Syah. Begitulah Lisa tidak boleh berenggang dengan Syah.

“Taklah sayang. Sayang nak apa-apa ke?” tanya Lisa.

Keluhan kecil dilepaskan Syah. “Kalau ada benda nak cakap, baik cakap. Kalau simpan sendiri dan expect I nak faham. Memang taklah.”

Lisa menjeling geram. “Tak ada apa.”

“Kalau tak boleh cakap, tulis. Okey?” kata Syah sambil menonton TV semula.

“Hanis?”

Pap! Syah bagaikan terpukul dengan nama tu. “Kenapa? Hanis mana?”

“Hanis, entah. Saya pun tak sure. Tapi, ada satu nombor ni mesej I. Tapi tak adalah dia cakap dia Hanis. Bila I save nombor dia kat true caller keluar nama Hanis. Hanis yang itu ke?” jawab Lisa panjang lebar.

Syah menggeleng perlahan. “Entah. Tak payah layanlah. Mungkin orang lain. Dia ada cakap apa-apa ke?”

“Dia tanya khabar. Tu je.”

“So, tak penting kan? Abaikan je.” Syah malas mahu melayan. Dia pun sudah lama tidak berhubungan dengan Hanis sejak peristiwa lama itu. Dia mahu hidupnya bertambah baik seperti sekarang. Lisa juga tidak seperti dulu, asyik teringatkan Taufiq. Tapi kini mereka lebih sayang-menyayangi dan saling melengkapi.

Lisa memeluk lengan Syah dan meletakkan sebelah mukanya di lengan Syah. “I bukan nak cakap apa tapi macam yang kita pernah bincang dulu. Apa saja kita dua kena jujur. Perjalanan kita masih jauh, Syah. Jauh lagi…”

Kata-kata daripada Lisa membuatkan Syah terdiam dan berfikir apa lagi yang mahu ganggu kehidupan rumah tangga mereka. Dia cuma berdoa mereka sentiasa saling menyayangi dan saling percayai.

DARI jauh dia melihat sosok tubuh yang dia sentiasa nantikan. Shuhada membetulkan ikatan rambutnya dan menghampiri Syah yang baru memarkirkan motosikalnya.

“Pagi abang!”

Syah tersenyum. “Tak kerja ke?”

“Kerja. Tapi ni kena ambil MC sebab tak berapa sihat,” balas Shuhada.

“Ada okey tak? Nak pergi klinik mana? Sini tak ada klinik tau.”

“Tahu. Nanti Ada pergi yang dekat area rumah.” Shuhada saja menekan perkataan area rumah.

Syah menepuk dahinya. “Abang lupa nak mesej Ada kat mana rumah abang.”

Shuhada tersenyum bahagia. “Tak apa. Nanti abang mesejlah Ada okey.”

Shuhada terus berlalu pergi dan entah macam mana ada sekeping sampul surat jatuh ketika Shuhada sudah naik motosikalnya dan berlalu pergi. Syah tidak sempat menahan dan terus mengambil sampul surat lalu memasukkannya ke dalam beg kerjanya.

HARI ini Lisa tidak membawa kereta kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di kawasan KL Sentral. Lebih baik dia menaiki kenderaan awam seperti LRT. Lisa mengeluh perlahan, entah kenapa susah sangat mahu menyingkir kenangan lama.

Kenangan lama. Kenangan bersama Taufiq dengan lebih tepat.

Lisa berdiri dan beratur di garisan yang sepatutnya, earphone di telinga memasangkan lagu kegemarannya ketika ini Suatu Masa nyanyian M.Nasir.

Bagaimana kan ku mula?
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan?
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku?

Brmmm!!! LRT lalu laju di hadapan Lisa.

“Sayang… bahaya depan sangat ni. Belakang sikit,” kata Taufiq dan menarik tangan Lisa ke belakang. Lisa tersenyum suka melihat Taufiq yang sentiasa melindungi dirinya dan menjaganya.

Taufiq geleng kepala. “Kalau I tak ada nanti you tak boleh macam ni.”

“Bila yang you tak ada? You kan dah janji akan selalu ada dengan I? Selalu jaga I. Lainlah I. I kalau tak ada nanti I bangun jadi Pontianak lepas tu I jaga you.” Gelak Lisa bila melihat refleksi Taufiq.

“Apa sayang ni? Confirmlah I baca doa halau hantu tu,” kata Taufiq.

“Sampai hati,” balas Lisa sambil memegang erat tangan Taufiq. Lisa pandang Taufiq dari sisi. “Sayang… selalu pegang tangan I tau. Jangan pernah lepas. I ada you je tau.”

“I pun sama sayang. Kita jaga kita.” Taufiq tergelak dan Lisa terhibur.

Brmmm!!! LRT lalu laju di hadapan Lisa dan membuang jauh masa lalunya. Lisa tersentak dan lagu Suatu Masa masih berlagu indag di corong telinganya.

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu, kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya…

Air mata Lisa mengalir perlahan. Lisa menyeka air mata itu dan melepaskan nafasnya. Dia melangkah masuk ke dalam LRT.

“Kalau masuk LRT cari gerabak yang paling ramai perempuan dan cari yang paling sudut. Lagi bagus yang dekat dengan dinding LRT.”

Pesanan itu terngiang di telinganya. Lisa lemah dia tidak suka jadi begini masih teringat akan kisah lama. Dia takut dia akan hanyut.

Sayang, malam ni I malas nak masaklah. Jom makan luar. I rindu you.

Sent!

Ya, tiap kali dia teringat akan kisah lama. Dia akan cepat-cepat cari suaminya, Syah. Kerana hanya Syah yang layak terima rindu dan cintanya. Dia suami Lisa.

Ting!

I Sayang You
Ehem, lain macam rindunya. I lagi rindu you. Okay! Jom makan luar. Sayang dah sampai mana?

Tersenyum Lisa membaca mesej Syah. Indah.

Yeayyy! Terima kasih sayang. I lagi 4 station sampailah. Lepas tu nak pergi ambil Ali. Sayang sampai rumah macam biasa ke?

Sent!

Lisa merenung ke luar. Dia selalu berpesan pada dirinya untuk sentiasa beri ruang kepada Syah dalam hatinya. Walau sukar, tapi dia cuba. Walau payah, tapi dia kena juga.

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa, di hari yang indah
Ku hulur tanganku lalu kau terima

Lagu telah habis dan mesej balas daripada Syah masih belum diterimanya.

“ABANG?” panggil Ada. Tersenyum dia melihat Syah berada di parkir motosikal sekitar hospital itu.

Syah tersenyum dan berjalan menghampiri Shuhada. “Kenapa tak bagitahu abang pasal ni?” Syah menunjukkan sampul surat itu kepada Shuhada. Shuhada tersenyum lemah.

“Ada laparlah, bang. Teman Ada makan boleh?” tanya Shuhada penuh dengan pengharapan kepada Syah.

Syah terus mengangguk. Shuhada tersenyum gembira. Mungkin ini bahagia yang dia perlukan selama ini.

“Sorry sebab susah payah abang datang sini nak hantar sampul tu dan kena tunggu Ada pulak.”

Syah tersenyum. “Tak apa.”

JAM di dinding menunjukkan sudah pukul 8.00 malam. Syah masih tidak pulang dan masih belum membalas mesejnya. Lisa bukan seorang yang suka mesej berulang kali dan Lisa tidak suka menghubungi Syah kerana takut jika Syah di atas motor. Risau kalau ada apa yang jadi ketika Syah menjawab panggilannya.

“Ali, mana ayah Ali ni?” tanya Lisa kepada anaknya yang masih belum bercakap. Ali hanya diam dan bermain dengan permainannya saja.

“Ibu dah lapar ni…” Lisa memandang telefon pintarnya berharap Syah menelefonnya dan dia memandang pintu agar Syah membukanya.

Namun, tiada.

Ting!

Lisa tersenyum bahagia. Ada mesej yang masuk mesti daripada Syah

+
Lisa? Saya ni Hanis. Hanis bekas kekasih Syah. Awak masih tak mahu balas mesej saya ke? Saya nak sangat jumpa awak.

Lisa terkejut dan terus keras di situ. Kenapa Hanis muncul semula? Dan bermulalah fikirannya berfikir jauh mengenang perkara lalu.

Ting!

+
Sejujurnya saya cari awak ni sebab saya nak minta maaf atas kejadian dulu. Saya nak jumpa awak hanya untuk minta maaf. Saya nak hidup yang tenang. Saya bukan nak jumpa Syah. Saya cuma mahu jumpa awak je.

Lisa membaca dan terus membiarkan mesej itu. Yang dia tunggu adalah Syah tapi Syah tak muncul-muncul.

You balik pukul berapa?

Sent!

TING!

Mesej daripada Lisa masuk. Syah menepuk dahinya dan Shuhada yang tengah seronok makan di hadapannya memandang Syah dengan raut wajah kenapa.

“Abang kena balik dah ni. Abang lupa abang ada dinner dengan isteri abang.” Syah mula tak tenteram.

Shuhada berubah air muka. “Sorry. Ada terlupa abang dah berkahwin.”

“Tak apa. Hmm, abang balik dulu ya. Ada okey kan?” Syah sudah mula ingin berdiri.

Shuhada hanya berdiam dan air matanya tiba-tiba sahaja mengalir. Syah terkejut dan memanggil Shuhada. “Ada? Kenapa ni?”

“Ada tengah tak okey…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience