Bab 3 : Semuanya Muncul

Romance Series 15429

“YOU marah I ke, sayang?” Pertanyaan Syah itu membuatkan Lisa panas telinga. Tapi, dia malas mahu berkata sepatah perkataan pun. Lisa tidur membelakangkan Syah.

“Berdosa ya tidur membelakangkan suami,” kata Syah keras.

Lisa terus duduk dan bangun dari katil. Syah tarik tangan Lisa dan Lisa terduduk semula di katil. “I nak bangun ni Syah.”

“I tanya you soalan. You marah I ke?” tanya Syah sambil pegang bahu Lisa.

Lisa pandang tepat ke mata Syah. “Tak.”

Syah mengeluh. “Habis tu kenapa you tak bercakap dengan I? Layan I macam hambar, macam entah tak ada mood?”

“I memang tengah tak ada mood.” Lisa terus bangun dan menuju ke katil Ali sambil tersenyum melihat Ali yang nyenyak ketiduran.

“Kenapa?”

“Syah, please… I just… tak ada mood,” balas Lisa dengan wajah penatnya.

Syah berdiri di sebelah katil. “Pasal tadi tu ke? Pasal I balik lambat dan kita terpaksa makan kat rumah?”

Lisa terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik kerjanya. Dia bukan mahu berkelakuan kurang ajar tapi dia tidak mahu ada pergaduhan yang tercetus sebentar lagi. Ya, memang dia marah sebab Syah balik lambat dan dia terpaksa makan di rumah sedangkan dia mahu makan di luar.

Ya, ini perkara remeh tapi dia rasa dia berhak untuk merajuk dan berasa marah. Komputer riba dihidupkan, dia mahu sambung membuat kajian dan mahu membaca beberapa artikel sebelum dia masuk tidur semula. Namun, belum sempat dia untuk menaip di Google. Pintu bilik kerjanya dibuka dari luar.

Jelas kelihatan wajah Syah yang memandangnya dengan redup. Pandangan yang sering menghanyutkannya. Syah mempunyai mata yang redup sehingga sesiapa yang menatapnya akan merasa tenang.

“Sayang…” panggil Syah perlahan dan membuatkan Lisa cair sekejap.

Lisa pandang Syah dan mencebikkan mulutnya. Syah tahu Lisa sudah tidak marahkan dia. Syah melangkah mendekati Lisa. Syah melutut di kaki Lisa dan menjatuhkan kepalanya di paha Lisa. “I minta maaf sebab terabaikan you tadi. I tak patut habis kerja lambat sedangkan I dah janji nak bawak you keluar makan.”

Syah cium tangan Lisa berkali-kali.

“Cium tangan je?” tanya Lisa dengan nada rajuk.

Terus saja Syah berdiri dan mencium wajah Lisa berkali-kali bagaikan tiada henti sehingga Lisa pecah gelak dan menolak Syah. Tapi, Syah menarik Lisa supaya bangun dan terus saja menyerang Lisa dengan beribu kucupan.

“Sayang dahlah. I tak bernafas ni. You nak bunuh I ke?” tanya Lisa yang kepenatan hendak mengelak.

“Dari I bunuh you, baik I bunuh diri. Sama je.” Syah menghentikan kucupan dan memegang wajah Lisa. Dia tatap wajah Lisa yang dia cintai. Wanita yang sering bersabar dengannya dan sering memberi peluang kepadanya untuk perbaiki diri.

“I sayang you, Lisa.” Suasana jadi sunyi dan hanya nafas mereka saja kedengaran.

“I cinta you, Syah,” balas Lisa sambil mengelus lembut rambut Syah. Dia suka sekali bermain dengan rambut lelaki itu.

Syah merapati wajah Lisa. Dia mahu menggoda Lisa. Lisa yang cantik. Lisa yang baik.

“I nak you sorang je. I tak nak orang lain,” kata Syah dengan suara perlahannya.

Lisa tergelak kecil. “Buaya.”

Syah terus menarik wajah Lisa untuk dikucup bibir Lisa, namun tidak sempat bila mereka terdengar suara Ali menangis.

“Stop! Ali nangis tu. Tu panggilan kecemasan tu.” Lisa terus berlalu pergi meninggalkan Syah.

“Ali ni kan…” Geram Syah dibuatnya.

“SEMALAM bini abang marah ke?” tanya Shuhada dan melihat Syah yang sedang mengisi angin pada tayar motosikalnya. Sengaja dia meminta tolong Syah sebab dia tidak ada sebab lain untuk mencari Syah. Dia suka berada di sisi lelaki ini. Lelaki yang dia puja sejak dulu lagi.

Syah berdecit perlahan. Dia berdiri dan membetulkan seluar sleknya. Syah sangat kacak dengan gayanya yang tersendiri. Dengan pakaian office attire yang mengikut potongan yang sesuai dengannya. Bila naik motor Syah akan mengenakan jaket kulit.

“Tak ada apalah. Kak Lisa tulah orang yang paling faham abang. Merajuk sikit-sikit tu biasalah. Dia tu manja orangnya. Abang kan suka perempuan yang manja.” Syah tergelak halus dalam masa yang sama dia tanpa sedar telah membuatkan seseorang itu cemburu.

Shuhada mengangguk perlahan. Cemburu. “Kak Lisa? Abang bukan dengan Kak Hanis ke?”

Syah menepuk dahinya dan ketawa kecil. “Kan tak jadi. Tak tahulah tu.”

“Nak tahu macam mana. Ada kan tak dapat datang majlis kahwin abang dulu sebab kan masa tu kitorang tengah bersedih dengan Abang Malik.”

Tiba-tiba saja nama Malik membuatkan Syah jadi sayu. Sahabat baiknya yang sangatlah baik dan sangatlah berjasa dengannya. “Abang tak jadi kahwin dengan Kak Hanis. Ada jodoh yang lebih baik untuk kami dua. Alhamdulillah masing-masing dah bahagia dengan keluarga masing-masing.”

“Ooo, abang contact lagi ke dengan Kak Hanis?” Pertanyaan Lisa membuatkan Syah terdiam sekejap. Bukan apa, dia teringat peristiwa lama dia dan Hanis yang tidak berkesudahan itu.

Syah menggeleng dan tersenyum. Shuhada bagaikan mengerti dan tersenyum juga.

“Macam mana jumpa dengan Kak Lisa tu?” tanya Shuhada ingin membongkar sedikit tentang keluarga Syah. Siapa Lisa ini?

“Ada, kita ni kat tempat pam angin tau. Takkan nak borak sini. Ada pun kena balik dah kan. Kata esok ada kuiz lah apalah kat kampus esok.” Syah mengingatkan Shuhada.

Senang hati Shuhada bila Syah seakan-akan mengambil berat dengannya. “Abang ni… baru nak dengar cerita best abang. Abang apa kata esok lepas Ada habis kelas kita jumpa kejap? Ada naklah dengar cerita abang ni please…”

“Datang rumah abanglah. Jumpa terus dengan Kak Lisa,” ajak Syah yang sudah mula memakai topi keledarnya.

“Nanti dulu. Biar Ada dah tahu pasal Kak Lisa ni barulah seronok nak datang hehehe. Bolehlah abang?” pujuk Shuhada.

Syah berfikir. “Esok tak boleh. Lusa boleh. Okeylah abang nak kena gerak dah ni. Takut sampai rumah lambat.”

“Kak Lisa tahu tak Ada ni siapa?”

Syah menggeleng. “Tak sempat nak bagitahu Kak Lisa lagi. Nanti jomlah datang rumah abang. Berkenalan dengan Kak Lisa.”

“Abang jangan cerita pasal Ada dulu dengan Kak Lisa. Biar kita surprise dia. Yalah, Ada kan adik kawan baik abang. Macam kenalkan adik sendiri kan.” Shuhada bagaikan sakit tekak dan tercekik bila terpaksa menyebut perkataan adik sendiri itu.

Syah yang sudah menaiki motosikalnya itu tergelak dan mengangguk. “Baik. Nanti terus balik rumah. Hati-hati tau. Bye.”

Sebaik saja motosikal Syah berlalu pergi Shuhada melepaskan keluhan berat. Dia cemburu. Sangat cemburu dengan Lisa. Dia sangkakan Syah bersama dengan Hanis dan dia mahu menyakiti hati Hanis, namun ada perempuan lain dalam hal ini.

“Padan muka Hanis tu tak dapat kahwin dengan Abang Syah.”

AWAL sungguh Ali tidur ketika ini. Syah juga selepas solat isyak terus terlelap di katil bersebelahan Ali. Dia tatap wajah-wajah kesayangan hatinya. Hasrat hati ingin berbual dengan Syah jadi terbantut bila melihat wajah kepenatan Syah.

Baru saja Lisa mahu bangun dari katil, cahaya dari telefon pintar Taufiq menandakan ada mesej masuk membuatkan Lisa terlihat pada skrin mesej itu.

Malik -Ada-
Terima kasih abang sebab tolong tadi. Lupa pulak nak cakap terima kasih…

Hanya mesej di atas itu saja yang dapat dibaca oleh Lisa. Dan, gerakan daripada Syah membuatkan Lisa tidak meneruskan untuk membaca mesej tersebut.

“Malik? Malik Ada? Siapa pulak tu?” Perlahan Lisa menyebut nama yang tertera pada skrin telefon Syah sebentar tadi.

LISA bersandar di sofa. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Rumah terasa sunyi bila Ali dan Syah tidur. Mungkin ini adalah waktu yang terbaik untuknya berehat sekejap.

Ting!

Kak Thalia
Assalammualaikum adik akak. Esok kerja tak? Ingat nak lunch sama esok since akak ada meeting dekat area office Lisa. So, if you’re okay. Hit the button reply okay. No pressure. I just want to meet you.

Tersenyum Lisa mendapat mesej daripada Thalia. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Kak Thalia. Kali terakhir adalah ketika dia yang sedang sarat mengandung berjumpa di kenduri arwah Taufiq. Semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat Taufiq sangat baik dengannya.

Ah, Taufiq lagi. Kenapa rindu ini dan ingatan ini tak pernah-pernah habis?

“Kasih, kasihkan aku. Rindu, rindukan aku. Semoga engkau kekal jadi milikku.” Taufiq meniup ke dalam air cokelat panas yang dia buat untuk Lisa. Tergelak kecil Lisa dengan tingkah Taufiq itu.

Lisa mencapai cawan air panas itu dan terus minum. “Jom kahwin.” Terus saja Lisa ungkapkan kata itu seakan-akan dia sudah terkena sihir itu.

Tawa daripada Taufiq sangat mendamaikan hati Lisa ketika itu.

“Wow, berapa second je you terus nak kahwin dengan I. Hebat I ni.” Taufiq mencubit pipi Lisa.

Thalia yang ada di situ turut tergelak dengan tingkah pasangan kekasih di hadapannya itu. “Cepatlah korang kahwin. Akak tak sabar ni. Geli sangat dah tengok korang bermanja macam ni.”

“Sabarlah kak. Taufiq tengah kumpul duit nak kahwin atas kapal ni.”

Ting!

Pesanan mesej yang masuk menyentakkan lamunan Lisa dan kembali kepada realiti. Lisa melihat mesej yang baru saja masuk ke ruang WhatsAppnya.

+
Hai Lisa. Esok jom lunch sama. I ada kat bangunan yang sama dengan tempat kerja you. Mungkin kita boleh jumpa sekejap. Itu pun kalau you free. I ada benda nak bagitahu you jugak.

Lisa mengeluh kecil. Apa lagi yang perempuan ini mahukan daripada dia. Lisa mengabaikan mesej daripada Hani situ. Tiba-tiba saja Syah muncul dengan serba berpakaian lengkap untuk keluar. Terkejut Lisa dibuatnya.

“Sayang terkejut I!”

Syah tersenggih. “Sorry. Hmm, sayang I nak keluar kejap. Beli burger. Sayang nak?”

Lisa berkerut muka. “You lapar ke?”

“I tanya ni sayang.” Syah mengambil helmetnya di rak tepi pintu rumah.

“Kenapa you macam rushing ni?” tanya Lisa.

“Sayang cepat I keluar, cepat jugaklah I balik sebab tu I macam rushing je. Apa-apa you text I okey. I keluar kejap je.” Syah terus hilang dari muka pintu.

Lisa terdiam kehairanan. Kenapa dia tidak suka akan perasaannya yang sekarang ini ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience