bab 6

Romance Series 2115

Keesokan harinya,apabila cikgu masuk,cikgu meminta murid-murid bekerjasama untuk mengubah suai tempat duduk dalam bentuk kumpulan.Cikgu menyusun kedudukan murid-murid.
"Aisya awak nak duduk kat mana?Depan ke belakang?"serentak aku bertanya.
"Saya nak duduk depan." Jawabnya acuh tak acuh.
Aku diam hanya mengangguk.
Setelah selesai menukar tempat duduk,semua murid pergi duduk di tempat mereka.Apabila duduk,aku terkejut kerana ahli kumpulan aku adalah Farhan dan Alif.Alif duduk dihadapan aku manakala,Farhan dihadapan Aisya.Jauh di dalam hati aku cemburu kerana Aisya yang berhadapan dengan Farhan bukannya aku.Setelah tiba waktu rehat,aku segera ke kantin bersama Aisya.
"Aysara,apa pendapat kau tentang Farhan?" Tanya Aisya.
"Okey aje.Dia hensem." Aku menjawab.
"Aku rasa aku suka dan cinta kat dia la.Bila aku duduk kat depan dia dan aku pandang anak mata dia warna hazel tu aku dapat rasa yang aku cinta dia." Katanya dengan ceria.
Aku terkejut bila dia cakap macam tu kerana aku juga menaruh perasaan kepada Farhan tapi aku diam.
"Ooo." Aku hanya menjawab begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience