bab 4

Romance Series 2115

Aku termenung di meja belajar.Aku teringatkan seseorang iaitu rakan sekelas ku yang bernama Azrul.Dia sangat hensem dan penampilannya telah membuatkan aku minat terhadapnya.Aku merasakan yang aku dah jatuh cinta terhadapnya.Tapi,aku tak akan beritahu sesiapa tentang perasaanku.Setahu aku,Azrul sudah mempunyai kekasih yang bernama Anis.Aku tidak mahu menjadi orang ketiga di antara mereka maka,aku memilih untuk memendam perasaan itu.
Tambahan pula,aku tidak pernah bercakap dengan maka,aku hanya melihatnya dari tempat dudukku di sekolah.
Tok! Tok! Tok!
Aku mendengar ada orang mengetuk pintu bilikku.
"Masuklah!." Laungku.Setelah pintu itu dibuka aku nampak ibu di hadapan pintu sambil berjalan menuju ke arah ku.
"Kenapa anak ibu ni,nampak sedih je.Ceritalah kat ibu." Kata ibu.
"Tak ada apa-apa lah ibu.Cuma penat sikit je.Tapi Sara okey."
"Kalau macam tu jom turun,kita makan.Ayah dan yang lain sudah menunggu tu." Ajak ibu.
Aku hanya mengangguk sambil menurut ibu turun ke meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience