bab 7

Romance Series 2115

Setelah beberapa minggu berlalu.

Pada waktu kelas KAFA aku ingin duduk di tempat Aisya kerana aku ingin berhadapan dengan Farhan.Aisya tidak menyertai kelas KAFA kerana ada hal.Apabila aku melabuhkan punggung di tempat duduk Aisya,Farhan datang di sebelah aku.
"Tepilah kau aku dulu yang nak duduk kat sini.Yang kau pergi duduk ni kenapa?" Marah Farhan.
"Kau ni apa hal.Aku dah minta dengan Aisya aku nak duduk kat sini jadi aku la yang dapat duduk kat sini.Blah la kau." Aku menjawab.
Aku terkejut kerana Farhan duduk disebelah ku di atas satu kerusi.
"Woi apa masalah kau ni.Gila ke? Tepi la kau tu.Tak baik duduk satu kerusi" Marahku.
"Hehehe.Kau la yang pergi.Aku tak akan bangun.Kalau kau geli atau serabut kau blah la.Aku nak duduk sini jugak.Kalau kau tak nak blah,kita duduk macam ni la sampai balik." Jawab Farhan acuh tak acuh.
Aku segera Bangun duduk di tempat ku walaupun ia bersebelahan dengan Farhan.Tak apa lah okey sikit,tadi satu kerusi ni kerusi berlainan.Tetapi,jauh di dalam hati aku,aku suka sebenarnya dengan apa yang terjadi.
"Aysara,aku nak beritahu kau sesuatu ni tapi kau janji dengan aku kau jangan beritahu sesiapa" Kata Farhan dengan selamba.
"Okey." Jawabku dalam nada merajuk.
"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Aisya." Katanya.
Aku terkejut sangat dan hatiku hancur kerana dia tak cintakan aku.Tapi aku hanya senyum takut dia perasan apa-apa.
"Aku cintakan dua perempuan dalam satu masa iaitu Aisya dengan Anis." Katanya lagi.
"Kau ni tamak la.Satu pun cukup la."jawabku dalam nada bergurau.
"Boleh tak kau bagitahu Aisya pasal ni?" Tanyanya.
"Hmm...." jawabku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience