Sakura yang terkejut terus memandang Tomioka di sebelah "Ada orang cedera tak ringan atau berat..?"
"Aah.. Langsung tak ada Captain kecuali ada seorang mak cik ni dia terseliuh kena langgar dengan musuh masa musuh nak tawan tempat ni.."
"Penjenayah semua ada berapa orang?"
"9 orang.. 2 orang kena tembak kat kaki dan tangan lagi 7 orang semua pengsan di dalam bilik kedap bunyi semua dah di keluar kan.. Captain boleh tengok.. Mari saya tunjukkan"
Tomioka dan Sakura terus mengikuti anggato nya masuk ke dalam bilik itu. Tomioka terus periksa mangsa di situ satu persatu 'Semua serangan nya hanya kena di organ vitual sekali dan terus pingsan di bahagian tengkuk' hati Tomioka berkata.
"Tahanan macam mana.. Dia orang ada cerita apa-apa tak?"
"Kami semua dah dengar semua cerita satu persatu.. Sama.. Dia orang cakap perempuan bertudung kuning tu yang buatkan dia orang semua pengsan.."
"Perempuan tudung kuning..?"
"Perempuan tudung kuning?.. Bukan ke tu perempuan yang berlawan dengan abang tadi kan?"
"Ahmm.. Betul lah tu.. Tak salah lagi dia yang buat ni semua ni.. Hmm.. Ok lah bawak dia orang semua ke lokap polis cuma yang sorang tu kita ambik"
"Baik Captain.."
Tomioka menyuruh Sakura untuk cari bahan-bahan sebagai bukti. "Cuma ni je ke.. Kemampuan kau.. Kau jauh lagi lemah dari dulu" kata Mayumi itu teringat-ingat Tomioka. Dia cuba untuk ingat siapa perempuan itu.
"Lagi lemah dari dulu?.. Pingsan?..organ vitual? cara pertarungan dia ni macam.."
"Abang dah siap semua kita boleh balik lepas tu nak lapor kat ketua teras atasan lagi.. Nanti lambat"
"Hmm.. Jom.."
DI BILIK KETUA TERAS ATASAN..
"Jadi kamu syak siapa perempuan tu?" soalan Ejen Yuuna.
"Mayumi.."
"Mayumi?.. Perempuan yang kamu ajak jadi ejen tu?" Tanya Ejen Michiko
"Ye Tuan.."
"Hmm.. Tak apa lah.. Kamu boleh berehat.."
"Baiklah Tuan.. Terima kasih banyak.. Saya keluar dulu" Jawab Tomioka yang terus keluar dari bilik tu.
"Nampak nya Yuuna.. Mayumi tu.. Memang ditakdirkan untuk jadi pewaris Teras utama lah ye.." jawab ejen Yuriko.
JENIS TERAS DAN KELEBIHAN..
TERAS MAIN = EJEN YUUNA (PEREMPUAN)
TERAS ATTACKS = EJEN MICHIKO (LELAKI)
TERAS DEFENCE = EJEN YURIKO (LELAKI)
TERAS MEDIS = EJEN MIKA (PEREMPUAN)
KELEBIHAN
TERAS MAIN= Teras utama yang boleh menyempurnakan ciri-ciri keempat-empat teras..
TERAS ATTACK = Teras yang mengatur strategi dalam hal serangan.
TERAS DEFENCE = Teras yang mampu membuat pertahanan yang kukuh.
TERAS MEDIS = Teras yang merawat dan membantu orang cedera selepas melakukan misi.
"Hehehe.. Siapa sangka kan Mayumi ni seorang perempuan yang banyak memainkan peranan.. Ni baru kali pertama saya tengok ejen Yuuna ada keduanya.. Hehehe.." kata Ejen Mika yang bicaranya seperti seorang menggoda.
"Hmphh.. Nampaknya.. Dia perempuan yang sesuai untuk pegang jawatan saya.. Nampaknya kita kena cari dia balik.. Dan buat dia masuk ke dalam akademi ni semula.. Ok baiklah perbincangan kita sampai sini.. Jumpa lagi Assalamualaikum" jawab ejen Yuuna yang terus hilang.
Mereka bertiga hanya memandang antara 1 sama lain. "Nampaknya.. Kita dah jumpa 2 pewaris ejen kita sekarang.. Mayumi dengan Tomioka.. Lagi 2 orang macam mana...?" tanya ejen Michiko.
"Hm Hm Hm.. Kau tak payah nak risau kan pasal aku.. Aku dah dah calon cuma tengah tunggu keputusan dia.." jawab Ejen Mika.
"Hmm...untung lah dah jumpa aku ni seorang pun tak letak tau.. Haihh" mengeluh ejen Yuriko.
"Hahaha nanti jumpa lah tu.. Tapi apa cita pasal budak mafia tu.. Umur dia baru 20 tahun kan.. Sama dengan dua orang semua.. Apa kata kalau kau ambik dia jadi anak angkat.. Sekurang-kurang nya dia ada pengalaman jadi seorang mafia ni"
"Nak ajak dia jadi ejan tu aku ok.. Tapi dia setuju.. Kata tak tahu niat dia.. Mana tahu dia jadi pengkhianat ke kat akademi nanti.."
"Insya Allah boleh.. Aku pergi dulu" kata terakhir ejan Michiko.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
"Abang apa ketua teras cakap tadi?"
"Ketua Teras atasan suruh cari Mayumi balik.. Pujuk dia masuk ke akademi semula.."
"WHAT!.. saya tak setuju.. Abang! Mayumi yang nak berhenti lepas kejadian tu dan rancangan ketua teras atas hanya gunakan dua sebagai umpan tarik kumpulan gelap tu.. Sekarang ni ketua teras atasan nak ambik dia balik.. Oh my god.."
"Dah kita ikut je apa yang perlu dibuat ok.. Abang nak berehat pergi dulu" kata Tomioka.
Sakura hanya pandang susuh tubuh abang angkat nya pergi. "Kalau Mayumi datang balik kat sini.. Susah pulak.. Walau apa pun terjadi.. Tomioka hanya milik aku sorang saja" kata perlahan tetapi keras.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
"Haihhh.. Sampai juga kat rumah.. Kenapa lah harini kita nasib malang sangat kan?"
"Kejadian dah berlaku nak buat macam mana lagi kan.."
"Malam ni mak kau ajak dinner kat luar sama-sama kan?"
"Aah.. Kenapa?"
"Tak.. Tadi mak kau telefon mak usu.. Cakap ada orang nak jumpa kau malam nanti.. Dia dinner sama-sama dengan kita.."
"Ohh...ok.. Orang naik atas dulu lah nak mandi"
"Hmm ye lah"
MALAM..
'Siapa yang nak jumpa aku ni.. Hmm.. Tomioka ke?.. Cepat betul dia jumpa aku kat mana.. Ciss.. Dah terlambat nak menyesal lah Aisyah'
"Dah Kenapa ni.. Geling ii kepala?"
"Tak ada apa-apa.. Cuma nak fikir siapa yang nak jumpa tu?"
"Hahaha.. Relax lah.. Kau kenal dia lah.. Kenal sangat.."
Mayumi hanya menghembus nafas dengan perlahan. 'Baik tadi tak payah tanya'
"Haih lemah semangat aku.. Kalau dia" kata kepada dirinya sendiri. Setelah dia semakin menghampiri dia nampak susuh tubuh lelaki di sebelah kerusi kosong.
Mayumi semakin menghampiri dan lelaki itu pon menoleh ke belakang melihat orang datang.
"Afiq..!.. Rupa nya.. Ingatkan siapa tadi.. Mak usu cakap ada lelaki nak jumpa aku.. Kau rupanya"
"Hmm.. Adik sendiri buat apa nak buat temu janji dengan kakak sendiri.. Apa lah"
"Habis tu siapa yang nak jumpa aku?" tanya Mayumi dan memandang semua ahli keluarga nya satu persatu. Mayumi yang baru hendak bertanya di sapa dari belakang "Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.. Hah sampai pon sini duduk.. Makan lah nak makan.. Order je pak cik belanja ye"
"Terima kasih pak cik" balas Tomioka di sebalik sisi lain memandang Mayumi yang sedang tahan marah.
"Aisyah.. Kamu ingat siapa dia lagi?"
"Tak ingat lah abah.. Tak pernah jumpa dia lagi kot"
Semua orang terkedu jawapan yang diberi oleh Aisyah. "Ah.. Baru mak cik ingat awak orang yang kat luar shopping mall tu kan?"
"Hah.. Betul lah tu mak cik" belum sempat Tomioka menjawab Mayumi bantah "Apa tujuan kau datang ke sini?"
"Ahh.. Saja je dah lama tak jumpa pak cik dengan sekeluarga"
"Ni keluarga aku bukan keluarga kau" jawapan yang di beri sepanjang perbualan Mayumi hanya mengeluarkan jawapan dingin.
Tomioka dah mati akal nak jawab, Mayumi yang tadinya duduk terus bangun "Ikut aku sekarang.." arahan Mayumi kepada Tomioka. Tomioka hanya akur saja arahan Mayumi.
Mayumi dan Tomioka berjalan di tepi pantai batu. "Kau datang sini nak ajak aku masuk akademi semula kan?"
"Ahmm.. Nampaknya macam tu lah"
"Aku tak nak" jawab Mayumi yang masih terkawal.
"Kenapa?.. Kenapa kau masih nak salah kan kita orang datang lambat untuk tolong kau waktu tu?"
"Berapa orang aku kalah kan kat halaman rumah aku tu?"
"20 orang.."
"Aku berapa orang?"
"Sorang.."
"See.. Korang cuma lebihkan sesuatu yang lebih berharga untuk bantu orang ramai.. Tapi.. Korang langsung tak hantar bala bantuan kat aku langsung!"
"Bila kita menjalankan misi.. Kita kena selesai kan misi tu sampai habis.. Walaupun korban kan nyawa sendiri untuk Negara.."
"Hmphh.. Kau pernah dengar tak ayat ni.. Bagi orang ramai bila kita tak selesai misi yang diberi kita dianggap sampah.. Tapi bila kita abaikan rakan sepasukan sendiri itu lagi sampah.. Dan juga bila kita abaikan hati kawan kita.. Itu lebih sampah dari pusat pelupusan sampah! "
Tipu lah Tomioka tak terkejut dengan jawapan yang Mayumi bagi.
Share this novel