3 BULAN KEMUDIAN...
'Mana kau.. Tomioka.. Mana harapan yang aku bagi kat kau untuk lindungi ahli keluarga aku ' Getus hatinya yang rapuh Mayumi.
Depan dirinya sekarang sedang berlawan 10 orang berpakaian serba hitam. Sepanjang perlawanan Mayumi, tipu lah kalau dia tak cedera teruk tapi dia paksa dirinya untuk bangun dan berlawan kalau dia mati keluarga dia pun akan terima nasib yang sama tapi mereka akan disiksa lagi pedih, jadi dia rela mati dari serahkan ahli keluarga nya. Lagipun, dia yang mencari musuh ni.
'Kau pembohong Tomioka.. Kau pembohong! Aku benci kau!' semakin kuat hatinya berkata setiap serangan akan dilakukan tanpa belas kasihan.
Dekat 1 jam Mayumi menentang mereka supaya ahli keluarga nya tak disentuh langsung.
"Aku takkan bagi korang sentuh! Ahli keluarga aku.. Kalau korang apa-apa kan ahli keluarga aku.. Langkah mayat aku dulu!" Amaran Mayumi kepada mereka yang masih berdiri.
"Hmphh.. Setakat kau sorang.. Aku pijak mati terus" Ketua mafia.
Pertarungan Mayumi menentang ketua Mafia bermula..
Mereka berdua bertarung sesama sendiri. "Kenapa kau nak babit kan ahli keluarga aku sekali.. Aku yang pukul orang-orang kau.. Jadi cukup lah bunuh aku je.. Tak payah nak babit kan keluarga aku!"
"Setakat kau sorang je aku nak bunuh apa rasa kan?!"
Mayumi cuba tidak masuk dalam kawasan kemarahannya sendiri. Ketika mereka bertarung pisau musuh menusuk ke peha kanan Mayumi, dengan kecepatan yang Mayumi ada pisau yang menusuk di pehanya diambil dan dikembalikan ke ketua mafia tu dan mengakibatkan ketua mafia tumbang di situ.
Sejak saat tu, Mayumi berazam untuk tidak menjadi seorang ejan dan ingin menjadi seorang perempuan yang biasa. Kehadirannya di markas tidak di sebut dengan baik sekali.
Setelah dia memastikan semua mati dihalaman rumahnya, Mayumi terus duduk di atas simen. 'Aku benci kan ejen.. Korang buat aku macam umpan menunggu mangsa.. Dan kau Tomioka..'
Setelah menunggu setengah jam semua para ejen datang dan juga gerakan medis bersama mereka.
"Mayumi.. Kau ok?" bicara robot kucingnya kepada Tuannya.
"Ye.. Aku ok cuma kena pisau kat peha itu je"
"Jap aku cuci luka kau sekarang"
"Ehh Ciko.. Kita cuci kat sana tu.. Kat sini ramai lah.."
"Oh! Ok.."
Mereka berdua berjalan ke depan rumah jauh sikit dari rumah nya.
Semasa Ciko membersihkan luka Mayumi, Mayumi hanya mendiamkan diri dan melihat lukanya di cuci oleh Ciko.
"Saya nak keluar dari ejen.."
Ciko yang sedang mencuci luka berhenti bekerja. "Kenapa nak berhenti.. Mesti ada sebab kan?"
"Tak ada sebab.. Memang aku nak berhenti dari ejen.. Dan aku tak nak terlibat lagi dalam bidang ni.. Cukup lah 3 bulan ni aku kat akademi tu"
"Kau nak berhenti dari ejen?!"
Suara tu datang dari belakang. "Kau nak berhenti jadi ejen.. Betul ke apa aku dengar ni?"
Mayumi dan Ciko berpandangan sesama sendiri sebelum Mayumi menjawab. "Ye.. Betul lah apa yang kau dengar tu.." Kata Mayumi yang bangun dari tempat dia duduki.
"Kau ingat nak berhenti jadi ejen ni senang ke!.. Sekurang-kurangnya 3 tahun tau.. Itu pun kena mohon dengan ketua teras atasan!"
"So.. Kau yang tarik aku untuk jadi ejen Tomioka.. Aku tak nak tapi kau yang paksa.. Aku dah bagi kau harapan tau.. Tapi kau langsung tak datang untuk lindungi ahli keluarga.. Sorang pon tak datang untuk tolong aku!"
"Ok fine.. Tapi takkan lah sampai nak berhenti jadi ejen.. Benda ni kita boleh bawak bincang kan?"
"Maaf Kapten.. Dah tak ada benda aku nak bincang.. Aku harap Kapten dapat faham.. Malam ni juga tugas aku jadi ejen selesai.. Assalamualaikum.. Ciko.. Kau ikut dia orang balik.." balas Mayumi yang terus pergi dan berjalan di sebelah Tomioka.
DARI HARI ITU.. MAYUMI(AISYAH) TIDAK LAGI BERHUBUNGAN DENGAN AKADEMI.. DIA MENJALANI KEHIDUPANNYA SEPERTI SEDIA KALA.
3 TAHUN..
" Lepas ni nak pergi? " tanya mak usunya kepada Mayumi.
" Hmm.. Nak beli takoyaki lah kat bawah sana.. Bau dia macam sedap je.. Mak usu belanje yee hihihi"
"Hmmm..ye lah" mereka yang berada di atas tingkat 2 mula turun melalui tangga untuk pergi ke kedai bawah.
Mereka berdua pergi ke kedai takoyaki untuk membuat pembelian, ketika mereka sedang menunggu. Mayumi melihat lelaki berlari sampai melanggar semua orang di situ, lelaki itu semuanya pergi ke atas. 'Gila punya orang' Getus hatinya.
"SEMUA ORANG YANG BERADA DI SINI SEKARANG NI BERKUMPUL DISINI SEKARANG!.."
Mayumi hanya melihat saja yang mereka lakukan bagi seorang yang tak dengar yang dikatakan di tarik kembali dan duduk di tengah - tengah itu. Mayumi dan mak cik juga termasuk di dalam tahanan itu.
Mereka semua dikelilingi sekumpulan lelaki berbaju hitam, Mayumi terpandang seorang budak laki-laki yang memegang pistol mainan dari situ Mayumi mendapat 1 idea yang bernas.
"Hmm adik boleh kakak nak pinjam pistol tu tak?"
Budak kecil itu memberi pistolnya kepada Mayumi, Mayumi terus cabut benda bulat di hujung pintol itu yang berwarna Orange. 'Hoshh.. Rencana fasa 1 selesai.. Seterusnya fasa ke-2'
Mayumi terus mengambil telefonnya dan mendail 999, panggilan mula mendail dari situ Mayumi mula kan rancangan dia.
Mayumi terus mengangkat tangan dan bangun, semua lelaki di situ terus mamacu pistol kearah Mayumi. "OP!.. Op op.. Saya cuma nak minta izin itu je" terang Mayumi yang terus berjalan ke depan di setiap celah orang-orang yang berada disitu.
Mayumi berjalan kearah yang dia rasa ketua di kumpulan itu. "Ahh.. Nak pergi toilet jap boleh..?"
"Tak boleh!"
"Ok.. Saya tak kesah tak boleh tapi sekarang saya betul-betul terdesak... Encik pernah dengar perempuan datang bendera merah tak.. Sebelum bendera merah keluar.. Baik sya pergi dulu.. Boleh lah ye.. Bye.."
Mayumi terus bergerak untuk ke tempat lain. "Siapa izin kan kau pergi.. Aku tak cakap apa-apa lagi kan!" balas lelaki itu sambil mengarahkan pistol ke kepala Mayumi.
"Alaa.. Encik saya betul-betul terdesak ni.. Tolong lah faham"
Orang yang merangkumi sebagai ketua tu "Bawah dia ke bilik tu sekejap.."
"Baik boss"
Mayumi senyum sedikit selepas mendengar arahan itu. 'Fasa 3 bermula'
"Ekk.. Apa ni.. Jangan lah main pegang-pegang lepas lah.. Kamu semua memang suka bunuh orang ke hah?"
"Diam lah.. Kau tahu apa tentang mafia ni hah!"
Terkena.
"Ehh lepas lah.. Aku boleh jalan sendiri.. Jangan pegang aku boleh tak?"
"Ok.. Aku bagi jalan.. Jalan lah!" keras lelaki itu berkata.
Mayumi terus menuju ke tempat lelaki itu masuk. "Aisyah apa kamu buat ni?!" kata mak usu nya yang berada di kolompok tahanan itu. "Kau diam.. Boleh tak!" kata seorang elaki yang memacu kan pistol ke arah mak usu nya.
"Ehh..tak malu ke nak tembak orang yang lagi tua.. Kamu semua tu muda.. Kalau lawan dengan tua.. Terang-terang lah tua kalah.. Dah biar je lah dia tu" balas Mayumi yang seolah-olah orang yang tak kenal.
Setelah diluar selesai Mayumi terus masuk ke dalam bilik itu dia melihat hanya lelaki itu sahaja di dalam bilik itu.
"Mulut kau ni memang tak reti cover ke.. Dasar mulut lempeng"
"Ehhh.. Jaga sikit mulut encik ye.. Sepedas mulut - mulut saya ni.. Saya pandai jaga diri tau.. Hmphh"
"Kau.. Pandai jaga diri.. Hmphh.. Setakat perempuan macam kau.. Aku tampar dah pingsan"
"Tampar.. Wei kau ni memang lelaki daus ke.. Mana boleh tampar perempuan.. Mentang-mentang lah perempuan ni lembut.. Suka buat patung kan"
"Macam mana.. Lelaki tak tampar perempuan.. Kalau perempuan keras mulut sangat.. Pang pumm Pang pumm"
"Perempuan.. Mulut je murai tapi mulut dia keluar semuanya nasihat.. Buat maki hamun"
"Maaf lah yee.. Aku tak percaya.. Semua nasihat dari pada perempuan aku tak terima selain mak aku dengan kakak aku dengan adik aku.. Tu baru aku dengar.. Faham?!"
"Hmm ok lah.. Kalau tak ada apa-apa aku keluar.. Yoshh akhir nya.."
Lelaki itu terus pegang pergelangan Mayumi dan masuk ke dakapan nya.
"Wei.. Apa ni.. Lepas lah.. Kau jangan sampai aku tendang kau masuk neraka.. Tengok lah"
"Setakat perempuan macam kau.. Tendang apa rasa.. Kalau kau bergerak lagi aku tembak kau.."
Share this novel