Rate

~MASA KINI~

Detective Series 491

"Aku bergerak sebab kat belakang kau tu ada lebah kau tahu tak?"

"Hah lebah?"

"Kenapa? nak menjerit takut.. Jerit lah.. Aku tak kesah"

"Kalau aku jerit pon orang luar takkan dengar sebab bilik ni kedap bunyi.."

'Hmm kedap bunyi ye.. Lagi senang kerja aku..'

"Ye lah.. Baik kau jangan gerak.. Kalau gerak.. Aku tak pasti sama kau mati atau hidup.. Lepas kan aku.. Aku nak pergi tangkap lebah tu"

"Kau gila ke.. Kalau pukul lebah tu nanti kan tangan kau pon kena sengat"

"Woi.. Lebah tu bukan macam landak tau penuh dengan pisau.. Kalau orang pandai ambik dia tak akan kena sengat lah bongok.. Dah lah lepas kan aku.. Aku nak tangkap dia.. Jadi bahan uji kaji aku.. Kau jangan gerak bagi aku je gerak"

"Ok fine.. Dah"

Mayumi lepas dari tangannya, Mayumi terus bergerak ke belakang perlahan-lahan. "Kepala kau ni boleh tak jangan gerak.. Pandang depan je lah.. Mata tutup!"

Kesempatan ni Mayumi mengeluarkan pistol mainan tu dan pegang seperti biasa dan terus pukul belakang tengkuk lelaki di bahagian bawah pistol mainan itu.

Pengsan.

"Tu lah.. Suka pegang aku.. Kalau nak mafia sekali pon agak-agak lah.."

"Sorang dah tumbang lagi sorang lagi.. Nak tunggu bantuan sampai bila entah nak sampai agaknya.."

Telefonnya yang berada di celah pasu itu telah mati maksudnya polis dah tahu lokasi tempat ni.

Mayumi terus membuka pintu sedikit dan "Hoii.. Kau sini jap!" kata Mayumi yang menunjuk salah satu dari 4 orang di bahagian bawah.

Lelaki itu pon datang kearah Mayumi dan Mayumi menyuruh masuk ke dalam bilik itu.

Lelaki itu kena bala yang sama pada boss mereka. "Kau!.."belum sempat lelaki itu habis bicara terus jatuh di atas badan majikannya.

" Kau apa.. Hmphh.. Lembik"

Mayumi melakukan benda yang sama lagi memanggil mereka semua 1 persatu sampai lah di bahagian bawah tiada sesiapa lagi dan terus keluar seolah-olah tiada apa yang berlaku, 'Tak sia-sia.. Rancangan kanak-kanak aku ni berjaya.. Sekurang-kurang dapat pegang pistol sekali sekala.. Dah 3 tahun tak dapat pegang.. Yosh.. Atas pulak'

Mayumi terus masuk ke dalam kumpulan tahanan untuk menceritakan benda yang sebenarnya kepada mak cik nya.

"Ohh macam tu.. Ingat kan apa lah jadi tadi kat dalam.. Ni apa rancangan selanjutnya?"

"Ok macam ni.."

Semua orang yang berada di situ mendengar rancangan Mayumi,ni untuk keselamatan mereka semua.

"Ok.. Faham.. Saya pergi dulu" kata Mayumi yang terus bangun dan berjalan ke tangga menuju ke atas, ketika dia berjalan tangga di tengah-tengah tangga 4 orang mengarahkan pistol kearah diri.

"Kejap.. Jangan salah faham.. Saya cuma nak panggil 2 orang daripada 4 orang ni.. Ikut saya.. Boss korang  suruh saya panggil 2 orang dulu.. 2 orang lagi nanti ye... Dah jom cepat.. Lambat rugi.."

Mereka berdua turun mengikuti Mayumi. Masuk dalam bilik itu dan" Apa yang kau dah buat hah! "

" Apa yang aku dah buat.. Aku buat apa? Ye" dari situ Mayumi terus berlawan dan mencuri pistol mereka berdua.

Mereka berdua melawan Mayumi di dalam bilik itu. Walaupun dah lama Mayumi tidak pertarungan tapi dia sentiasa berlatih semua ajaran datuknya kepada nya.

Semua serangan Mayumi kena di organ vitual mereka, bila dah kena sekali pukulan rasa sakit lagi teruk dari kena pukul di tengkuk selepas mereka jatuh dan masih tahan sakit Mayumi terus pingsan mereka berdua.

Mayumi merampas pistol itu dan masuk ke dalam beg yang dia ambil dari bilik itu "1..2..3..4..5..6..7..lagi 2 je"

Mayumi mengambil 2 pistol untuk dirinya sebagai berjaga-jaga. Dia terus keluar dari bilik itu benda yang pertama dia pandang adalah mereka semua.

Mayumi terus mengangguk sebagai tanda bersedia. Mayumi berjalan ke atas semula dan pergi kearah mereka berdua dan dengan sengaja Mayumi memulakan pertarungan. Dan semua orang di kumpulan itu berlari ke tempat lain untuk bersembunyi dahulu,itu lah rancangan Mayumi kepada mereka.

Mayumi yang sedang bertarung melihat semua orang sudah lari untuk sunyi jadi dia boleh lepas kan tembakan.

"Kau mesti ejen kan..!" kata seorang lelaki yang terkena tembakam Mayumi di paha dan sorang lagi kena di tangan kanan.

"Ejen ye.. Korang boleh anggap tak.." jawab Mayumi sambil senyum tersembunyi.

Mayumi terus berjalan kearah mereka berdua mengacu kan pistol kearah mereka berdua. Mereka berdua tak ada pilihan lain selain dengar apa yang diminta dari Mayumi.

Mayumi terus berjalan ke belakang mereka berdua dan hanya pingsan salah satu dari mereka. "Ka.. Kalau kau nak tahu rancangan kita orang.. Aku bagi tahu kau sekarang?"

"Tapi aku tak nak dengar pon.."

BUHHH..

Sorang lagi tumbang di lantai sebelah rakannya.

"Setakat 9 orang.. Apa hal lah sangat.. Haihh bosan betul lah" kata Mayumi yang terus berjalan untuk turun ke bawah semula, sambil dia dia turun sekumpulan lelaki dan perempuan masuk ke Shopping Mall itu sambil berlari kearah mereka semua.

'Nasib baik aku letak pistol tu kat atas.. Kalau aku bawak.. Silap hari bulan aku kena tahan atau mati kat sini'

Mereka semua meluruh kearah Mayumi dan membuat bulatan. Tapi Mayumi hanya terus berjalan kedepan tanpa pedulikan arahan yang diberi.

"2 orang cedera.. 7 orang pengsan di dalam bilik tu.. Jadi sekarang saya boleh pergi.. Ok"

"Tunggu!" Bantah seorang lelaki yang hampir sama umur dengan nya.

"Sekarang!" kata Mayumi itu mereka semua keluar dari persembunyian.

Semua tahanan yang dengar kata itu terus keluar dan mengerumuni para ejan dan penjaga di situ. Mayumi menarik mak cik nya untuk pergi dari situ segera.

Mayumi dengan mak cik terus keluar mengikut pintu utama setelah keluar dia mendapati di situ penuh dengan kereta dan semua para ejen. 'Kenapa dia orang kat sini.. Ciss..'

Mayumi yang berdiri di situ seketika terus berjalan ke tepi sambil pegang tangan mak cik nya. "Tunggu dulu semua orang tahanan akan memberi penjelasan kepada kami.. Jadi kami tak boleh sesiapa pon keluar dari tempat ni" bicara seorang lelaki kepada Mayumi.

Mayumi tak ada pilihan lain 'Mak usu pergi masuk kereta dan bawak ke tepi jalan nak keluar.. Sekarang..!'

Mak cik nya hanya mengikuti arahan Mayumi. "Tahanan di dalam ramai lagi kan.. Kenapa nak bagi penjelasan lagi?"

"Ni adalah arahan dari captain sila ikut" jawab seorang lelaki di sebelah lelaki yang tahan mereka tadi.

"Maaf.. Saya pergi dulu"

Lelaki yang merangkumi captain terus kearah Mayumi dan pegang bahu Mayumi sebagai tanda berhenti. Mayumi yang tak nak terlibat terus menghalang dan serangan. Mereka berdua berlawan sesama sendiri. Dan semua yang berada di situ melihat mereka berdua bertarung.

Seorang perempuan turun dari kereta itu dan melihat perempuan dan lelaki itu bertarung, dan juga dia sangat kenal dengan lelaki itu. "Abang Tomioka!.. Hati-hati!"

Dalam pertarungan itu tiada sesiapa tahu siapa yang menang dan kalah sampai lelaki yang bertarung dengan dia seolah-olah terdengar suara orang memanggil dirinya, Mayumi yang perasan dan dengar dari pada dia hendak memukul tengkuk lelaki itu dia ubah posisi tangan nya dan mengakibatkan.

PANGG..

Mayumi hanya menampar lelaki itu, tipu lah kalau dia tak rasa bersalah kan tapi buat masa sekarang ni dia nak elak dari masalah.

Mayumi terus membelakangi lelaki itu. "Cuma ni je ke.. Kemampuan kau.. Kau jauh lagi lemah dari dulu" kata Mayumi yang hanya pandang separuh dari mukanya dan terus berjalan ke tepi jalan untuk menaiki kereta itu.

Tamparan Mayumi bagi pada nya hanya lah tamparan yang ditahan oleh Mayumi. Tomioka berdiri seperti sediakala "Abang.. Abang ok tak ni?.. Sini Sakura tengok ada luka tak kat pipi ni.. Perempuan tu memang nak kena tau suka hati dia je nak tampar orang"

"Kalau awak lawan dengan dia pon.. Belum tentu awak dapat sentuh hujung tudung dia tu.. Dah jom masuk tengok tahanan ada cedera ke tak.." kata Tomioka kepada Sakura.

Ketika mereka berdua masuk seorang anggota datang kearah mereka berdua dan "Captain.. Semua orang jahat dah ditumpaskan sebelum kita datang ke sini lagi.."

Sakura yang terkejut terus memandang Tomioka di sebelah "Ada orang cedera tak ringan atau berat..?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience