Completed
372
“Betul tu, Lia. Sebab tu kalau kita teliti ayat ni, Allah gunakan perkataan ?? yang bermaksud ‘dan’, bukannya ????? iaitu ‘kemudian’. Maknanya dua ayat yang dipisahkan dengan ‘dan’ ni berkaitan antara satu sama lain. Lepas menahan marah, kenalah memaafkan pulak.” Bellyna menerangkan. Terperinci. Dengan menggunakan terma bahasa Arab, Lia berasa sangat kagum dengan naqibahnya itu. ‘Oh lupa, Kak Bellyna belajar di Mesir dulu.’
“Oh.” Mulut Sya seakan berbentuk ‘O’. Mahu sahaja Lia memasukkan nugget yang dibawa oleh Zati daripada jamuan asrama tadi ke dalam lopongan itu.
Lucu.
Lia tergelak kecil. Dia seakan sudah memahami tingkah laku Sya. Minda gadis berusia 18 tahun itu penuh dengan 1001 persoalan. Kadang-kadang soalan yang tidak terlintas di akal fikiran Lia yang gemuk itu pun boleh diajukan oleh Sya. Bukan Lia yang gemuk ya, akal fikirannya sahaja. Gemuk dengan pemikiran dan persoalan. Kerana Lia juga boleh dikategorikan sebagai seorang remaja yang penuh dengan rasa ingin tahu. Namun, jika dalam proses usrah, Lia serta-merta berubah menjadi seorang yang matang. Eh bukan matang mana pun. Kakak naqibahnya yang rasa dirinya matang. Kerana jika tidak ada keperluan untuk bersuara, dia sering mendiamkan diri dan lebih suka memerhati. Itu kata Atiqah.
Untuk Lia sendiri, Lia teringat ketika sesi usrah di Mersing dahulu, ahli usrahnya pernah membongkar keistimewaan hadith ke-9. Kak Mar menerangkan bahawa Nabi Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam pernah menolak soalan-soalan daripada para sahabat yang ingin tahu ketika itu. Soalan-soalan itu kata nabi, akan membebankan umat baginda sendiri jika baginda menjawabnya. Jadi, pengajarannya, kurangkanlah bertanya soalan-soalan yang tidak masuk akal dan soalan-soalan yang tidak penting. Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam juga mengajarkan supaya menerima segala apa ketentuan yang Allah dan nabi perintahkan tanpa banyak bertanya. Lia merasakan hadith ini cukup bermakna buat panduan hidupnya. Sebab itu setiap kali usrah, dia cuba untuk mengaplikasikan hadith itu ke dalam hidupnya sebaiknya, namun bukan tidak bertanya terus, tapi berpada-padalah.
‘Matang?’ Lia teringat akan perkataan keramat yang diucapkan oleh Bellyna pada usrah yang lepas. Lia ragu. Apa yang membuatkan Kak Bellyna berfikir yang dia matang? Setiap kali usrah pasti Lia orang pertama yang mencapai makanan di tengah-tengah halaqah. Orang mengantuk disorongkan bantal, katanya. Untuk sesi usrah yang penuh dengan minuman dan makanan ini, buat Lia kagum pada naqibah itu buat pertama kalinya. Santun pekerti Bellyna dalam menjaga anak-anak usrahnya sangat cermat. Keikhlasan tergambar dalam tiap langkah wanita itu.
Share this novel