Completed
372
Dengan akhlak yang digambarkan pada setiap orang, kata-kata ini seolah-olah menjadi prinsip buat naqibah genit itu, fikir Lia.
?“Kenapa Akak baik sangat. Akak sangat memanjakan kami. Akak tak pernah marah; kalau datang usrah lambat, atau kalau tak datang usrah. Kenapa?” Lia memecahkan persoalan yang sering bermain di mindanya sejak dia masuk ke kolej ini, sejak dia berusrah dengan naqibah ini.
?Bukan apa. Lia sering terfikir, apa hikmah yang digunakan oleh Kak Bellyna dalam mendidik anak-anak usrahnya ke arah Islam. Mengapa sebelum ini Lia sering ditemukan dengan naqibah yang tegas. Walau baik manapun, mesti ada tegasnya di mana-mana situasi. Namun, pada Atiqah, sikap itu seolah-olah disembunyikannya. Risau juga Lia kalau-kalau ketegasan dan kegarangan Bellyna akan meletup ibarat mercun bom di malam raya. Tidak terjangka.
?“Akak memang macam ni lah, Lia. Akak tak suka garang-garang. Entahlah. Akak pun tak tahu macam mana nak garang. Biarlah Akak dengan cara ni. Haha.” Seperti biasa, tawanya pasti terlerai dalam setiap bait kata.
?Lia tahu. Bukannya Kak Bellyna tidak punya rasa marah. Bukannya dia tidak ada rasa sedih. Bukan juga setiap masa dia gembira. Namun, dia mengawalnya. Mungkin juga dia memegang ayat usrah pada kali ini sebagai prinsip hidupnya. Tapi, mungkin juga ini cara dia sendiri dalam dakwah dan tarbiah. Sementelah Islam itu syumul, sempurna. Maka, pelbagai cara boleh dipraktikkan dalam medan ini. Dan bagi Atiqah, ini adalah cara untuknya lebih mudah mendekati mad’unya.
Share this novel