BAB 4

Short Story Completed 372

Lia tersentap, lamunan demi lamunan berselang seli dalam kotak fikirannya. Sekejap berfikir tentang satu kalimah, sebentar lagi berfikir pula tentang makanan. Itulah sang Lia yang penuh dengan kegemukan minda.

Ok, perkataan M.A.T.A.N.G tadi. Lia memang benar-benar setuju dengan segala apa yang diungkapkan oleh naqibah kesayangannya. Dia seringkali membenarkannya. Namun bagi Lia, untuk perkataan ‘matang’ itu pada dirinya, dia kurang pasti. Terlalu besar rasanya frasa itu, sekurang-kurangnya buat Lia.

“Zati, ceritalah aktiviti minggu ni macam mana. Ok tak study?” Wanita berusia 26 tahun itu memulakan bicara. Beserta senyuman. Lagi.

Seperti biasa, usai sesi tadabbur, Bellyna akan bertanyakan rutin harian dan masalah anak-anak usrahnya. Riak wajahnya menunjukkan keprihatinan dirinya terhadap mereka. Ikhlas. Saat diadukan masalah, keningnya dikerutkan. Tanda risau. Saat dikongsikan kegembiraan, matanya seakan bentuk huruf ‘n’. Menggambarkan matanya yang sedikit sepet. Sudah tentu, tanda dirinya turut bahagia.

?Sekali lagi, Lia kagum dengan raut wajah itu. Dengan memegang status sebagai bakal peguam syariah, wajah Bellyna langsung tidak menggentarkan jiwa Lia. Dia seolah-olah semakin tenang apabila memandang sosok tubuh itu. Kekaguman Lia bertambah-tambah setiap kali pertemuannya dengan Atiqah. Bellyna selalu berkongsi kes-kes mahkamah yang harus diselesaikannya dan turut menyelitkan pengajaran daripada kes tersebut. Terlalu banyak rasanya masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang. Terutamanya kes yang melibatkan rumah tangga, sementelah Bellyna mengambil jurusan Syariah dan Undang-Undang, dia sering dihadapkan dengan kes perceraian dan perebutan anak. Semuanya berpaksi pada alasan ‘tiada persefahaman’. Walhal, persefahaman itulah yang harus dicari, bukan menunggu ia jatuh dari langit. Manusia sekarang sungguh mudah mencari jalan penyelesaian. Bukan. Bukan jalan penyelesaian, tapi jalan kemusnahan. Tanda lari dari masalah yang membebankan. ‘Huh, ter-emo pulak aku ni,’ Lia tersinggung sendiri.

?Memandangkan pada semester ini, Lia mengambil subjek Falsafah dan Pemikiran Islam, Lia teringat kata-kata hikmah yang dipelajarinya, iaitu dari seorang ahli falsafah yang digelar Rumi,

‘Raise your words, not voice. It is rain that grows flowers, not thunder.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience