BAB 4

Mystery & Detective Series 6012

Dia mengambil kunci dari poketnya lalu membuka pintu dihadapannya. Aku yang sebentar tadi melihat sekeliling terus tangan aku ditarik oleh nya dengan kasar. Sakit tangan aku dibuatnya!!! Muncul amarah dalam diri aku. Dia terus membawa aku masuk ke dalam bilik tersebut.

Terdapat ruang tamu kecil dan dapur kecil. Terdapat juga katil bersaiz king di hadapan televisyen. Tempat ni seolah-olah seperti di dalam rumah flat. Boleh tahan besar jugak rumah orang ni. Lepas bilik,ada pulak rumah kecil. Dia segera menutup semula bilik tersebut dan menguncinya. Hanya aku dan dia sahaja dalam ruang tu. Yelah sapa lagi kalau bukan aku dengan dia. Lelaki tadi terus melepaskan tangan aku dan duduk di sebuah kerusi malas yang memang tersedia kat sana. Dia terus menyilangkan kakinya seperti bos besar. Aku tadi terus berdiri membeku dihadapannya dan melihat sekeliling. Cantik! Memang kena dengan design rumah aku suatu hari nanti! Semua lengkap dengan adanya tandas,tempat masak,peti sejuk,tv dan sebagainya. Siap ada pendingin hawa lagi. Perfect! Tapi,mana jam dinding? Dan,kenapa kat sini langsung takde tingkap? Baru aku perasan bilik yang aku kena gari tadi pun langsung takda tingkap!

?

"Takkan kau nak buat bodoh kat sana?" Kata-kata lelaki itu terus membuatkan sedar dari lamunan aku.

"Welcome to your new mini house,LANA LYNNE!!" Ujar lelaki tersebut seolah-olah membuat suprise pada Lana. wait what!! My new house!! Are you seriously!? Tapi,macamana dia tau nama aku?. Aku kenal dia ke? ataupun dia tau melalui kenalan aplikasi grabcar. Kot?

"Nak tengok muka aku tak? Mesti kau tertanya-tanyakan siapa aku?" Kata lelaki itu dengan sinis.Aku hanya mengangguk perlahan. Tak berani nak bertentang mata dengannya.

"Aku tanya jawablah!!Kau tu bisu ke atau takda mulut!?" Jerit lelaki itu.

"Ye...ye..." Aku menjawabnya dengan gigil.

"Ready?...." lelaki itu terus mengalihkan hoodie yang menutup kepalanya. Kalau dilihat dari segi rambutnya, memang berkarisma. Macam style rambut Cristiano Ronaldo tu. Lepas itu dia membuka penutup hidungnya dengan perlahan.And PUP!!! Malaikat mana yang hadir dekat depan aku ni. Hidungnya mancung,mata dia cantik macam orang putih,siap warna unggu lagi tu. Rambut dia memang cun dengan paras rupanya yang segak itu. Kulit dia gelap sedikit tapi masih okey.

Dia berdiri dari kerusi malas tadi dan lantas mendekati aku. Tiba-tiba dia........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience