Aku membuka mata aku dengan perlahan. Aku memandang sekeliling dan mendapati kedua dua tangan aku digari dengan gerigi besi. Aku juga didapati sedang terbaring di atas katil. Bilik yang aku ditempatkan juga agak luas dengan barang yang tersusun kemas. Aku berasa hairan kenapa aku tiba-tiba berada di sini dan macamana dan bagaimana?. Aku berasa terlalu takut dan terus menjerit ketakutan.
"Tolong!! Tolong!! Lepaskan aku" Aku menjerit sekuat hati
Tiba-tiba aku terdengar bunyi beberapa bunyi das tembakan dari luar. Aku segera mendiamkan diri. Hanya tuhan sahaja yang tahu dengan nasib aku sekarang.
Tiba-tiba pintu dikuak perlahan dan aku memandang susuk tubuh badan seseorang serba hitam.
?
Kenapa aku seperti mengenali susuk tubuh ini?. Dan ya! Dialah yang jadi pemandu grabcar aku tadi. Tapi mengapa dia memperlakukan aku sebegini sekali. Entah-entah dia seorang penculik!! Mati aku begini kerana aku tidak berhati hati sejak dari awal lagi. Aku hanya mampu berdiam diri dengan ketakutan sehinggalah dia berada dekat dengan katil aku. Di tangannya ada semangkuk bubur dan dia menyuapkan sesuap sudu di mulut aku. Aku cepat-cepat mengelak daripada suapannya dan dia terus menekup mulut aku dan menyuapkan aku secara kasar. Aku mengunyah bubur tersebut dengan perlahan sambil mengalirkan air mata.
Bubur tu boleh dikatakan sedap dan hampir serupa dengan bubur MCD. Dia mengambil tisu di dalam laci sebelah aku dan dengan lantas nya dia mengusapkan air mata aku dengan perlahan daripada tisu yang diambilnya tadi. Aku membuka mulut aku perlahan dan berkata..
"Kenapa kau buat aku begini dan apa salah aku" Rintih dengan aku perlahan
Dia terus menumbuk laci di sebelah aku dengan berang. Aku amat terkejut dengan sikapnya sebentar tadi.
"Apa kau sebut tadi? Kau cakap berkau aku dengan aku tadi!!" Dia terus memegang dagu aku dengan kuat. Aku terus mengerang kesakitan.
"Sakit...."
"Kalau kau taknak sakit, jangan sesekali panggil aku dengan panggilan yang aku benci nak dengar. Panggil aku dengan panggilan sopan faham!!" Dia terus menepis muka aku dengan kasar dan meneruskan suapannya pada aku. Aku hanya akur dan sepanjang dia menyuapkan aku, aku hanya mampu berdiam sahaja sehinggalah dia habis menyuapkan aku dan berlalu pergi dari bilik itu dengan cepat.
Aku mampu berdoa dalam hati. Kenapa nasib aku tiba-tiba begini? Macamana keadaan keluarga aku? Adakah aku akan berjaya keluar dari tempat ni? Dari situlah aku mula berfikir....
Share this novel