BAB 3

Mystery & Detective Series 6012

Aku membuka mata aku perlahan selepas aku terlelap tidur. Tak taulah dah pukul berapa sekarang sebab aku rasa dah lama sangat aku tidur ni. Mata aku mula melilau untuk mencari jam dinding. Tapi malangnya, jam dinding langsung tidak kelihatan di bilik ini.Aku mengeluh perlahan. Macamana lah bilik sesempurna begini langsung takde jam dinding.

Baru aku teringat waktu tu aku ada bawa beg tangan sekali. Kini aku mula meneliti beg tangan aku di sekeliling, nyamun aku langsung tidak melihatnya. Bukannya apa, kalau beg aku ada senanglah aku nak ambil telefon aku. Tapi takde guna jugak macamana nak menaip kalau tangan pun digari. Kalaulah tangan aku tak digari macamni,mesti senang aku nak usya rak2 yang lain.

Tiba2 aku terdengar bunyi kasut seseorang yang sedang melangkah ke pintu bilik ini. Dia membuka pintu perlahan dan rupa2 nya, dia lagi yang datang.

Dia menghampiri ke arah aku dan membuka setiap besi gerigi besi di tangan aku. Selepas itu aku terus menahan tangan aku yang berasa kebas sedikit tadi akibat gerigi besi tersebut. Dia segera memimpin tangan aku dan membawa aku ke sesebuah tempat.
"Kalau kau cuba lari dari aku,ingat,pistol ada dengan aku sekarang ni,faham!!!!" Tegas lelaki itu. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Aku melihat di sekeliling kawasan ini. Seram!!! Dahlah gelap. Tapi nasiblah ada satu dua lampu macamtu kat setiap sudut.Kau pernah kan main game SLENDRINA. Lebih kurang macamtulah tempat dia. Tempat ni memang banyak bilik. Macam hotel. Tengok tempat ni terus aku teringat game slendrina. Kot2 ada benda muncul depan aku,naya aku. Nasib ada orang depan aku. Kalau tak,memang aku menangis sorang2 kat sini. Maklumlah aku dari kecil memang penakut orangnya!
Tiba2 aku terdengar bunyi orang menjerit. Seram weh!!!!

?

Sewaktu dia memimpin tangan aku. Aku perlahan2 bertanya padanya. Walaupun aku berasa sedikit gagap untuk bercakap. Maklumlah introvet.

"Nama awak Briyan kan?"Dia mengendahkan soalan aku. Nak tau macamana aku dapat tau nama dia. Waktu aku panggil grabcar haritu. Nama yang tertera pada orang yang nak ambil aku adalah Briyan Zakrie. Memang betullah kan nama dia macamtu?

"Anda yakin dengan tekaan anda?" Dia slember menjawab aku. Tapi aku masih tak dapat melihat wajahnya. Malu kot?

"Yelah kan" Aku pun seperti tidak pasti dengan jawapan aku.

Sampailah dia membawa aku ke sesebuah tempat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience