TD ( 19 )

Romance Completed 68023

Suasana di kediaman Tan Sri Huzair sunyi dan sepi.Wajah Tan Sri Huzair dan Puan Sri Sarimah berubah serta merta apabila dia mendapat tahu tentang hubungan sulit menantu mereka Tihani Dzakirah dengan Zafar.Hati tua mereka hancur apabila mendapat tahu perkara tersebut.Turut berada bersama di kediaman mereka adalah , Datuk Hasif dan Datin Munirah.Suasanan menjadi hiba apabila diringi dengan tangisan Datin Munirah.Meskipun , Tariq Dzakwan bersebelahan dengan isterinya Tihani Dzakirah tetapi mereka tetap tidak bertegur sapa dan berdiam diri.Tan Sri Huzair sedang meneliti sepucuk surat yang diberi oleh anak lelakinya Tariq Dzakwan.Tanpa dia sedar , airmatanya mengalir tanpa henti.Hatinya remuk apabila membaca isi di dalam pucuk surat itu.
 
 
“Apa semua ini , Tariq ?.” soal Tan Sri Huzair kepada anak lelakinya Tariq Dzakwan dengan nada seakan tidak percaya dengan isi di dalam pucuk surat itu.
 
 
“Apa yang babah baca di dalam surat itu dan itulah yang terjadi.Tariq sudah terangkan segalanya kepada babah di dalam pucuk surat itu.Tidak tertinggal satu huruf pun.” jelas Tariq Dzakwan tenang dan mendatar kepada bapanya Tan Sri Huzair.
 
 
“Astaghfirullahalazim !.” ucap Tan Sri Huzair yang agak terperanjat dengan penjelasan anak lelakinya Tariq Dzakwan serta isi yang tertulis di dalam pucuk surat itu.Tan Sri Huzair tersandar di kepala kerusi akibat tersentak dengan keadaan yang sedang melanda rumahtangga anak lelakinya Tariq Dzakwan serta menantunya Tihani Dzakirah.
 
 
“Tariq sudah membuat buat keputusan , Tariq akan ceraikan Tihani dalam masa yang terdekat.” jelas Tariq Dzakwan kepada bapanya Tan Sri Huzair.Semua mata terpana ke arah Tariq Dzakwan.Suasana kediaman Tan Sri Huzair bertukar menjadi muram apabila Tariq Dzakwan mengumumkan perkara tersebut.
 
 
“Tariq , dalam banyak perkara yang dialami pasangan suami isteri semuanya masih boleh dibincangkan.Bertenang dahulu , Tariq.” pujuk Tan Sri Huzair kepada anak lelakinya Tariq Dzakwan.
 
 
“Tiada apa yang hendak dibincangkan lagi , babah.Keputusan Tariq muktamad.Tariq akan lepaskan Tihani secepat yang mungkin.Mungkin salah satu sebabnya adalah Tariq gagal menjadi suami yang cemerlang dalam hal mendidik sehinggakan maruah sendiri dipermainkan.” ucap Tariq Dzakwan sayu kepada bapanya Tan Sri Huzair.Manakala , Tihani Dzakirah sudah mengalirkan airmata apabila mendengar penjelasan umum suaminya itu.Dia kerap makan hati dengan dirinya sendiri semenjak kebelakangan ini.Jika tidak mengikut nafsu syaitannya itu pasti perkara ini tidak akan berlaku.
 
 
“Tihani , kenapa Tihani malukan Tariq sehingga begini sekali ?.” soal Tan Sri Huzair kepada menantunya Tihani Dzakirah.Dia terdiam tanpa jawapan.Airmatanya sahaja yang menjelaskan segalanya tentang isi hatinya kini.
 
 
“Kenapa Hani malukan bonda ? Kenapa ? Hani tahukan bonda sayangkan Hani seperti anak perempuan bonda sendiri ? Kenapa Hani buat sehingga Hani perlu tinggalkan bonda ? Hani tidak kasihankan bonda ke , sayang ?.” soal Puan Sri Sarimah lembut dalam tangisnya kepada menantunya Tihani Dzakirah.Situasi tetap sama iaitu tiada jawapan daripada menantunya Tihani Dzakirah.
 
 
“Engkau jangan berbangga sangat dengan dia , Sari.Aku sendiri malu ada anak seperti dia.” ucap Datin Munirah tegas di dalam linangan airmatanya.Terpaku pandangan Tihani Dzakirah terhadap ibunya Datin Munirah.
 
 
“Mama , ampunkan Hani mama.Hani tahu Hani berdosa.Tolong ampunkan Hani , mama.Hani sudah tiada sesiapa lagi sekarang ini.” jelas Tihani Dzakirah kepada ibunya Datin Munirah.Tangisannya semakin pecah kerana seluruh keluarganya bakal membuang dirinya.Tariq Dzakwan hanya menekur lantai dengan airmata jernihnya.Dia tidak dapat menahan sebak dengan keputusan yang dibuatnya tetapi dia akur dengan ketentuan takdir.
 
 
 
 
 
Senyap dan sunyi suasana di kediaman Zafar serta Qalisha.Mereka sekarang ini lebih membuat urusan masing-masing tanpa berbincang.Sesekali , Qalisha cuba untuk mendekati suaminya tetapi Zafar tetap menjauhi isterinya Qalisha.Keputusan untuk berpisah masih dipegang teguh oleh Zafar.Dia tidak berubah fikiran walaupun sekali.Walaupun dia sudah mula sedar akan kesilapannya , keputusan tetap sama yang dia akan menceraikan isterinya Qalisha.Selangkah demi selangkah dia mendekati isterinya Qalisha itu.Wanita itu ralit mengait benang sehingga menjadi sehelai baju untuk musim sejuk.Itulah bakat terpendam Qalisha yang tidak pernah diketahui sesiapa pun kecuali suaminya Zafar.Dan itu jugalah kelebihan Zafar yang senantiasa menjadi keutamaan Qalisha untuk berkongsi cerita.
 
 
“Awak hendak apa-apa ke ?.” soal Qalisha kepada suaminya Zafar yang sedang berdiri dari jauh sambil memerhatikannya.Tangannya juga tidak berhenti mengait.
 
 
“Saya sudah membuat keputusan muktamad tentang hubungan kita.” jelas Zafar kepada isterinya Qalisha dengan tenang.Nafas ditarik sedalam yang mungkin.
 
 
“Apa yang awak buat keputusan ?.” soal Qalisha pelik dan terpinga kepada suaminya Zafar.Langkah diatur mendekati isterinya Qalisha.Dia melutut di hadapan wanita itu dengan perlahan-lahan.Dadanya menjadi berat secara tiba-tiba.
 
 
“Kenapa ini , sayang ?.” soal Qalisha lembut kepada suaminya Zafar.
 
 
“Saya akan lepaskan awak secepat yang mungkin , memandangkan awak juga sudah habis berpantang.Saya akan selesaikan urusan penceraian kita dalam minggu ini juga.” jelas Zafar tenang kepada isterinya Qalisha.Diam tanpa persoalan Qalisha dibuatnya.Dia diajukan soalan yang tidak sepatutnya dia dengar.Tetapi itulah kebenaran hidupnya kini.
 
 
“Awak memang sudah tidak sayang saya lagi ke ?.” soal Qalisha lembut dalam sebak kepada suaminya Zafar.Dia mengenggam erat tangan sasa suaminya Zafar.
 
 
“Bukan sayang , bukan begitu.Saya sudah melakukan dosa di dalam hubungan intim.Saya harus bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.Saya terlalu sayangkan awak.” ucap Zafar.Pandangannya jatuh ke bawah kerana tidak dapat menahan sebak di dada.
 
 
“Awak sayang saya ? Kenapa awak lakukan hubungan haram dengan rakan baik saya , sayang ?.” soal Qalisha di dalam tangisnya.
 
 
“Saya memang pernah sayangkan Tihani.Saya memang pernah cintakan Tihani.Tetapi tidak sama seperti mana saya sayangkan awak serta cintakan awak , sayang.Percayalah apa yang saya hendak beritahu awak ini , apa yang berlaku pada hari ini tentang hubungan saya dengan Tihani ianya bukan salah kami 100%.Ada dalang di sebalik yang berlaku sekarang ini.Dia sudah berjaya hancurkan rumahatangga kita.Memang saya sentuh Tihani.Saya jahat sebab permainkan awak.Tetapi dia mahu lebih lagi daripada kami.Hubungan kami jadi seperti ini kerana dia , sayang.” ujar Zafar yang cuba menjelaskan kebenaran.Qalisha berkerut dahi kerana tidak tahu siapa di sebalik berlakunya semua ini.
 
 
“Siapa sayang ? Siapa yang lakukan semua ini ?.” soal Qalisha bertalu-talu.Dia tidak keruan kerana ingin tahu dalang di sebalik yang berlaku sekarang ini.
 
 
“Sayang , saya tidak mampu beritahu awak siapa dalangnya.Tetapi apa yang saya boleh kongsikan adalah yang dia ada di sekeliling kita semua tanpa kita sedar.Hanya saya dan Tihani sahaja yang tahu.Kami buntu kerana tiada jalan penyelesaian.” ucap Zafar kepada isterinya Qalisha.
 
 
“Sayang , sekali lagi saya jujur dengan awak.Awak sendiri sudah dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya.” jelas Zafar lagi.Kali ini seluruh tubuhnya mengigil.Dia mengenggam tangan isterinya Qalisha kuat.
 
 
“Sayang , Tihani kandungkan itu adalah anak Tariq.” ucap Zafar gementar kepada isterinya Qalisha.Tangan yang digenggam erat terus ditarik Qalisha.Dia terasa seakan dipermainkan oleh suaminya Zafar dengan kata-kata.
 
 
 
 
 
Selepas selesai membicarakan hal penceraian.Tariq Dzakwan membawa isterinya Tihani Dzakirah pulang ke kediaman.Sepanjang di dalam perjalanan , Tariq Dzakwan hanya membisu dan tidak seperti selalu.Dia hanya memberi tumpuan terhadap pemanduannya sahaja.Manakala isterinya Tihani Dzakirah sering mencuri pandang wajah suaminya Tariq Dzakwan itu.Dia meraih tangan suaminya Tariq Dzakwan tetapi direntap kasar oleh Tariq Dzakwan.Dia tertunduk menekur karpet kenderaan.Sekali lagi dia mencuba untuk meraih perhatian suaminya.
 
 
“Engkau hendak apalah ?.” soal Tariq Dzakwan kasar kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Hani mahu abang.Hani rindu belaian abang untuk Hani.” jelas Tihani Dzakirah sayu dan manja kepada suaminya Tariq Dzakwan.Tiba-tiba tawa Tariq Dzakwan letus besar.Dia seakan memperli isterinya itu dengan gelak ketawa.
 
 
“Apa engkau kata ? Rindu belaian aku ? Buat apa engkau hendak rindu lagi ? Engkau sudah dapat belaian daripada Zafar.Siap mengandung lagi.” ujar Tariq Dzakwan sinis kepada isterinya Tihani Dzakirah.Mata dipejamkan rapat.Hatinya terasa pedih apabila mendengar ungkapan kata-kata menyayat hati daripada suaminya Tariq Dzakwan itu.Airmatanya deras mengalir.Esakan daripada Tihani Dzakirah mula kedengaran.
 
 
“Abang tidak beri Hani peluang untuk menjelaskan pun.Hani tidak mahu kita berdua rasa sakit kehilangan.Hani sayangkan abang.” ucap Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Apa yang engkau henda jelaskan lagi , Hani ? Sudah terang lagi bersuluh bukti yang ada di dalam perut engkau itu.” ujar Tariq Dzakwan yang menegakkan keadilan buat dirinya.Dia tidak mahu mengalah dan tidak mahu memberi peluang kepada isterinya Tihani Dzakirah memperjelaskan perkara sebenar.
 
 
“Jika setakat engkau hendak beritahu aku tentang perasaan engkau terhadap Zafar pada mulanya ? Lebih baik engkau lupaka  sahaja , Hani.” ujar Tariq Dzakwan angkuh kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Abang , di sebalik kejadian semua ini ada dalangnya abang.” ujar Tihani Dzakirah yang cuba menjelaskan perkara sebenar kepada suaminya Tariq Dzakwan.Tetapi dia diketawakan oleh suaminya Tariq Dzakwan sendiri.
 
 
“Engkau hendak menuduh siapa pula ? Sudah buat dosa berdua tetapi hendak selesaikan secara berjemaah ? Begitu ?.” soal Tariq Dzakwan kasar kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Abang , janganlah hina Hani begini.Hani tidak tipu abang pun.Cuba abang fikir semula.Pada hari kejadian di dapur.Kenapa Zafar tidak bercakap banyak kalau kami salah ? Kenapa Hani sahaja yang beria hendak mempertahankan kebenaran ? Memang Zafar sentuh Hani ketika itu berdosa.Tetapi ada sesuatu yang sedang melanda kita tanpa kita sedar selama ini abang.Kami menerima arahan daripada seseorang yang sangat kita semua kenali.Hani dan Zafar terhutang budi dengan dia sebab kami berjaya dengan bantuan dia.Tetapi , kami juga tidak sangka yang dia mahu lihat hidup kami hancur.Dia tuduh Zafar pernah sentuh dia.Sebenarnya tidak pernah langsung Zafar menyentuh mana-mana perempuan.Zafar diperangkap juga kerana dia.Tolonglah percaya abang.Mungkin apa yang Hani beritahu abang ini pun dia sudah tahu.Dia licik abang.” jelas Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dengan bersungguh.
 
 
“Suka hati engkau Hani , aku malas hendak berfikir sekarang ini.” jelas Tariq Dzakwan mendatar tanpa menghiraukan kesungguhan isterinya Tihani Dzakirah.Akhirnya Tihani Dzakirah membuang pandangan ke luar tingkap sambil ditemani airmata.Dia kecewa dengan sikap suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
 
 
 
Sudah hampir satu bulan Izzati tidak berjumpa dengan gerangan wanita tersebut.Akhirnya , mereka memberi kata putus untuk bertemu pada hari ini.Segala persiapan untuk menjatuhkan Tariq Dzakwan , Tihani Dzakirah , Qalisha dan Zafar telah disediakan.Seorang bomoh juga telah bersedia di sebuah kamar kosong yang berada di dalam kediaman Izzati itu.Suasana kamar itu amatlah muram kerana segala ilmu hitam bakal dilakukan sebentar sahaja lagi.Permulaan untuk menyeru sesuatu sudah pun bermula.Langkah Izzati semakin mendekati gerangan wanita itu serta bomoh tersebut.Dia seakan kurang selesa dengan upacara mistik itu.Izzati melabuhkan punggung dengan perlahan-lahan di sebelah gerangan wanita tersebut.
 
 
“Sudah bersedia ke ?.” soal bomoh tersebut kepada gerangan wanita tersebut dan juga Izzati.
 
 
“Madam , betul ke apa kita buat ini ? I takutlah jika pecah tembelang dengan mereka.” jelas Izzati kepada gerangan wanita tersebut.
 
 
“Jika engkau tidak gatal mulut beritahu kepada orang lain tidaklah pecah tembelang.” ujar gerangan wanita tersebut yang menyindir Izzati.
 
 
“Kita boleh mulakan , Tok.” jelas gerangan wanita tersebut kepada bomoh itu.
 
 
“Baiklah , apa sebenarnya yang engkau mahu aku lakukan ?.” soal bomoh tersebut kepada gerangan wanita itu.
 
 
“Sekarang ini , Hani sudah mengaku kepada suami dia yang anak di dalam kandungannya itu adalah anak Zafar.Tetapi sebenarnya itu memang anak Tariq.Mereka akan buat apa sahaja yang saya suruh demi menyelamatkan rumahtangga dan pasangan mereka.Tetapi saya sudah berjaya membuatkan mereka bakal bercerai.Kerana jika Hani dan Zafar menceritakan hal yang sebenar sekalipun.Mereka tetap tidak akan dipercayai lagi.Jadi , sekarang ini saya mahu Tok buat Tariq bencikan Tihani lagi.Manakala , Zafar pula tetap hendak berpisah walaupun bukan itu yang mereka mahu.” jelas gerangan wanita itu kepada bomoh tersebut.Izzati terdiam mendengar penjelasan gerangan wanita tersebut.Tidak dia sangka wanita di sebelahnya itu begitu kejam sifatnya.
 
 
“Jadi sekarang ini , barang apa pula yang engkau mahu aku beri ?.” soal bomoh tersebut kepada gerangan wanita itu.Senyuman sinis terukir di bibir mungil wanita tersebut.
 
 
“Berikan saya hak untuk menyakiti mereka tanpa sempadan.” ujar gerangan wanita itu kepada bomoh tersebut.
 
 
“Apa janji engkau kepada aku jika kuasa seperti itu aku berikan kepada engkau ?.” soal bomoh tersebut kepada gerangan wanita itu.
 
 
“Saya akan berikan apa sahaja untuk dijadikan habuan.” ucap gerangan wanita itu megah kepada bomoh tersebut.
 
 
“Engkau pasti dengan apa yang engkau janjikan ini ?.” soal bomoh tersebut kepada gerangan wanita itu untuk kepastian.
 
 
“Ya saya pasti , Tok.” jelas gerangan wanita itu.
 
 
“Baiklah , sudah begitu perjanjian engkau.Jika engkau gagal menggunakan ilmu yang aku beri ini dengan baik , aku akan jadikan nyawa engkau sebagai gantian.” ujar bomoh tersebut kepada gerangan wanita itu.
 
 
“Setuju ?.” soal bomoh itu lagi.
 
 
“Setuju ,Tok.” akur gerangan wanita itu dengan keputusan bomoh tersebut.
 
 
“Madam , kenapa madam buat begini ? Kesian kepada suami madam nanti.” pujuk Izzati di dalam linangan airmata kepada gerangan wanita tersebut.
 
 
“Aku bahagia begini yang penting aku puas.Sebab aku tidak boleh lihat kebahagiaan orang lain.Mereka terlalu dekat dengan aku untuk aku hancurkan.” jelas gerangan wanita tersebut kepada Izzati.Tangisan Izzati pecah memenuhi ruang kamar.
 
 
 
 
 
Selepas kejadian di dalam kenderaan tengahari tadi.Tariq Dzakwan meninggalkan isterinya Tihani Dzakirah begitu sahaja tanpa mengambil tahu tentang keadaan wanita itu.Hati perempuan Tihani Dzakirah terasa hiba.Waktu sekarang ini sepatutnya dia perlu mendapatkan perhatian daripada suaminya Tariq Dzakwan tetapi dia perlu memperjuangkan sesuatu demi cintanya terhadap suaminya Tariq Dzakwan.Airmatanya merembes keluar dari tubir mata.Dia mengusap perutnya yang semakin terasa besarnya itu.Dia tiada kekuatan selain berserah segalanya kepada allah.Setiap kali dia menyembah yang maha esa dan setiap kali itulah dia menyerahkan segalanya supaya allah melindungi dirinya daripada anasir jahat.Perut diusap berulang kali.Tiba-tiba bunyi enjin kenderaan suaminya Tariq Dzakwan kedengaran dari halaman kediamannya.Lelaki itu melangkah masuk dengan keadaan lemah dan tidak bermaya.
 
 
“Abang okay ?.” soal Tihani Dzakirah lembut.Dia tetap berjuang untuk mencuri hati suaminya semula walaupun lelaki itu tidak memandangnya lagi.
 
 
“Tidak perlu sibuk lagi tentang akulah , Hani.Pergi jaga Zafar sahaja.Dia perlu ambil tahu tentang engkau dan anak itu.” jelas Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Abang , janganlah cakap begitu.Sekarang ini Hani dengan abang.Berilah Hani peluang untuk bersama dengan abang di saat akhir hubungan kita ini.” ujar Tihani Dzakirah sebak kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Jangan buat aku jatuh cinta dengan engkau lagi , Tihani.Aku menyesal sebab pernah mencintai engkau.Aku menyesal yang amat.” ujar Tariq Dzakwan tanpa berhati perut kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Abang berubah sekelip mata.Abang akan menyesal ke jika Hani pergi meninggalkan abang suatu hari nanti ?.” soal Tihani Dzakirah sayu.
 
 
“Lebih baik engkau pergi buat selamanya daripada engkau menyeksa hati aku.” ujar Tariq Dzakwan kejam kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Tengoklah baby , daddy sudah tidak sayang kita lagi.Dadsy mahu kita pergi tinggalkan dia.” ucap Tihani Dzakirah sambil mengusap perutnya itu.Perkara tersebut mencuri perhatian Tariq Dzakwan.
 
 
“Sampai hati abang cakap begitu kepada Hani.” ujar Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dengan sayu.Airmatanya jatuh ke bumi.Tariq Dzakwan hanya melihat sahaja adegan isterinya Tihani Dzakirah itu.
 
 
“Benci betul ya abang dengan Hani.” sindir Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Dulu marah sebab sayang sekarang marah sebab geram.” ujar Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Kita dalam masalah abang , Hani buat semua ini kerana hendak menyelamatkan rumahtangga kita.Tetapi abang tetap tidak percaya kepada Hani.” ujar Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Zafar sentuh engkau di hadapan mata aku.Mana aku tidak marah ?.” soal Tariq Dzakwan bengang dengan peristiwa yang berlaku di antara isterinya Tihani Dzakirah dan juga Zafar.
 
 
“Abang nampak secara jelas ke ?.” soal Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Engkau ingat ini game ke ? Kalau tidak jelas boleh ulang semula ?.” soal Tariq Dzakwan selamba.
 
 
“Tidak mengapalah abang , Hani akan tetap.menanti abang.Hani sayangkan abang.Hani harap suatu hari nanti , Hani akan diberi peluang untuk memperjelaskan perkara sebenar.Perkara ini sedanf dilihat melalui CCTV tetapi ianya bukanlah di dunia yang nyata.” ujar Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dalam sebak.
 
 
“Aku sudah malas hendak bicarakan perkara ini.Biarlah mahkamah yang menentukan segalanya.” ujar Tariq Dzakwan lemah kepada isterinya Tihani Dzakirah.Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke tingkat atas.Airmata Tihani Dzakirah mengalir sekali lagi.Hatinya hiba.Dia tidak dapat memberitahu tentang hal yang sebenar kepada suaminya lagi.

Bacalah dengan tenang dan bijak.Berhati-hatilah dengan manusia ! happy reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience