TD ( 22 )

Romance Completed 68020

Sudah satu bulan berlalu selepas kejadian di kediaman Tan Sri Huzair berlaku.Setelah terbongkarnya rahsia tentang siapanya Yati sebenarnya , dia juga turut mengambil cuti yang panjang dan memberi pelbagai alasan kepada majikannya Tan Sri Huzair dan Puan Sri Sarimah.Mereka berdua mula mempercayai pengakuan yang telah dibuat oleh Zafar dan menantu mereka iaitu Tihani Dzakirah.Satu demi satu diselongkar oleh Tan Sri Huzair dan isterinya Puan Sri Sarimah kini.Mereka mahu penjelasan lebih lanjut daripada pembantu rumah mereka itu secepat yang mungkin.Pada hari ini Tan Sri Huzair telah bercadang untuk ke kediaman anak lelakinya Tariq Dzakwan.Keretanya selamat diparkir di perkarangan kediaman anak lelakinya itu.
 
 
“Assalammualaikum.” ucap Tan Sri Huzair kepada menantunya Tihani Dzakirah yang sedang menanti kedatangan bapa mertuanya itu di hadapan pintu utama kediaman.
 
 
“Waalaikummusalam babah , babah sihat ke ?.” soal Tihani Dzakirah mesra sambil menghulurkan tangan untuk mengucup tangan tua bapa mertuanya itu.Salamnya disambut lembut dan mesra oleh Tan Sri Huzair.
 
 
“Alhamdulillah , babah sihat.Hani sihat ke ? Apa khabar kandungan Hani ? Sebulan sudah babah tidak bertemu dengan Hani.” ucap Tan Sri Huzair mesra kepada menantunya Tihani Dzakirah.
 
 
“Hani sihat , baby juga sihat.Babah duduk dulu biar Hani buatkan air.” jelas Tihani Dzakirah kepada bapa mertuanya Tan Sri Huzair.
 
 
“Kalau begitu , kita ke dapur sahaja.Duduk di dapur lagi seronok.” ujar Tan Sri Huzair mesra dan mengusik.Mereka mengatur langkah menuju ke dapur.Setibanya di dapur.Kelihatan Tariq Dzakwan sedang memasak sesuatu.
 
 
“Patutlah tidak mahu ke pejabat hari ini.Hendak bermain masak-masak rupanya.” usik Tan Sri Huzair kepada anak lelakinya Tariq Dzakwan.Terletus tawa kuat Tihani Dzakirah.
 
 
“Bukanlah babah , Tariq saja masak kerana tahu babah hendak datang ke mari.Babah VVIP harus dilayan mesra.” usik Tariq Dzakwan pula menyakat bapanya Tan Sri Huzair.
 
 
“Apa khabar babah ? Tariq minta maaf kerana sudah lama tidak pulang ke rumah babah dan bonda.” ucap Tariq Dzakwan tiba-tiba sambil dia mengucup tangan tua bapanya Tan Sri Huzair itu.
 
 
“Tidak mengapa Tariq , kita sudah tahu perkara sebenar.Babah tidak mahu mencederakan atau sesiapa yang tercedera lagi dengan sikap keji Yati itu.Biarlah dia.Kita akan menyelesaikan masalah ini perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.
 
 
“Bonda mana babah ? Kenapa bonda tidak ikut sekali ?.” soal Tariq Dzakwan kepada bapanya Tan Sri Huzair.Lelaki itu melabuhkan punggung sebelum menjawan soalan anak lelakinya Tariq Dzakwan.
 
 
“Bonda ada di rumah , babah dari luar.Sebab sudah dekat dengan kawasan perumahan kamu ini , itu yang babah singgah sebentar.Saja hendak bertanya khabar.Jika hendak tunggu kamu bawa Hani pulang , lambat lagi.” sindir Tan Sri Huzair kepada anak lelakinya Tariq Dzakwan sambil menghirup air panas yang dibancuh oleh menantunya Tihani Dzakirah.
 
 
“Hani pun jenuh mengajak Tariq balik ke rumah bonda.Alasan tetap sama iaitu sibuk dengan kerja.” luah Tihani Dzakirah yang sengaja mengusik suaminya Tariq Dzakwan.Jelingan manja diberi kepada isterinya Tihani Dzakirah sekilas.
 
 
“Lain kali kalau dia berdegil tidak mahu bawa Hani pulang ke rumah babah , lari sahaja Hani.” usik Tan Sri Huzair kepada menantunya Tihani Dzakirah.Terletus tawa kecil Tihani Dzakirah apabila mendengar gurauan bapa mertuanya Tan Sri Huzair itu.Keluarga kecil itu berkumpul seketika pada waktu tengahari yang damai itu.
 
 
 
 
 
Suasana di klinik Zafar kini kembali tenang selepas dia sudah pun selesai merawat pesakit-pesakitnya yang membuat temu janji dengannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Dia sedang meneliti fail pesakit yang mempunyai penyakit yang agak kronik.Kaca mata yang dipakainya dibuka dan diletakkan di sisi meja.Dahinya yang terasa denyut itu dipicit perlahan-lahan.Telefon pintar dilihat untuk memastikan tiada mesej daripada aplikasi ‘Whatsapp’ masuk ke telefon pintarnya itu.Dia membaca mesej daripada isterinya Qalisha.
 
 
BABY : sayang , sebentar lagi I datang klinik you.Ada perkara yang I hendak bincangkan.
 
 
Jelas Qalisha di dalam teks ucapan kepada Zafar itu.Baru sahaja dia meletakkan telefon pintarnya di sisi meja kembali.Pintu kamar kerjanya diketuk seseorang.Dia mengarahkan gerangan tersebut masuk ke dalam.Jelas wajah ayu isterinya Qalisha kelihatan.
 
 
“I baru sahaja baca mesej you , sayang.” ujar Zafar mesra kepada isterinya Qalisha.Tangan suaminya Zafar dikucup lembut.Ciuman di pipi isterinya Qalisha tanda dibalas oleh Zafar.
 
 
“Apa yang penting sangat you hendak bincangkan dengan I ? Hinggakan tidak dapat menunggu sehingga I pulang dari kerja ? Tentang apa yang hendak di bincangkan lagi ini , sayang ?.” soal Zafar tenang dan agak pelik kepada isterinya Qalisha.
 
 
“Sayang , kes Yati ini tertangguh begitu sahaja.Kita tidak boleh berdiam diri.Dia menggunakan ilmu halus , sayang.Bahaya untuk nyawa kita.I yakin , pasti dia sedang merancang sesuatu yang lebih hebat.Kita harus bertindak segera.Lagipun , you tidak kesian kepada Hani ke ? Dia sudahlah terpaksa menafikan kandungan dia di awal kandungan hari itu.Sekarang masalah masih belum selesai.Pasti dia akan menjadi mangsa lagi.” ujar Qalisha lemah dan agak sebak.Dia mengetap bibirnya bagi menahan sebak yang sudah terpekung di dada.
 
 
“Sayang , I tahu.Tetapi masalahnya , kita sendiri tidak tahu hendak buat apa ? Dia melakukan perkara yang kita tidak boleh nampak tetapi tahu-tahu sudah terkena sahaja.Apa boleh kita buat sekarang ini ?.” soal Zafar tenang kepada isterinya Qalisha.Dia bangkit dari duduknya dan beralih tempat di hadapan isterinya Qalisha pula.
 
 
“You ada rasa pelik dan sesuatu , sayang ? Tentang Hani ?.” tiba-tiba soalan daripada Qalisha telah memberi seribu keraguan serta tanda tanya kepada Zafar.Berkerut sedikit dahi luas lelaki itu.
 
 
“Apa dia sayang ?.” soal Zafar yang tidak sabar ingin tahu jawapan daripada isterinya Qalisha.
 
 
“You cuba fikir , kenapa Yati beria hendak membalas dendam dengan Tihani ? Why not you ? Why Hani ? Apa yang Hani sudah lakukan kepada dia sehinggakan begitu kejam sekali dia hendak lakukan kepada Hani ? You terfikir tak ?.” soal Qalisha tenang dan mencurigakan kepada suaminya Zafar.Tawaan sinis terlepas dari bibir merah lelaki itu.
 
 
“You ini terlalu banyak menonton cerita Detective Conan ke , sayang ? Sampai begini sekali you siasat ?.” soal Zafar yang mengelakkan kecil terhadap isterinya Qalisha.Wajah keyakinan Qalisha sudah bertukar cemberut.
 
 
“Sorry , sayang.I bukan apa , you terlalu berfikir sehinggakan seperti kita sedang berada di dalam penyiasatan polis.Relaks , sayang.Kita akan bongkar perkara ini bersama.” ujar Zafar tenang kepada isterinya Qalisha seraya memujuk wanita itu.
 
 
“Jika hendak menyiasat bersama memang lambat lagilah Yati ini hendak pecah tembelang.I lihat yang lain sudah kembali bertenang saja.Nanti kalau jadi apa-apa jangan salahkan orang lain pula.” ucap Qalisha selamba kepada suaminya Zafar dan mendatar nadanya.
 
 
 
 
 
Pada petang hari ini , Tariq Dzakwan sudah berjanji untuk membawa isterinya Tihani Dzakirah ke taman riadah untuk beriadah bersama.Mereka mahu luangkan masa bersama dengan membuat aktiviti yang sihat.Selepas kepulangan bapanya Tan Sri Huzair dari kediaman mereka.Kediaman telah dikemas oleh mereka bersama dan tubuh di istirahatkan sebentar.Jam telah menunjukkan tepat pukul 4:30 petang.Langkah terus diatur menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Tihani Dzakirah juga telah bersiap untuk menuju ke taman riadah bersama suaminya Tariq Dzakwan.Selepas bersiap.Kedua mereka telah menaiki kenderaan dan pancuan empat roda tersebut telah membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju.
 
 
“Abang , bukan ke tadi abang kata ada kerja yang penting hendak di selesaikan ?.” soal Tihani Dzakirah tiba-tiba terhadap kata-kata suaminya Tariq Dzakwan tengahari tadi kepada bapa mertuanya Tan Sri Huzair ketika santapan tengahari bersama.
 
 
“Ya sayang , tetapi abang kalau stress pun kerja tetap tidak jalan.Lebih baik abang luangkan masa bersama isteri abang.Lebih afdal.” jelas Tariq Dzakwan bergurau bersama isterinya Tihani Dzakirah.Tangan isterinya diraih dan dialihkan ke atas pahanya yang terdedah separuh itu.Tihani Dzakirah mengukir senyuman kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Thank you abang , Hani happy sangat hari ini.Abang masakkan untuk Hani , abang bawa Hani bersenam di taman.Thank you so much , Husband.” ucap Tihani Dzakirah lembut dan manja kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Sama-sama sayang.Abang akan tunaikan lebih lagi untuk sayang.Tetapi sayang harus berjanji dengan abang sesuatu.” ujar Tariq Dzakwan yang mula menaruh janji kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Apa dia abang ?.” soal Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dengan nada teruja.
 
 
“Sayang tidak boleh berlari.Berjalan sahaja perlahan-lahan.Jangan terlupa pula yang sayang itu mengandung.” ucap Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah dengan lembut dan tenang.
 
 
“Baik abang , Hani akan ingat pesanan abang itu.” ujar Tihani Dzakirah akur akan terhadap pesanan daripada suaminya Tariq Dzakwan itu.
 
 
“Tadi babah ada cakap dengan abang , dia hendak panggil kita semua sekali lagi untuk bincang dan selesaikan masalah ini secepat yang mungkin.Tetapi kali ini , dia akan pastikan Yati dan Alief turut ada bersama.” jelas Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah dengan tenang.Keluhan kecil dilepaskan oleh isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Hani takut abang , Hani takut kalau Yati itu semakin berdendam dengan kita.Kita ada anak , abang.” luah Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dengan nada sebak.Dadanya terasa berat.
 
 
“Sayang , abang ada dengan sayang.Sayang jangan takut.Abang akan ada sentiasa untuk melindungi sayang.Sayang harus kuat untuk hadapi perkara ini bersama dengan abang.I with you , sayang.” ucap Tariq Dzakwan tenang dan lembut kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Abang , kalau apa-apa yang terjadi kepada Hani dan anak kita nanti abang ampunkan dosa-dosa Hani ya.” pinta Tihani Dzakirah sayu dan  sebak kepada suaminya Tariq Dzakwan.Berubah air muka Tariq Dzakwan ketika itu.
 
 
“Apa yang sayang cakapkan ini ? Abang akan pastikan anak dan sayang akan selamat.Jangan cakap begitu.Abang tidak bersedia lagi hendak kehilangan sayang.” ucap Tariq Dzakwan yang nadany mula bergetar.Berjurai airmata Tariq Dzakwan ketika itu.Hatinya dipukul rasa sebak dan berat di dadanya.Rasa cinta dan sayang terhadap isterinya Tihani Dzakirah tidak pernah berubah walaupun cintanya pernah ditolak buta-buta oleh wanita itu sendiri.
 
 
 
 
 
 

I,m back Baby Readers and Happy Reading..muahh !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience