TD ( 7 )

Romance Completed 68023

Subuh yang hening dan dingin di kawasan kediaman Zafar itu telah menganggu lenanya pada pagi hari.Bunyi kicauan burung kedengaran.Zafar mula rasa terganggu daripada lenanya.Mata digosok perlahan dan mula mencelik.Dia memandang ke arah jam loceng yang berada di atas meja di sisi katilnya.Posisi baring sudah bertukar duduk.Tuala mandi diambil dan menuju ke kamar mandi.
 
 
Selepas membersihkan diri dia menunaikan fardhu subuh di tengah kawasan lapang di dalam kamarnya.Dia berdoa supaya allah menemukan dia bersama seorang wanita yang mampu setia dan menjaga dirinya sebagai seorang suami dengan baik.Sebelum memulakan tugas harian , pasti akan dia minum secawan kopi terlebih dahulu.Pinti utama kediaman dibuka.
 
 
“Hai Zaf.” sapa Qalisha yang sudah kelihatan agak lama berdiri di hadapan pintu kediaman Zafar itu.Terkejut Zafar dengan kehadiran sahabatnya Qalisha pada waktu matahari terbit begini.
 
 
“Engkau buat apa di sini ? Engkau tidur di hadapan rumah aku ke ?.” soal Zafar selamba dan agak panik dengan kehadiran mengejut wanita itu.Qalisha  menyeringai memandang wajah tampan Zafar itu.
 
 
“Maaf kalau aku buat engkau terkejut dengan kedatangan aku pagi ini tetapi aku saja datang kerana hendak ajak engkau sarapan dengan aku.Boleh ?.” soal Qalisha dengan riak wajah comel sehingga memikat hati Zafar.Senyuman lebar terukir di bibir Zafar ketika itu.Dia tertarik dengan pujuk rayu sahabatnya Qalisha.
 
 
“Baiklah , engkau naik kereta dengan aku sahaja.” ujar Zafar lembut kepada sahabatnya Qalisha.Mereka terus menuju ke parkir kenderaan untuk menaiki kenderaan Zafar.Sesampai sahaja di kenderaan pintu kereta bahagian penumpan di sebelah tempat duduk pemandu dibuka oleh Zafar dan mengalu-alukan sahabatnya Qalisha untuk memasuki isi perut kenderaan tersebut.
 
 
“Thank you.” ucap Qalisha lembut dan manja kepada sahabatnya Zafar.Mereka mula bergerak menuju ke tempat yang ingin dituju.
 
 
“Kenapa semenjak ke belakangan ini , engkau rajin sangat hendak teman aku dan luang masa dengan aku ?.” soal Zafar agak pelik dan tenang kepada sahabatnya Qalisha.Suasana di dalam kenderaan sepi seketika apabila tiada jawapan daripada Qalisha.
 
 
“Salah ke aku hendak temankan engkau ?.” soal Qalisha lemah.
 
 
“Tidak Qal , tetapi macam pelik jugalah.Lagi-lagi semenjak sahabat engkau itu sudah berkahwin.” jelas Zafar tenang.Qalisha membuang pandangannya ke luar tingkap.
 
 
“…aku fikir engkau sudah berubah dan lupakan tentang Hani tetapi aku yang silap kerana engkau akan terus mengingati dia Zaf , sakit…sakit dia allah saja yang tahu.Sakit 10 tahun lepas terasa kembali.” ucap Qalisha di dalam hatinya.Tanpa dia sedar air jernihnya bergenang di kolam mata.
 
 
“Qal , engkau dengar atau tidak yang aku berbual dengan engkau ini ?.” soal Zafar kepada sahabatnya Qalisha itu.
 
 
“Ya aku dengar , Zaf.” jelas Qalisha lemah kepada sahabatnya Zafar.Wajah ayu Qalisha dicuri-curi pandang oleh Zafar.
 
 
“Engkau kenapa lihat aku begitu ? Teruk sangat ke wajah aku ini ? Aku tahulah , aku tidak secantik Hani tetapi tidak perlu engkau lihat aku begitu.” ucap Qalisha seperti mengejek dan menyindir.Zafar terdiam.Seperti ada sesuatu yang menggangu fikiran Qalisha sehingga dia beremosi begini.
 
 
“Aku tahu engkau tidak okay , Qal.Aku tidak pernah samakan engkau dengan sesiapa pun.Tetapi kenapa perlu engkau sebut nama dia ?.” soal Zafar mendatar dengan tenang kepada sahabatnya Qalisha.
 
 
“Kenapa ? Engkau tidak puas hati sebab aku petik nama Hani tiba-tiba ?.” soal Qalisha menyindir dengan sinis.Tiba-tiba dia berubah dingin terhadap Zafar.
 
 
 
 
 
Suasana pagi di kediaman Tihani Dzakirah dan Tariq Dzakwan tenang dan aman.Pada pagi ini mereka telah melakukan aktiviti senaman bersama di taman rekreasi berdekatan dengan taman perumahan mereka diikuti jiran tetangga.Tihani Dzakirah teruja menjalani aktiviti tersebut.
 
 
Selepas pulang daripada aktiviti senaman tersebut , mereka berdua membersihkan diri dan mula turun ke dapur pula untuk membuat persiapan santapan tengahari.Tariq Dzakwan tangkas apabila berada di dapur.Kerjanya lebih cermat dan cepat berbanding isterinya Tihani Dzakirah.Tetapi tidak sedikit pun dia mengarahkan isterinya itu.Dia hanya membiarkan isterinya menjadi pemerhati semasa dia sedang memasak.
 
 
“Kalau sudah setiap hari abang yang masak , Hani hendak masak apa ?.” soal Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan dengan nada manja.
 
 
“Memang abang sengaja tidak mahu beri sayang buat kerja rumah.Abang mahu sayang rehat saja.” ucap Tariq Dzakwan lembut dan romantis kepada isterinya Tihani Dzaakirah sambil memberi tumpuan terhadap masakannya.
 
 
“Kesian Hani , selepas berkahwin tidak dapat mencapai cita-cita menjadi seorang isteri yang membuat kerja rumah.” luah Tihani Dzakirah selamba dan sengaja supaya suaminya itu tahu tentang isi hatinya.
 
 
“Sayang jangan penatkan diri sangat , abang mahu sayang sentiasa bertenaga.Bukan untuk abang tetapi untuk sayang hendak mengadap butik itu setiap hari.Abang tahu sayang penat , nanti kalau buat kerja rumah lagi penat.Nanti abang carikan maid saja untuk sayang.Abang bayar lebih sedikit pun tidak mengapa yang penting dia boleh buat A to Z.” ujar Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah.Terpempan Tihani Dzakirah mendengar penjelasan ikhlas suaminya Tariq Dzakwan itu.Tidak dia menyangka , sehingga begitu sekali suaminya Tariq Dzakwan mengambil berat tentangnya.
 
 
“Kenapa perlu susahkan diri abang untuk buat semua itu ? Hani masih mampu melakukan tugas-tugas seorang isteri.” ujar Tihani Dzakirah yang cuba menegakkan kebenaran buat dirinya dalam lembut.Suaminya Tariq Dzakwan mengerling manja ke arah isterinya Tihani Dzakirah itu.
 
 
“Kalau begitu , sebentar lagi pergi basuh motor dan kereta abang.Sudah kotor agaknya.Hendak kerja abang sudah beri , jangan tidak buat pula.” ujar Tariq Dzakwan selamba memberi arahan kepada isterinya supaya membasuh kenderaan dan motor miliknya.Terlopong Tihani Dzakirah dibuatnya.
 
 
“Mana Hani reti membasuh semua itu ? Hani sendiri pun basuh kereta di tempat membasuh kereta.” ujar Tihani Dzakirah yang membuat penerangan kepada suaminya Tariq Dzakwan itu.Tariq Dzakwan menutup api gas dapur , langkah diatur mendekati isterinya Tihani Dzakirah dengan riak wajah serius.Tihani Dzakirah menelan liur kesat apabila melihat wajah mengerunkan suaminya Tariq Dzakwan itu.
 
 
“Abang kenapa pandang Hani begitu ?.” soal Tihani Dzakirah dengan nada tersekat-sekat.Dia mengelak sedikit ke belakang.
 
 
“Kenapa bila abang buat keputusan , sayang tetap akan ada satu bantahan walaupun secara halus.Bila abang beri apa yang sayang mahu , sayang merungut pula.” ucap Tariq Dzakwan mendatar kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Tetapi Hani mana tahu basuh motor dan kereta abang ?.” jelas Tihani Dzakirah dengan nada manja.
 
 
“Sebab itu , bila suami bagi arahan tidak perlu buat kerja perlu dengar.Bila abang beri kerja , terus tidak mampu sayang hendak lakukan.Sudah , jangan buat apa-apa.Sayang abang tugaskan untuk bermanja dengan abang sahaja.” ujar Tariq Dzakwan selamba kepada isterinya Tihani Dzakirah.Senyuman manis terukir di bibir mungil Tihani Dzakirah.
 
 
 
 
 
Tengahari yang sibuk di kawasan kedai makan telah membawa Qalisha dan Zafar ke kawasan itu juga.Mereka baru sahaja tiba di hadapan kedai makan tersebut.Pintu kenderaan dibuka dan mereka berdua keluar dari isi perut kenderaan lalu menuju ke dalam kawasan kedai makan tersebut.
 
 
Zafar mencari tempat duduk di dalam kawasan kedai tersebut dan akhirnya dia terjumpa sebuah meja kosong yang tidak berpenghuni di sudut kawasan dalam kedai makan tersebut.Pelayan kedai dipanggil untuk membuat pesanan makanan untuknya dan Qalisha.Selepas menerima pesanan , pelayan tersebut terus sahaja membawa pesanan mereka ke dapur memasak di bahagian belakang.
 
 
“Engkau merajuk lagi dengan aku ke , Qal ?.” soal Zafar lembut dan tenang kepada Qalisha.Pandangan Qalisha dibuang ke atas jalan raya yang berhadapan dengan kedai makan tersebut.
 
 
“Qal , aku tanya ini , engkau marahkan aku lagi ke ?.” soal Zafar dengan tenang dan lembut walaupun dia agak dingin dengan sikap Qalisha itu.
 
 
“Buat apa aku hendak marah ? Aku sudah biasa dikecewakan begini.Aku sahaja yang salah.Aku sahaja yang tidak betul dalam membuat sesuatu keputusan.Cuba kalau Hani yang buat salah ? Benda salah pun engkau kata betul.” sindir Qalisha dingin kepada Zafar itu.Keluhan berat dilepaskan oleh Zafar.
 
 
“Engkau kenapa ini Qal ? Kenapa perlu engkau ungkit perkara yang sudah lepas sekian lama ? Apa yang engkau mahu sebenarnya ?.” soal Zafar dengan nada kurang senang.Dia sudah penat melayan karenah Qalisha itu.
 
 
“Beritahu aku Qal.” ujar Zafar lagi kepada sahabatnya Qalisha.Tiba-tiba airmata wanita itu mengalir tanpa berkata walaupun sepatah perkataan.
 
 
“Beritahu apa ? Apa yang mahu aku beritahu kepada engkau lagi ? Perasaan aku ini , engkau lakukan seperti sampah sahaja semenjak zaman persekolahan.Baik buruk Hani itu ada engkau tegur ? Tetapi apa yang aku hadapi dan cuba luahkan , aku pula dipersalahkan kembali.Sakit Zafar , rasa sakit sangat.” ucap Qalisha di dalam linangan airmatanya.Dia tidak dapat lagi menahan rasa sebak di dada.
 
 
“Jom ikut aku.” ucap Zafar lembut dan tenang kepada sahabatnya Qalisha itu.Tnagan gadis itu terus ditarik lembut dan dibawa menuju ke kenderaan.Segala pesanan makanan juga telah dibatalkan.Setibanya mereka di dalam isi perut kenderaan , pintu juga telah dikunci oleh Zafar.Dia merenung wajah ayu Qalisha yang kini berada di dalam tangisan.
 
 
“Kenapa engkau susah sangat hendak melupakan apa yang aku buat dahulu , Qal ? Aku sudah beritahu engkau , aku cintakan Hani seorang sahaja.Biarpun sekarang dia sudah menjadi milik lelaki lain , tetapi dia tetap berada di dalam hati aku.” ucap Zafar tenang dan memperjelaskan tentang isi hatinya kepada Qalisha.Airmata Qalisha semakin deras mengalir.
 
 
“Sebab itu engkau tidak dapat apa yang engkau mahukan , Zaf.Engkau terlalu banyak menyakiti hati orang lain untuk mencapai kebahagiaan palsu.” ucap Qalisha dengan nada menyindir sahabatnya Zafar.
 
 
“Engkau sibuk hendak menjaga perasaan perempuan yang sudah selamat menjadi milik orang lain ? Habis perasaan aku macam mana , Zafar ?.” soal Qalisha yang ingin mempertahankan haknya.Zafar terdiam dan terpaku memandang wajah Qalisha itu.Tiada jawapan yang hendak dia berikan.Dia mati kata-kata.
 
 
“Engkau mahu aku terus diam dan lupakan semua tentang kita ? Tidak.Aku tidak akan lupakan walaupum secebis tentang kita , Zafar.Engkau mahukan Hani untuk apa ? Sedangkan engkau tidak jujur dengan hati dan perasaan engkau sendiri.” ucap Qalisha yang membuat luahan terhadap Zafar.
 
 
 
 
 
Suasana di kediaman Tan Sri Huzair tenang dan damai di petang hari.Pada hari ini , Tariq Dzakwan dan isterinya Tihani Dzakirah telah berkunjung pada waktu petang ke kediaman Tan Sri Huzair dan Puan Sri Sarimah.Mereka berkunjung untuk melawat kedua orang tua mereka itu.Tihani Dzakirah telah membuat makan petang kegemaran bapa mertuanya Tan Sri Huzair iaitu cucur udang.Bapa mertuanya itu menjamu cucur tersebut dengan penuh berselera sekali.
 
 
“Pandai menantu babah ini memasak ya.” puji Tan Sri Huzair kepada menantunya Tihani Dzakirah.Wanita itu sudah menyimpul senyum apabila dipuji di hadapan ibu mertua dan suaminya.
 
 
“Lihatlah isteri siapa babah ?.” soal Tariq Dzakwan membangga diri.Tan Sri Huzair hanya mengerling menyampah terhadap anak lelakinya itu.
 
 
“Tetapi bila Hani hendak memasak abang tidak bagi pula.” kutuk Tihani Dzakirah selamba kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Tariq ini memang begitu Hani , bonda juga tidak dia bagi memasak jika dia ada di rumah.Tetapi , untunglah jika dapat suami begini , Hani.” jelas Puan Sri Sarimah kepada menantunya Tihani Dzakirah.Wanita itu tersenyum nipis kepada ibu mertuanya Puan Sri Sarimah.
 
 
“Sebenarnya , babah panggil Tariq dan Hani ke sini untuk berikan sesuatu , tetapi lain pula yang babah dapat bila kamu berdua datang.” ujar Tan Sri Huzair bergurau dengan menantunya Tihani Dzakirah sambil menunjukkan cucur udang di tangannya itu.
 
 
“Tidak mengapalah babah , sudah rezeki babah.” usik Tihani Dzakirah pula terhadap bapa mertuanya Tan Sri Huzair.
 
 
“Ada apa sebenarnya babah panggil kami ke mari ? Ada urusan penting ke ?.” soal Tariq Dzakwan ingin tahu.Tan Sri Huzair mengambil sesuatu di dalam poket bajunya.
 
 
“Penting untuk kamu berdua.” ujar Tan Sri Huzair ringkas tetapi padat.Sampul tersebut di hulurkan kepada Tariq Dzakwan.Berkerut dahi Tihani Dzakirah yang mendengar penjelasan bapa mertuanya Tan Sri Huzair itu.Sampul tersebut dibuka oleh Tariq Dzakwan dan mengeluarkan isi di dalam sampul tersebut.Terkedu seketika mereka berdua , apabila isi di dalam sampul tersebut adalah dua keping tiket penerbangan ke luar negara.
 
 
“Apa ini babah ? Kenapa buat semua ini ? Membazir sahaja.” ujar Tariq Dzakwan lembut dan tenang kepada bapanya Tan Sri Huzair.
 
 
“Membazir ? Membazir apanya ? Babah buat untuk kamu berdua dapat luangkan masa bersama.Seminggu kamu ambil cuti mana cukup , Tariq.Pergilah bawa Hani ini lihat tempat orang.Jauh perjalanan luas pengalaman.Betul ke tidak , sayang ?.” akhir katanya diajukan soalan kepada isterinya Puan Sri Sarimah yang berada di sebelahnya itu.
 
 
“Betul !.” balas isterinya Puan Sri Sarimah tanpa ragu-ragu.Tihani Dzakirah tersipu malu melihat acara romantis ibu bapa mertuanya itu.
 
 
“Babah dan bonda ini macam mama dan papa juga.Romantik sangat.” puji Tihani Dzakirah kepada ibu dan bapa mertuanya Tan Sri Huzair dan Puan Sri Sarimah.
 
 
“Orang yang selalu kita lihat sering romantik dengan pasangan walaupun sudah berumur , mereka itu adalah orang dan golongan yang telah diuji berulang kali dengan ujian kehidupan.Bahagia mereka akan dapat dilihat di saat hari tua mereka.Sama seperti babah dan bonda.Puas sudah kami bertikam lidah.Akhirnya keputusan tetap sama iaitu bondalah pilihan babah.” jelas Tan Sri Huzair menasihati menantunya Tihani Dzakirah itu.
 
 
 
 
 
Suasana malam yang tenang di kediaman Tariq Dzakwan dan Tihani Dzakirah.Mereka telah pulang ke kediaman sebelum tiba dan masuknya fardhu maghrib.Fardhu maghrib telah ditunaikan serta fardhu isyak.Kain sajadah dan kain telekung dikemaskan semula lalu disimpan di tempat yang tersedia.Tihani Dzakirah lantas bangun dan mendekati suaminya Tariq Dzakwan yang sedang menghirup secawan air panas di atas tilam.Tangan suaminya dialihkan ke tepi dan dia duduk berhadapan dengan suaminya itu.Senyuman manis dihadiahkan kepada suaminya Tariq Dzakwan.Pipi mulus Tihani Dzakirah diusap dengan penuh kasih oleh suaminya.
 
 
“Abang , bila kita hendak mula berkemas barang untuk berbulan madu nanti ?.” soal Tihani Dzakirah lembut dan manja kepada suaminya Tariq Dzakwan.Tangan suaminya itu diusap lembut di dalam genggamannya.
 
 
“Sayang , sabarlah.Kita akan pergi dalam masa lima hari lagi.Tidak sabar sayang nampaknya ?.” usik Tariq Dzakwan terhadap isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Bukan sebab itulah , abang.Hani teruja yang kita akan ke luar negara untuk bercuti.Itu yang Hani tidak sabar.” jelas Tihani Dzakirah kepada suaminya Tariq Dzakwan yang membuat spekulasi palsi terhadap dirinya.
 
 
“Iya sayang , abang juga saja hendak bergurau dengan isteri abang ini.Kita buat persiapan perlahan-lahan saja ya.Barulah hati tenang hendak pergi honeymoon sebab semuanya teratur sahaja.” jelas Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Sayang , boleh abang tanya sedikit ?.” soal Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah dengan tenang dan lembut.
 
 
“Apa dia abang ? Tanyalah.” ucap Tihani Dzakirah lembut dan manja.
 
 
“Sayang masih simpan perasaan terhadap cinta lama ke ?.” soal Tariq Dzakwan berani walaupun persoalan tersebut bakal mengundang rasa cemburu dan kecewa di dalam hatinya.Tetapi dia hanya lagak tenang sahaja.Isterinya Tihani Dzakirah terdiam dengan pertanyaan suaminya itu.
 
 
“Masih.Tetapi Hani sedang cuba lupakan perlahan-lahan.” jelas Tihani Dzakirah dengan nada mendatar dan perlahan sahaja kepada suaminya Tariq Dzakwan.Keluhan berat dilepaskan oleh Tariq Dzakwan.
 
 
“Sayang , boleh sayang janji satu perkara dengan abang ?.” soal Tariq Dzakwan kepada isterinya Tihani Dzakirah.
 
 
“Apa dia abang ?.” soal Tihani Dzakirah lembut dan tenang kepada suaminya Tariq Dzakwan.
 
 
“Sewaktu kita honeymoon nanti , boleh ke sayang lupakan sekejap tentang semua ini ? Abang hendak menjalani hari bahagia kita tanpa sebarang masalah pun.Abang mahukan sayang sebagai seorang isteri yang sudah abang kenal lama.Bukan seorang isteri yang baru abang hendak tambat hatinya.Di situlah permulaan kisah cinta kita.Please sayang , beri abang peluang keemasan itu.” ucap Tariq Dzakwan bersungguh kepada isterinya Tihani Dzakirah.Terkedu Tihani Dzakirah apabila mendengar luahan hati suaminya itu.Dia benar rasa bersalah terhadap suaminya.
 
 
“Abang , Hani minta maaf jika selama ini abang terseksa dengan sikap Hani.” ucap Tihani Dzakirah dalam sebak.Dia tidak dapat menahan airmatanya lagi.
 
 
“Abang harap sayang faham akan situasi sayang dan abang sekarang ini.Kita suami isteri.Ada batas terhadap lelaki dan perempuan.Ternasuk batas hati dan perasaan.Rasa memang tidak perlu nak ada hati dan perasaan rasanya.” ucap Tariq Dzakwan agak tegas dengan penyataannya kepada Tihani Dzakirah isterinya itu.
 
 
“Abang , kenapa allah uji Hani dengan hati dan perasaan macam ini ? Kenapa rasa sukar untuk Hani hendak jatuh cinta kepada abang ?.” soal Tihani Dzakirah di dalam linangan airmatanya.Tariq Dzakwan terus sahaja menarik isterinya itu ke dalam dakapannya.
 

fuhh barulah rasa lega sebab dah publish uolls ! thank you for waiting..happy reading baby readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience