Rate

B A B 2

Romance Series 3312

Setelah 50 minit memandu menuju ke Kuala Lumpur, Sara tiba di hadapan sebuah rumah teres tiga tingkat. Dia membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Dia melangkah menuru ke arah pintu pagar rumah tersebut dan menekan loceng. Tiga minit kemudian, muncullah seorang lelaki yang berpakaian t-shirt merah dan berkain pelikat. Songkok di atas kepala lelaki itu menandakan lelaki itu baru sahaja selesai solat Subuh.

"Assalamualaikum, abang Daiyan." Sara memberi salam.

"Waalaikumsalam, Sara. Ya Allah, apahal datang pagi pagi buta ni? Abang ingatkan siapa tadi," ujar Daiyan yang terkejut melihat kelibat Sara yang berdiri di luar pagar.

Daiyan terus menekan butang pagar untuk membuka pagar utama. Sara terus menghampiri Daiyan dan mengikuti lelaki itu masuk ke rumah. Sara melabuhkan punggung ke sofa sambil menyandar. Terasa penat dan letih. Mengantuk pun ada dia rasa. Daiyan membuka songkok. Dia meletakkan songkok di atas kabinet kecil berdekatan tangga yang menuju ke tingkat atas.

"Sara tunggu sekejap. Abang kejutkan kak Syaz kau," kata Daiyan kepada Sara.

Sara hanya mengangguk kecil. Daiyan terus berlalu ke tingkat atas untuk memanggil isterinya. Sara memejamkan mata. Alangkah indahnya kalau dia tidur di sofa ini. Tapi mengenangkan si Daiyan tu lelaki, memang dia terus saja berbaring tidur. Sara segera mencelikkan mata apabila dia merasakan seseorang telah menepuk perlahan bahunya. Matanya jatuh pada susuk tubuh si kakak angkat kesayangan. Syazra.

"Sara,"

Sara tersenyum. Dia sempat membetulkan duduk . "Akak."

Daiyan melihat dua wanita itu seperti ada sesuatu ingin dibincangkan segera berlalu ke dapur. Menghidang apa apa yang boleh di makan sebagai alas perut sebelum bersarapan nanti.

"Sara buat apa kat sini? Bukan ke Sara---"

"Sara tak jadi kahwin."

Syazra membulatkan mata. Muka si adik ditenung. Sangat serius dan mendung. Kelihatan muram dan amat sedih. Sah! Sesuatu telah berlaku. Syazra duduk menegak. Dia membetulkan nada suaranya. Daiyan kembali ke ruang tamu dengan sebuah dulang yang berisikan tiga segas jus mangga dan sepinggan roti kering. Syazra terkedu apabila dia terpandang kotak jus turut serta dibawa. Ya Allah suamiku. Ingatkan dia hidang air ja, rupa rupanya kotak jus pun dia hidangkan. Alahai Daiyan.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" soal Daiyan.

Sara mendiamkan diri seketika. Dahinya berkerut apabila dia mengingati kejadian yang berlaku sebentar tadi. Daiyan dan Syazra memberi ruang untuk Sara sendiri bercerita. Tidak mahu mendesak gadis itu. Takut ada pula yang menangis nanti.

"Zaini, dia kena tangkap basah dengan Hanim," Dengan senafas, Sara berkata.

"Astaghfirullah al-azim..."

Serentak pasangan suami isteri itu mengucap panjang kalimah suci itu. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri seketika. Lidah Syazra terkelu. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan selepas mendengar kata kata Sara tadi.

"Jadi, Zaini akan kahwin dengan Hanim esok. Sara nak minta izin pada abang dan kak, Sara tumpang rumah akak buat sementara waktu ini. Kalau Sara dah jumpa tempat sesuai untuk Sara tinggal, nanti saya beritahu akak dan abang,"

Daiyan cepat cepat berkata. "Eh tak payah menyewa apa semua tu. Membazir ja. Tak apa, Sara stay je kat rumah abang dan kak ni. Bilik kat tingkat atas sekali tu kosong, kalau Sara nak Sara boleh guna bilik tu. Lagipun, kakak kau baru je kemas bilik itu semalam."

Syazra menyokong kata kata suaminya. "Yelah. Tak payah nak pindah pindah bagai. Kalau abang kau ke outstation pun, ada jugak orang temankan akak."

Sara lega apabila mendengar kata katanya diterima positif oleh pasangan itu. Dia mengambil segelas jus dan menenguk perlahan. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Kau berikan kepada Hamba-Mu ini, ya Allah.

"Petang nanti Sara tak balik ke sana?" tanya Syazra yang menginginkan kepastian.

Sara menggeleng. Perlahan sambil tersenyum kelat. "Tak, Sara nak jumpa Nisha dan Qanitah petang nanti. Ada hal nak dibincangkan."

Kepala Syazra terangguk angguk mendengar jawapan si adik. Kesian Sara. Sampai hati Hanim buat sebegitu pada Sara. Kalau aku kat tempat Sara, mungkin aku tak mampu nak tersenyum lagi. Aku doakan ada insan yang sanggup menerima kekurangan dan kelebihan adik aku ni. Amin. Kata Syazra dalam hati.

========================

Farhan baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Sejadah dia ambil dan segera dia sidai pada penyidai berdekatan pada bilik persalinan. Dia duduk di tepi katil. Tangan dia membuka satu per satu butang baju melayu yang digunakan dan segera dia menukar pakaian. T-shirt dan seluar sukan dia menjadi pilihan. Dia ingin berjogging sebelum ke pejabat setelah beberapa minggu kebelakangan ini dia sibuk dengan kerja. Sehinggakan tiada masa untuk melakukannya.

Tepat pada jam tujuh pagi, Farhan kembali ke rumah. Namun, rumahnya tetap sunyi sepi. Mungkin orang tuanya dan si adik masih tidur. Farhan berlalu ke bilik. Tuala mandi diambil dan diletakkan pada bahu. Farhan mengeluh kasar. Dia melihat ke arah iPhone 9 Plus berwarna merah yang terletak di meja lampu. Perempuan ni memang tak penat ke ganggu aku? Rimas tahu tak? Ya Allah.

Seketika, telefon itu berhenti berdering. Baru sahaja Farhan berjalan menuju ke bilik mandi, sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia menyambar telefon tersebut. Butang merah dia tolak ke sebelah kiri. Bahagian kenalan dia tekan. Nombor telefon Myra dia cari dan serta merta nombor bekas tunangnya dia sekat. Huh! Lega. Padan muka kau, Myra.

Dua puluh minit kemudian, Farhan keluar dari bilik mandi. Dia menuju ke bilik persalinan. Baju kemeja hitam dan tali leher berwarna merah menjadi pilihan. Selepas memastikan pakaian yang digunakan kemas, dia menyembur minyak wangi kegemaran berjenama mahal. Farhan mengambil briefcase, dompet dan telefon sebelum berlalu ke tingkat bawah. Dia melangkah ke meja makan. Ibunya, Datin Fartini dan Dato' Azhar si ayah turut berada di situ. Farhan mengambil tempat berhadapan dengan Dato' Azhar.

"Assalamualaikum dan good morning, mama abah," Farhan menegur.

Datin Fartini tersenyum. "Waalaikumsalam. Wah segaknya anak mama."

Farhan tersengih sengih bila mamanya memuji penampilannya hari ini. Namun, tidak bagi Dato' Azhar. Dia melipat surat kabar dengan kasar dan diletak di atas meja. Mata tuanya menjeling si anak sulung yang berselera bersarapan.

"Betul ke apa yang abah dengar Farhan putuskan pertunangan dengan Myra?" tanya Dato' Azhar.

"Ya," jawab Farhan sepatah.

Roti bakar bersalut jem nanas dia gigit sedikit. Dikunyah perlahan sambil menunggu reaksi abahnya tentang berita yang suam suam kuku sedih. Teh panas dihirup perlahan. Alhamdulillah, sedapnya.

"Kenapa Farhan buat sebegitu? Kamu tahu tak Dato' Azri tu ayah saudara kamu sendiri. Myra tu orang yang kita kenal sejak kecil. Abah ban-"

Farhan memotong percakapan si abah. "Farhan penatlah, abah. Asyik Farhan je jadi mangsa bila dia buat hal. Ingat Farhan ni tunggul kayu? Tak ada perasaan. Maaflah, kali ni Farhan tetap dengan keputusan Farhan. Farhan takkan terima balik Myra."

"Farhan Arrayan! Jangan buat malu keluarga!" sergah Dato' Azhar bernada tegas.

"Bawak mengucap abang. Tenang," kata Datin Fartini memujuk suaminya. Bergaduh pula dua beranak ni. Kata Datin Fartini dalam hati.

"Farhan pergi dulu. Maafkan Farhan kalau kali ni Farhan tak ikut cakap abah. Assalamualaikum."

Farhan menyalami tangan ibunya. Dato' Azhar yang membebel dia hiraukan dan dia terus melangkah ke pintu utama. Sempat juga, dia menghantar pesanan pada si adik yang mungkin sedang mandi agar berjumpa dengannya di pejabat.

-TBC-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience