Rate

B A B 3

Romance Series 3312

Sara memandang sekeliling. Alamanda Putrajaya pada waktu puncak kelihatan amat sesak dan penuh dengan pengunjung tak kira dalam negara mahupun pelancong. Sara menyedut perlahan Latte yang dia pesan tadi. Jam tangan di kerling seketika. Berkeut dahinya.

Mana minah dua ekor yang tak ada ekor ni? Kata dah on the way. Tapi, batang hidung pun tak nampak. Rungut Sara berkata dalam hati.

"Kak Sara!"

"Opocot mak kau hidung."

Sara terkejut lalu melatah. Qanitah yang menyergah si kakak tadi ketawa mengekek. Segera dia mengesat air mata di tubir matanya. Sara yang sedar akan kehadiran Ulya terus mendengus kasar. Geram.

"Sampai hati Anith kejutkan akak macam ni. Kalau akak ke heart attack tadi, gimana? Hah jawab pat," bebel Sara.

Qanitah menjelirkan lidah. Mengejek Sara. "Hantar kak ke hospitallah. Kat mana lagi kalau kak kena heart attack."

Si kakak mencebik.

"Sekejap, mana Nisha?" soal Sara pada Anith.

"Kak Nisha kerja."

Berkerut dahi Sara mendengar. Hairan. Nisha baru saja habis menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 2 minggu lepas. Takkan dah kerja terus kut. Memang tak boleh duduk diamlah budak perempuan tu.

"Dah kerja? Dia kerja apa?"

Qanitah mengangkat bahu. Dia baru saja tahu Nisha telah bekerja setelah menerima mesej gadis itu yang dia tidak dapat menyertai mereka berdua.

"Eh sekejap, bukan akak kahwin ke sekarang? Kenapa akak ada kat sini?"

Sara tersenyum. Cawan plastik berpenutup dia pandang kosong dan mengalihkan pandangan ke arah si adik kembali. Sara memicit micit jarinya. Mencari kekuatan untuk menceritkan segalanya. Qanitah hanya terdiam apabila melihat reaksi Sara yang mendung dan seperti orang yang kecewa.

================================

AZ Holdings Berhad.

Farhan kelihatan amat sibuk. Di mejanya, bertaburan kertas kerja yang dia semak dan betulkan serta pelan projek yang dia uruskan. Sudah bukan seperti meja. Farhan sambil meneliti dan membaca dokumen kerja, dia membuka butang lengan kemeja. Laju sahaja dia menarik lengan bajunya ke paras siku. Matanya masih melekat pada dokumen sehinggakan kehadiran adiknya langsung tidak disedari.

Nisha melangkah masuk ke dalam pejabat si abang. Dia memanjangkan leher. Meninjau kerja si abang. Mahu ternganga rasanya melihat keadaan pejabat yang besar itu. Bersepah dengan segala jenis dokumen kerja. Ni sebenarnya kerja ke menyelongkar? Di meja tetamu, terdapat beberapa helaian pelan yang tidak tersimpan dan beberapa dokumen yang bertimbun di sofa.

Ya Allah, siapa nak kemas semua ini? Takkanlah aku pulak? Aku mana mengerti. Abangku sayang kenapa pecat kak Myra si kepoh tu. Senanglah abang arahkan dia nanti, kemas semua ini. Bebel Nisha dalam hati. Dia dengan muka cemberut menghampiri si abang.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Eh Nisha, hai adik abang."

Ayat kemain manis. Huh! Dasar abang sewel. Nisha sengaja menghempas beg tangan di atas meja kerja Farhan dengan begitu kuat. Tersentak sedikit Farhan yang melihatnya. Bukan beshe beshe si adik ni. Dalam hatinya, dia berdoa agar Nisha tidak mengamuk dan mahu jadi P.A buat sementara waktu.

"Erm abang nak minta tolong kamu ni. Urgent sangat sangat," ujar Farhan yang pura pura mendung.

Selalunya, percakapan dia dengan Nisha tak selembut itu. Confirm ada yang menangis selepas berperang mulut. Selalunya yang jadi mangsa ialah Qanitah takpun Nisha yang akan teresak esak menangis.

Nisha mengangkat kening kiri. "Apa?"

"Jadi P.A abang ya? Bolehlah dik. Abang dah pecat Myra si kepoh. Gedik tahu tak? Boleh ya?" rayu Farhan lagi. Kedua dua tapak tangan dia dirapatkan dan membuat aksi comel minta selipar pada si adik. Memujuk si adik agar bersetuju.

"Kenapa tak abang Rayyan je jadi P.A abang?" soal Nisha.

"Tak mahulah, dia lelaki. Abang nak P.A perempuan. Tak nak lelaki," jawab Farhan dengan selamba. Mak ai, memilih jugak si kemetot ni. Tendang karang biar pengsan kat lantai pejabat ni.

"Abang ni kan, suka tau buat orang saki hati. Yalah, yalah orang jadi P.A abang tapi gaji orang tinggi sikit dari gaji si kakak kepoh tu ya?"

Farhan berasa gembira. Dia memanjat rasa kesyukuran. Alhamdulillah, si adik mahu jadi P.A nya. "Ya, gaji awak abang tinggikan sikit dari si kepoh."

Yesh! Nisha bangkit dari situ. Dia berjalan keluar dari situ dan segera berlalu ke meja kerja. Sebelum mulakan kerja, baik dia kemas segala barangan milik Myra. Huh, tak sudi dia nak kekalkan barang kerja cik kepoh itu. Mahunya kalau si tuan punya badan tahu, memang naya dia. Hahahahaha.

-TBC-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience