Rate

B A B 1

Romance Series 3312

The 39 Restaurant, Kuala Lumpur

Farhan memakukan pandangan pada suatu tempat. Tempat yang jelas melihatkan seorang wanita yang amat dia kenali dan paling disayang. Segera dia melangkah masuk ke restoran mewah yang terletak di tingkat 39 yang berada di PNB Darby Park. Tanpa dia sedari, dia berdiri tepat di hadapan meja wanita tadi. Di hadapan wanita itu kelihatan seorang lelaki yang segak mengenakan kemeja merah berserta blazer berwarna hitam.

"Aisy Myra," seru Farhan menyebut nama penuh wanita itu.

"Ya saya?"

Wanita itu mengangkat kepala dan mendongak sedikit kepala ke atas. Berderau darah Myra melihat tunangnya berada tepat dihadapannya. Segera dia berdiri dan menenangkan diri agar tidak panik dan gelabah.

"A... awak. Awak buat apa ka-kat sini?"

"Aku nak makanlah, ingat nak cari calon isteri ke hah?" jawab Farhan dengan penuh sarkastik. Geram.

"Myra, siapa ni?" soal lelaki yang bersama Myra. Myra tersentak mendengar soalan yang terpancul dari mulut lelaki itu. Dengan gelabah yang ditahan, Myra memperkenalkan Farhan pada lelaki itu.

"Haiqal, dia ni Farhan Arrayan Dato' Azhar, CEO AZ Holdings merangkap kawan baik saya," ujar Myra dengan penuh senyuman palsu di bibir.

Farhan menjeling Myra. Tak sangka wanita itu sanggup mengata yang dirinya hanya sekadar kawan baik. Hei perempuan, aku ni tunang kau! Bukan tunggul kayu. Dasar penipu! Getus hati kecil Farhan yang menahan amarah. Dia mengalihkan pandangan pada muka Haiqal.

"Saya Haiqal, boyfriend Myra. Selamat berkenalan," kata Haiqal dengan senyum yang penuh makna. Dia menghulurkan tangan kepada Farhan.

"Boyfriend?" tanya Farhan dengan sinis. Sekali lagi, dia melihat Myra.

"Ya, saya boyfriend Myra. Kenapa?"

Farhan tiba tiba tergelak kuat. Semakin lama dia disitu, semakin hatinya ingin sahaja menampar Myra. Gelas tinggi berisikan air putih yang tersusun di atas meja Farhan ambil dan dia curahkan atas Myra.

Terkedu. Tergamam. Terkaku.

Mata Myra terbeliak. Haiqal terus menolak Farhan. Dia mengambil napkin dan segera mengesat basah pada gaun merah Myra yang basah.

"Kau buat apa ni!?" sergah Haiqal yang mula mengamuk.

"Aku buat apa? Hei Aisy Myra, kau dengar sini. Mulai hari ini dan saat ini, kau dan aku tiada apa apa hubungan dan kau boleh pergi mampus dengan boyfriend kau!" herdik Farhan dengan nyaring.

"Hei apa ni? Hubungan? Hubungan apa kau dengan girlfriend aku!"

Haiqal mencengkam leher Farhan. Dengan pantas, Farhan merentap tangan Haiqal dari lehernya. Bodoh! Mesti kena tipu dengan minah ni. Farhan membebel dalam hati. Dia membetulkan tali lehernya. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Haiqal. Matanya memandang tajam Myra. Myra yang perasan dirinya diperhati hanya menunduk malu.

"Aisy Myra ialah tunang aku. Tapi sekarang, kau boleh ambil dia. Aku dah tak perlukan dia lagi."

Serentak itu, Farhan berlalu keluar dari restoran tanpa memandang ke belakang lagi. Hatinya sungguh sakit. Sakit dipermainkan oleh wanita yang sama buat ke beberapa kalinya.

=========================

Kampung Pengkalan Durian, Seremban, Negeri Sembilan.

Di sebuah rumah. Tepat pada pukul 2 pagi. Riuh rendah kawasan rumah tersebut dengan sebuah kejadian yang berlaku. Pak Iman Haji Salleh dan beberapa orang lelaki berusia 50-an pun turut serta berada disitu. Kedengaran seorang lelaki memukul anak lelakinya dengan teruk sehinggakan terpaksa ditenangkan.

"Ahmad, sabar. Bawak mengucap. Ya Allah."

Kata Haji Salleh menenangkan Pak Ahmad yang mengamuk. Zaini yang dipukul bapanya hanya mendiamkan diri. Turut berada disitu juga, ibu Zaini dan keluarga bakal isteri Zaini. Semua yang berada di situ hany mendiamkan diri dan memandang ke tempat lain.

"Kenapa kau buat begini, Zaini!? Kau dah kenapa? Tak ada orang lain ke kau nak sehinggakan adik Sara pun kau kerjakan!? Astaghfirullah al-azim," marah Pak Ahmad yang menangis.

Zaini menundukkan kepala. Dia dan Hanim ditangkap basah di dalam bilik Hanim tadi. Betapa terkejutnya mereka berdua tatkala kelibat keluarganya turut berada di dalam bilik termasuk tunangnya Sara Afiqah. Sara dari tadi duduk di sebelah Hanim tanpa bersuara dan senyum yang menguntum di bibir.

"Petang esok kau dah nak kahwin, Zaini. Tapi, kau buat hal! Mana aku nak letak muka aku ni!? Ya Allah, aku memang tak guna!"

"Zaini mintak maaf, ayah. Bukan salah Zaini, tapi Hanim yang salah. Dia ajak Zaini ke bilik dia. Seperti yang apa dirancangkan," ujar Zaini.

"Kau tipu! Bukankah kau yang kata nak buat semua ini kerana tak nak kahwin dengan Sara yang bodoh ni!?" bidas Hanim dengan amarah.

"Hanim!"

Hanim terkejut mendengar Haji Suhaimi menyergah. Hanim kembali menunduk kepala. Takut melihat ayahnya mengamuk. Sara yang dari tadi diam tiba tiba bangkit berdiri. Dia membetulkan tudung dan sweater yang dia guna. Pandangannya jatuh pada muka Zaini. Begitu kosong padangan itu. Sekosong kosong hatinya yang penat meraih cinta dari seseorang yang tidak menyukainya.

"Esok, kita teruskan majlis seperti biasa," ujar Sara senada.

Hanim yang bengang turut berdiri. "Hei kak, kau dah gila!? Zaini sepatutnya kahwin dengan aku. Bukan dengan kau!"

Sara memusingkan badan dan memandang muka Hanim. Sambil sambil itu, dia meletakkan tangan pada dada. Sakit pulak hati aku dengan si sewel ni. Kalau aku baling dengan penyapu, dia pengsan tak? Marah Sara yang perlahan lahan mencarut dalam hati.

"Ada ke aku kata majlis esok aku yang nak kahwin? Aku akan ke Kuala Lumpur esok selepas kau dan Zaini bernikah. Aku buat semua ni kerana malas nak bertangguh tangguh lagi. Korang kahwinlah sana. Free of charge! Dah aku nak tidur. Penat layan korang ni. Buat malu je."

Semua terdiam apabila Sara dengan dingin berkata sebegitu. Sara terus melangkah ke bilik dan menguncikan bilik. Serentak itu, Sara memusingkan badan dan terduduk menyandar. Perlahan lahan, airmata yang dia tahan dari tadi jatuh mengalir di pipinya. Sakit, sedih, duka. Semua rasa yang ada sekarang ini dalam hatinya bercampur baur. Kalau dia tak ingat akan ibu dan abah, memang dia pijak sahaja Zaini dan Hanim.

Dasar bimbo! Ingatkan pandai, boleh berfikir dengan baik. Rupa rupanya, sungguh bimbo. Aku ni yang tak berapa cerdik pun tahu benda itu berdosa. Tak suka aku cakap awal awal, tak payah nak malukan keluarga masing masing. Getus hati Sara.

Sara bangun dari terduduk. Airmata dikesat kasar. Dia menghampiri almari baju. Bagasi berwarna kelabu dia ambil dari atas almari. Almari dibuka dan semua pakaian dia keluarkan. Sara meletakkan semua itu di atas katil dan melipat sebelum disimpan dalam bagasi.

Setelah memastikan semua dah dikemas, Sara menarik keluar bagasi. Kelihatan orang kampung telah beredar dari rumahnya. Cuma, keluarga Zaini sahaja yang tinggal. Mungkin sedang berbincang tentang majlis yang akan berlangsung pada esok hari. Dengan selamba, Sara menyalami tangan Haji Ahmad dan isteri serta ibu bapanya dan keluar dari rumah itu tanpa memandang Hanim dan Zaini yang kelihatan marah atau malu dengan apa yang dia lakukan.

"Sara nak kemana sayang?" soal Hajah Rani yang resah.

Sara menghela nafas seketika. "Sara nak balik ke Kuala Lumpur. Bos kata dia perlukan pekerja. Maafkan Sara, ibu. Sara kena pergi dulu. Assalamualaikum."

Haji Sulaiman dan Hajah Rani berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu yang anak sulungnya terluka. Mereka mendoakan agar Sara selamat dan tidak melakukan apa apa yang boleh membahayakan dirinya tatkala kelibat kereta Sara hilang dari pandangan.

Tak guna kau, Sara! Tak apa, tak apa. Kali ini, kau buat aku malu. Ada masa, aku akan buat kau berasa lebih malu lagi sehinggakan kau merayu. Marah Hanim dalam hati sambil mengepal tangan. Rancangan untuk memalukan kakaknya gagal apabila diri sendiri yang mendapat malu.

-TBC-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience