The Meet

Fantasy Series 4559

Sedang Enn asyik menjahit rekaan terbaru topinya, kawan baiknya, Sophie ditemani oleh Ava ( pekerja dikedai topi ) datang menyapanya, " Enn ! Aku balik awal ea hari ni ? Ada barang yang aku kena beli untuk mak aku ." Tanpa banyak cakap, Enn mengangguk mengiakan .

"Enn! Tengok kat padang tu !" kata Sophie . "Itu istana Edward kan ? Yang boleh bergerak tu ? Bestnya kalau aku boleh jumpa Edward tu ".

"Jangan beranganlah Sophie . Edward tu nak perempuan cantik macam aku je . Bukan macam kau " balas Ava sambil ketawa . Sophie pun turut ketawa sama dan mereka pun berlalu pulang .

Tiba2 Enn teringatkan sesuatu . Terus dia bergegas kedapur untuk melihat keperluannya . Dia pun mengeluh panjang ( Huuuuuuhhhhhh )

"Macam manalah aku boleh lupa beli barang dapur niee ! " bebel Enn kepada diri sendiri .

Entah macam mana Enn boleh lupa untuk beli barang-barang keperluan harian dia, dia pun tak faham . Nak taknak dia terpaksa tutup awal kedai topi mendian bapanya . Kalau tak, dia nak makan apa malam nanti . Dahlah jalan tengah sesak dengan perarakkan untuk hari kemerdekaan . Terpaksalah dia guna jalan dalam yang lebih memeningkan kepala .

Berjalan kaki lebih mudah berbanding menggunakan kenderaan di dunia ajaib ni . Maklumlah, macam2 benda ada berkeliaran di semua tempat . Dunia ajaib katakan . Untuk pengetahuan korang, manusia yang ada dalam dunia ni sama je macam dunia biasa . Ada baik ada buruk .

Speaking about something bad, di hadapan Enn sekarang ada dua orang polis yang berbadan sasa, good looking tapi perangai macam h**** . Kalau tak percaya tunggi kejap lagi ( ahahaha macam korang boleh nampak jee kan ? )

"Hai Enn ! Nak pergi mana ?" tanya Stuart yang memang terkenal dengan perangai playboynya . Steve disebelahnya hanya tersengih .

"Saya nak pergi pasar . Nak beli barang dapur . So, tolong ke tepi dan jangan kacau saya . Saya nak lalu" balas Enn dingin .

"Alah Enn, temanlah kitaorang . Sekejap pun takpalah . Boleh, Enn ?" tanya Steve .

"Sombonglah Enn ni . Perempuan lain senang je kalau kitaorang ajak temankan " tambah Stuart sambil mendekati Enn .

"Jangan kacau saya !" balas Enn keras sambil mengundur kebelakang .

Tiba-tiba ...

"Maaf Sweetheart, saya lambat "

Muncul seorang lelaki yang OMG! handsome gila2lah senang cerita terus memeluk bahu Enn . ( korang bayangkan lah sesapa yang korang minta )

"Kan saya dah kata tunggu saya di kedai . Kita pergi sama2" sambungnya .

"Hei2 . Kitaorang tengah sibuk ni" kata Stuart yang nampak tak puas hati .

"Ouh really ? It's look like you both is going away" kata lelaki itu menggunakan magiknya untuk menghalau Stuart dan Steve .

Aku hanya diam tak terkata .

"Well Enn, hati2 bila kat luar ni . Walaupun tak semuanya polis berperangai macam tu, awak tetap kena hati2 oke ?" kata lelaki misteri itu .

"So, till we meet again dear" lelaki itu berlalu tanpa memperkenalkan dirinya . Dalam keadaan itu, ada yang memerhati dengan perasaan marah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience