New Friend

Fantasy Series 4559

Awal pagi lagi Enn dah bangun daripada tidur untuk pergi mencari Edward walaupun hakikatnya dia tak tahu Edward berada dimana . Tapi dia tetap nak cari Edward juga supaya sumpahan yang dikenakan keatasnya hilang .

      Dengan berbekalkan sedikit keju dan roti, Enn keluar dari rumah kedainya dengan senyap . Dia perlu pastikan tiada seorang pun pekerja di kedai topinya itu sedar tentang pemergiannya itu . Well if they know pun, at least diaorang tak tahu yang Enn dah berubah jadi perempuan tua .

      " This is it . Aku kena cari Edward untuk buang sumpahan ni " Enn memasang tekad di hatinya .

      Enn menuju ke kawasan berbukit yang bernama The Wicked Witch Hill dimana disitu terdapat ramai ahli sihir / wizard ( senang cerita tempat tinggal ahli sihir tu semualah ) . Typically orang yang dah beruban dan tua, Enn mengambil masa yang lama untuk bergerak .

      Dia bergerak perlahan-lahan didalam keadaan permukaan bukit yang tak rata dan berangin kuat . Dari pagi sampai ke petang dia berjalan di bukit itu tetapi apabila dia toleh kebelakang, dia masih boleh nampak bandar tempat dia tinggal . Enn mengeluh .

      " I never gonna make it with these legs . " Kata Enn .

Dia mengambil keputusan untuk duduk berehat sebentar sambil menikmati makan petangnya itu . Roti + keju . French food .

      Sambil Enn berehat dia memandang sekeliling untuk cari apa-apa kayu untuk dijadikan tongkat untuk menyokong dia berjalan . Ada sebatang kayu di dalam semak yang Enn fikir sesuai untuk dijadikan tongkat . So, dia pun pergilah untuk keluarkan dan guna kayu itu .

      Dengan kudrat tuanya yang tak seberapa, dia berjaya keluarkan kayu itu . Tapi yang membuatkan Enn terkejut adalah itu bukan kayu biasa . Ia adalah orang-orang ( patung yang biasanya nampak kat sawah padi ) .

      Yang peliknya orang-orang itu boleh berdiri dengan sendirinya . Jadi Enn fikir mesti orang-orang itu pun dah terkena sumpahan .

      " Macam mana kamu boleh berdiri tegak dengan sendiri ? " dia bertanya .

      And obviously yang orang-orang tu dia tak boleh bercakap langsung . Enn meneliti orang-orang itu . Kepalanya diperbuat daripada lobak putih dan memakai topi . Bajunya kemas walaupun terdapat sedikit kesan tanah padanya .

      " Well saya tak boleh gunakan awak sebagai tongkat . Jadi, nice too meet you " kata Enn sebelum beredar .

      Enn berjalan lagi dalam kesejukan angin petang dengan kekuatannya yang tinggal . Dia menoleh kebelakang untuk melihat sekiranya dia sudah bergerak jauh dari bandar . Tapi lain pula yang dia nampak .

      Dia nampak orang-orang yang dia tolong tadi melompat mendekatinya .

      " Awak tak payah ikut saya . Awak tak hutang apa-apa pun dengan saya " katanya bila orang-orang itu sudah berada disisinya .

      Orang-orang itu memberikannya sebatang tongkat yang canti dan sangat sesuai dengan dirinya .

      " Terima kasih . Tapi kalau awak boleh carikan tempat berehat untuk saya malam ni saya amat terhutang budi pada awak, Turnip Head " katanya .

      Orang-orang itu pun berlalu .

      " Mungkin aku jadi menyakitkan hati bila dah tua ni " bisiknya .

      Selepas setengah jam berjalan, Enn terduduk . Dia takkan berjaya mencari Edward dengan keadaannya sekarang . Dia ternampak orang-orang yang dia panggil Turnip Head . Turnip Head seolah-olah ingin mengatakan sesuatu kepadanya .

      " Bau kayu yang terbakar . Mungkin ada kabin berdekatan kawasan ni " Enn berkata sambil melihat Turnip Head . Dia berjalan sedikit dan melihat dengan tidak percaya . Bukan kabin yang Turnip Head jumpa untuknya tetapi sesuatu yang dia sendiri tak percaya .

      " Edward's moving castle ?! " jerit Enn . " Bukan itu yang saya maksudkan bila saya kata tempat berehat . " keluh Enn .

Tapi bila difikirkan balik, dengan cara itu dia akan berjumpa dengan Edward nanti . Jadi,

      " Macam mana saya nak masuk dalam istana tu ? "

Suspens : Dapat ke Enn masuk dalam istana tu dan berjumpa dengan Edward ? Just wait ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience