Deal with You

Fantasy Series 4559

      Enn memerhati keadaan sekeliling di dalam istana itu selepas dia berjaya masuk kedalamnya dengan bantuan Turnip Head . Walaupun lobak putih adalah sayur yang dia paling tak suka, dia tetap berterima kasih kepada Turnip Head  .

      " Bukan ini yang saya bayangkan bila sebut pasal istana . " kata Enn .

      Istana yang biasa kita lihat mestilah kemas, mewah dan bersih . Tapi ini sebaliknya yang terjadi . Istana Edward yang orang selalu sibukkan itu tak terurus, bersepah dan kotor .

      " Well this is not what i expect when they said about castle " . Keadaan didalam istana itu tak ubah seperti kandang haiwan . Dengan sampah merata-rata, pinggan mangkuk yang kotor dan tak tersusun . Keadaan itu membuatkan Enn bertambah penat .

      Enn mengambil keputusan untuk duduk berehati di sebuah kerusi yang diletakkan dihadapan unggun api ( pendiang ) . Dia duduk berehat selepas penat seharian berjalan walaupun jarak yang dia jalan takde lah jauh mana pun .

      Unggun api yang marak itu menghangatkan badan Enn yang kesejukkan . Tengah Enn seronok berehat, tiba-tiba ...

      " Macam mana kau boleh masuk dalam istana ni ? Bukan sembarangan orang boleh masuk dalam istana ni ! " tanya api itu .

      Enn yang pada awalnya tak tahu siapa yang bertanyakan soalan itu kepadanya hanya mendiamkan diri .Tapi dalam hati, dia terfikir juga siapa yang tanya dia soalan tu .

      " Takkanlah api tu yang tanya aku " Enn bisik pada diri sendiri .

      " Hei nenek ! Macam mana kau boleh masuk dalam istana ni ?! " tanya api tu lagi .

      " A talking fire ? " tanya Enn . " Are you Edward ? Are you a kind of demon or something ?" tanya Enn lagi .

      " Easy lady . Aku ialah The Great Fire Demon or kau boleh panggil aku Luis . " jawab Luis .

      " Fire demon ? Then, kalau betul kau The Great Fire Demon, mesti kau boleh batalkan sumpahan aku . " jawab Enn .

      " Of course tapi sumpahan yang dikenakan pada kau kinda worst you know . Kau taknak bagitau aku ke siapa yang buat kau macam ni ? Mesti kau tak boleh beritahu sesiapa pasal sumpahan kau kan ? " tanya Luis .

      Enn tak terkejut yang Luis tahu pasal sumpahan tu sebab dia sendiri demon . Mungkin Luis pun dikenakan sumpahan ke atasnya . Takkanlah Luis jadi macam tu atas kehendaknya sendiri, kan ?

       " Kau pun dikenakan sumpahankan ? Apa kata kita buat deal ? Kau cari cara untuk hapuskan sumpahan aku dan aku akan buat yang sama dekat kau " cadang Enn .

      " Hmm ..... Okey " jawab Luis .

Setelah berbual panjang dengan Luis Enn pun terlelap dikerusi itu .

        ( Well, semua benda boleh jadi okey dalam imaginasi )

* Korang boleh bagi idea korang untuk episod seterusnya dekat komen *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience