Tepat jam 10 pagi, Kib dan Wan pergi ke pasaraya borong berdekatan untuk membeli barangan jualan pada petang ini. Kib membelek-belek senarai yang perlu dibeli manakala Wan mengira-ngira wang modal. "Eh Wan, agak-agaknya kalau kita buka gerai awal sedikit kau rasa bertambah tak untung?" soal Kib penuh semangat.
"Hmm Kib, kau ni kan kalau aku smackdown ni, memang aku tak rasa dosa tu datang" berkerut muka Kib mendengarkan ayat Wan. " Yelah, kau ni dari semalam lagi dok fikit pasal untung" balas Wan sambil menolak troli.
"Takdelah Wan, kau ni asyik perli aku je. Aku nak juga merasa untung yang banyak. Boleh la kita pergi melancong hahaha" Gelak besar Kib sambil memikirkan destinasinyang menarik untuk melancong bersama sahabat baiknya, Wan.
KIB menyusung meja dan kerusi berkonsepkan vintage di hadapan foodtruck mereka dengan penuh kemas. Mereka mula menjalankan perniagaan pada jam 3 petang selepas selesai solat Zuhur.
"Bang, dah buka ke?" tegur seorang pelanggan. "Dah buka. Boleh order disana, makan disini" senyum Kib penuh bangga apabila sudah ada pelanggan yang datang. Pelanggan itu tersenyum dan lalu berjalan ke arah kaunter.
"Hello Kiki, awalnya buka kedai hari ini" tegur Puan Tutu
"Eh mama, mama buat apa kat sini? Ayah mana?" Kib berbasa-basi. Sebenarnya mamanya agak kerap datang ke kedainya. Tapi dengan kedatangannya mama, untungnya sentiasa banyak kerana mamanya pandai melayan pelanggan. Biasalah, mamanya bukan orang biasa-biasa. Asyik-asyik buat TikTok, mengalahkan anak muda lain.
Puan Tutu tersenyum mendengar soalan anaknya "Kiki tanya mama macam mama datang sini sekali sebulan. Ish kecil hati mama tau" Puan Tutu pura-pura merajuk.
"Alahai mama, Kiki gurau je. Mama janganlah ambil hati. Nanti tak cantik muka mama. Mama datang sini seorang sahaja?" Pujuk Kib apabila mamanya memalingkan muka.
"Takdelah, mama datang dengan ayah. Mama ni mana reti nak bawa kereta mahal tu. Kiki dengan ayah je boleh bawa. Ayah Kiki tu ha masuk dalam pasaraya, katanya nak beli barang" balas Puan Tutu.
Kib mengangguk lalu sambung mengelap meja.
"Wan, Mama nak burger ayam crispy satu!" Laung Puan Tutu terhadap Wan yang telah dianggap seperti anaknya.
"Oke ma". Wan terus memotong roti burger kepada 2 bahagian. Bunyi minyak setelah ayam dimasukkan kedengaran di sekitar foodtruck.
KAIN YANG SEDIKIT terangkat dibetulkan Lydia dengan penuh kemas. Cukup cantik Lydia pada hari ini dengan sanggul yang kemas di kepala dan sedikit aksesori di leher.
Selesai sahaja menghantar adiknya ke tempat kerja menaiki kereta, Lydia terus ke butiknya. Sebagai seorang bos yang berjaya, Lydia sentiasa akan pergi ke butiknya walaupun sudah memiliki pekerja yang boleh diharap.
"Nah, ambil pizza ni seorang satu" Lydia meletakkan 2 kotak pizza di atas meja makan.
"Wahhh terima kasih bos" ujar Sofea, tukang jahit berbakat yang sudah 3 tahun bekerja di situ. Mereka makan dengan penuh berselera sambil mendengar lagu daripada kumpulan Westlife - Beautiful in White.
Lydia membelek-belek buku rekaannya sambil menikmati sekeping pizza. "Ha Aina, macam mana dengan pasangan terlebih ulat haritu? Mereka ada berkenan ke dengan mana-mana design kita?"
Lydia teringatkan sebuah pasangan yang cukup syarat untuk membuatkan para pekerjanya muntah.
"You, I nak design yang buatkan I nampak seksi. You tengok lah design yang ni, ish nampak I muslimah kan? You tak suka I nampak macam makcik-makcik betul tak?" terlenggok-lenggok badan perempuan itu sambil memeluk tangan kekasihnya.
Aina tahan gelak mendengarkan ayat berbaur menyampah yang diucapkan perempuan itu. "Kalau cik nak design yang sedikit seksi, apa kata cik tengok design yang ni?"
Aina menunjukkan sebuah design karya Lydia kepada pelanggannya.
"Karya itu menunjukkan busana yang sedikit seksi dimana bahagian tulang bahunya kelihatan tetapi bahagian dada yang ditutup serta mengikut tubuh badan dan sedikit mengembang di bahagian kaki. Taburan manik Swarovski Surabaya yang diletakkan di setiap tulang busana menaikkan lagi aura seksi cik apabila menikah nanti di pelamin nanti" jelas Aina penuh bersemangat.
Perempuan itu melihat design busana sambil kening terangkat. Kakinya disilangkan dan kepalanya dilentokkan ke atas bahu kekasihnya.
'Eh minah ni, sofa bos aku beli punyalah mahal' gerutu Aina.
"You suka tak dengan design ni? Berapa harganya?" soal lelaki itu.
"Design yang ni memang kami buatkan khas dan hanya ada 1 sahaja. Jadi agak mahal harganya sekitar RM30,000" Aina senyum.
Buntang mata lelaki tersebut apabila mengetahui harga yang mahal itu. "You, I rasa design ni tak sesuailah untuk you"
"I suka lah design ni. You dengar tak dia cakap apa? Design ni ada sehelai sahaja tau. Khas untuk seorang sahaja. I nak yang ni tau. You sayang I kan?" Rengek perempuan itu.
Tergeleng-geleng kepala Lydia apabila mengulang kembali peristiwa tersebut.
"HAHAHA konfem jadi la bos. Dia percaya bila Aina cakap tu design satu-satunya di dunia ini" ucap Aina sambil mengangkat ibu jari kedua-dua tangannya sambil menggigit bawah bibir kiri.
"Nanti korang semua jangan lupa buat yang terbaik untuk busana yang ni tau. Ni design yang paling saya suka" jelas Lydia sekali lagi.
"Baik bos" keempat-empat pekerjanya menjawab serentak.
"Lepasni akak nak pergi beli makanan dan minuman kedai depan tu, korang ada nak kirim?" Lydia bertanyakan pada pekerja-pekerjanya.
"Takde bos" jawab mereka.
"Bos, tapaukan choco frappe 1 hehe" ujar Kak Maznah merangkap pembantu peribadinya.
Lydia langsung berjalan keluar dengan penuh bergaya.
==================
"KIB KAU BAGI burger ni kat meja no 2 lepastu tengokkan burger ni. Aku nak ke tandas sekejap" Wan memberikan sepinggan burger dan kentang goreng kepada Kib yang sedang melayan pelanggan lalu terus ke tandas.
"Jemput makan kak" ujar Kib setelah makanan diletakkan diatas meja pelanggan.
Kib berjalan ke arah foodtruck sambil menyanyi dengan perlahan. Gayanya sudah seperti Teletubbies jika dilihat.
"Bang, Air Choco Frappe 2!!" Terjengket-jengket kaki Lydia apabila ingin memesan pesanan kerana foodtruck mereka terlalu tinggi.
"Ha apa dik?" Kib bertanya semula kerana kurang jelas.
"Saya nak Air Choco Frappe 2" bagitahu Lydia sekali lagi.
Kib segera meletakkan pisau mentega di atas papan penghiris dan pergi ke arah suara tersebut.
Berderau darah Kib apabila melihat sosok perempuan yang berdiri di hadapan foodtruck miliknya.
"Oiiii momok!!" laung Kib
Berikan saya semangat tau untuk menyambung novel Cinta Abam Foodtruck
Share this novel