PERTEMUAN

Romance Series 1815

"Oiiii momok!!"

Terkejut Lydia 'suara tu? Panggilan tu? Aishhhh' bergelora hati Lydia apabila tiba-tiba dia dijerit. Lydia lantas mengangkat wajahnya 1,2,3 saat muka Lydia berubah berang.

"Apa momok-momok? Kau nak sangat ke momok bertenggek kat kedai kau ha?!" Balas Lydia marah. Tidak peduli dengan orang di sekeliling.

"Apa yang nak ? Momok tu sendiri datang bertenggek. Tengok tu ha, aku tak panggil pun dia dah ada" bibir Kib dijuihkan kearah Lydia. 'Aduhh lama betul si Wan ni ke tandas' bebel Kib didalam hati.

"Dah diam lah. Ni, air mocha frappe aku nak 2" balas Lydia tidak mahu memanjangkan isu memandangkan dia perlu kembali ke butik kerana banyak hal perlu dilakukannya.

Berkerut dahi Kib mendengar pesanan Lydia "Oi momok, kau memang tak reti nak baca menu ke? Cuba kau tengok menu tu, cantik-cantik aku tulis. Ada kau nampak aku tulis air mocha frappe?" Kib menjawab dengan nada memerli.

Lydia langsung melihat ke arah menu yang ditulis di papan hitam

(Burger Ayam Crispy Rm5)
(Burger Double Ayam Crispy Rm8)
(Set A Rm10)
....
....

"Aik, kedai bapak lawo cenggini takkan lah kau tak jual air?" Tanya Lydia kehairanan. Tak mungkin pelanggan disini makan tanpa minum.

"Aku bukannya tak jual air. Tapi kalau air kau minta tu level kayangan manalah aku pandai buat. Lagipun kedai aku ni dua air je. Teh O ais, Teh Ais" jawab Kib malas melayan. Pelik betul Kib macam mana punyalah besar Kelantan ni, boleh dia terserempak lagi dengan minah ni.

Lydia masih tidak puas hati "Habis, tak ada lah ni air aku?"

"Aku cakap tak ada, tak ada lah. Air kayangan kau tu, pergi cari di Tealive ke, Starbuck ke. Nak frappe bagai, buat sendirilah" Kib membalik daging burger di atas pemanggang.

"Malang betul nasib aku jumpa si gendut ni" bebel Lydia sambil menyeka rambut di dahi.

"Momok oi, apa kau ingat aku pekak ke sampai tak dengar apa kau cakap? Aku gendut ke boroi ke, ada aku ambil lemak kau? Tak ada kan, so shut up!"

Lydia menghentakkan kakinya dan menyepak dinding zink van foodtruck Kib. Lydia langsung memasuki pasaraya untuk membeli air.

Tercampak ayam yang dipegang Kib akibat terkejut "Woi gila, aku racun kau baru padan dengan muka kau".

Wan yang baru kembali daripada tandas terkejut melihat Kib sedang mencari sesuatu di lantai "Kib, kau kenapa duduk terbongkok-bongkok macam tu?"

"Mana kau pergi Wan?! Aku tengah cari ayam ni, terjatuh tadi" jelas Kib tentang kedudukannya. Mendengarkan itu, Wan turut sama mencari ayam.

Wan senyum dan mengangguk-angguk apabila melihat seketul ayam yang disaluti tepung berada di belakang tong gas. "Nah!" Wan membaling ayam yang jatuh itu kepada Kib.

"Haihh, kurang rezeki aku hari ini. Siap kau minah momok!" Wan langsung membuang ayam yang penuh dengan keenakan itu ke dalam tong sampah.

"Wan, kenapa kau lama sangat pergi tandas?" Soal Kib yang hairan dengan kehilangan kawan baiknya pada saat dia memerlukan.

"Hehe sorry la. Bukan yang kecil, yang besar pun aku buang" Wan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kib memberikan jelingan maut kepada Wan, masih bengang dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Kib memeriksa keadaan ayam gorengnya yang baru sahaja dimasuki kedalam minyak panas. 'Kalau aku jumpa lagi perempuan tu memang aku siat-siat kulitnya'

============

Siang bertukar malam.
Masa berlalu begitu pantas.

"80,90,100,110,150,200,210 ringgit. Pergh lebih Rm200 kita dapat untung harini Wan" Kib mengira lagi untuk kali ke dua.

Duit dikira lagi "...200,210 ringgit, perghh betullah memang melebih RM200"

"Argh aku tak percaya" Kib mengira lagi untuk kali seterusnya

Tiba-tiba duit tersebut dirampas oleh Wan. Wan lalu duduk bersila di sebelah Kib sambil mengira duit.

"Ha betul lah apa kau kira tadi, 210. Nak banyak mana?" Wan mengangkat keningnya sambil memandang Kib.

Kib tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tak sangka jualannya pada hari ini mendapat hasil yang baik.

"Tapi aku rasa kalau ayam tadi tak jatuh, makin untung kita" perli Wan.

Kib memberikan jelingan tajam kepada Wan "ish, kau mana tahu apa yang terjadi. Apa yang kau tahu, tinggalkan aku je" geram betul Kib apabila Wan tiada semasa saat getir.

"Aik, kau dah kenapa? Sebelum ini aku tinggalkan kau 30 minit , tak ada pula kau bising. Kali ini , tak puas hati pula" pelik Wan mengenangkan sahabatnya yang tiba-tiba moody.

Kib memandang televisyen yang tidak mengeluarkan suara sambil menggetarkan kakinya "Wan, kau ingat tak momok yang terlanggar aku tempoh hari?"

Wan terdiam sejenak cuba menggali semula memori lama, lalu Wan tergelak kecil "Ha, kenapa dengan jodoh kau tu?"

"Eh kau ni jangan nak buruk sangat lidah tu. Tak pepasal lidah kau bernanah"

Geli Wan mendengar perkataan "nanah" "Ew kau ni sentap pula. Ha kenapa dengan momok kau tu?" Wan gelak, suka kenakan sahabatnya.

"Tadi masa kau pergi tandas, dia datang kedai kita pastu..."

"Eh cup" potong Wan. "Perempuan itu datang ke kedai kita?"

Kib mengangguk.

"Maksudnya perempuan itu duduk di sekitar sini kan?"

Kib mengangguk lagi.

"Oke WOW! SPEECHLESS. So, apa masalahnya?" Tanya Wan. Pelik dengan Kib kerana itu pun nak dijadikan topik.

"Kau tahu tak Wan, momok tu datang kedai kita pastu minta air Choco Frappe. Kau rasa? Lepastu aku bagitahu yang kedai kita tak jual air yang dia nak. Lepastu dia perli kedai kita punya cantik tapi tak jual air yang macam tu. Pastu aku bagitahu lagi yang kedai kita jual dua air je. Pastu kau tahu tak? Momok gila tu sepak foodtruck kita!! Eh kurang ajar betul" Bersungguh Kib menceritakan apa yang terjadi siap dengan gaya tangan lagi, sudah macam penari raver.

Wan mengangguk-angguk dengan mulut terlopong mendengar kisah Wan yang penuh emosi.

"Oh, lepastu?" Tanya Wan tanpa perasaan.

"Ish kau ni, tak syok betul aku cerita bila kau respon macam tak ada perasaan" Kib mengusap-usap perut boroinya yang membulat ke hadapan.

"What ? REALLY? AFTER THAT?!!" Wan berubah 100% dengan kedua-dua tapak tangann niya diletakkan dimulut serta kakinya digerakkam dengan cepat. Persis perempuan gedik.

Risau Kib dengan kesihatan mental sahabatnya, Kib berpindah ke sofa yang lain sambil memandang aneh ke arah Wan. "Eh lari pula kau ni" perli Wan.

"Yelah kau tu gedik semacam. Risau aku".

"Pulak. Abes, yang ayam terjatuh tu kenapa?" tanya Wan.

"TERJATUHLA! DAH AKU TERKEJUT" Kin menjegilkan matanya kearah Wan yang masih tidak faham dan agak lambat.

"Kau pun satu Kib. Dia tu kan pelanggan kita. Sepatutnya kau jawablah baik-baik. Janganlah kau kasar-kasar dengan dia. Haih. Tak pasal kau tambah lagi satu masalah dengan dia. Sepatutnya, kau boleh bezakan mana profesional dan peribadi. Malukah orang ramai tengok. Sepatutnya kau jaga imej kedai kita. Tak baik tau kau gelarkan dia macam tu lepastu kau tengking dia. Kau tu lelaki..jantan. Kasihan dia tau" panjang lebar Wan memberikan ceramah percuma kepada Kib. Iyalah! Buat malu sahaja.

Terdiam Kib mendengar bebelah Wan 'betul juga'. Tiba-tiba dia merasa bersalah.
"Hm aku masuk tidur dulu Wan". Kib bangun dan terus masuk kedalam biliknya.

"Sentaplah tu". Wan mencebikkan mulut. Televisyen ditutup dan Wan kedapur untuk memasak maggi.

Di atas katil, Kib mengelipkan matanya sambil mengingat apa yang terjadi. Tak pernah dia berkasar dengan perempuan.

"AHHH AKU RASA BERSALAH SANGAT" jerit Kib dalam hati. Selimut ditarik sehingga menutup mukanya yang bambam.

Terima kasih semua sudi support saya. Kalau dapat beri support walaupun sedikit, saya sudah gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience