"ADUHH beratnya benda ni!" bebel Kib sambil mengangkat besi angkat berat. Berpeluh-peluh dahinya dan hanya dalam 2 angkat sahaja, dia sudah menyerah. "Dahlaa Wan, jom balik" .
"Eh laa cepat betul kau mengalah, kata nak kurus??", perli Wan, merangkap sahabat dan rakan niaga foddtruck Kib.
"Ish, memangla aku nak kurus tapi sabarlah, mahunya terkoyak otot-otot lengan aku", Kib muncung sedepa mengenangkan rakannya yang suka memerli. Mereka berdua segera mengambil botol air yang diletakkan di bucu kerusi lalu pergi ke kaunter untuk membayar.
"Amboi, baru 10 minit masuk dah nak keluar?" ujar penjaga di kaunter.
"Esok 20minit pula bang, lama-lama konfemm sejam punya tapi abang doa la supaya saya kurus dah waktu sejam tu" tersengih-sengih Kib sambil menayangkan giginya yang putih dan tersusun elok.
Mereka berdua keluar daripada GYM BRADER sambil bersiul-siul. Petang-petang begini memang jalan raya agak sibuk kerana ramai orang balik daripada kerja. Kib bersiul-siul sambil berjalan tiba-tiba....
BUPP!! "Auchhhh sakitnya"
"Oii jalan tu pakai mata laa, sakit tahu tak!! Dahla badan bulat semacam!" terjegil mata Wan mendengar kaliman yang diucapkan oleh perempuan itu. "Tapi cantik jugak", bisik hati Wan.
"Amboi-amboi cik adik manis lenggang kangkung, sedapnya kau mengata aku ya. Kau tu, jalan tak pakai mata. Dah macam gaya momok dah aku tengok dengan rambut serabainya" Puas hati Kib boleh balas semula ibarat bom atom HAHAHA.
Dengus perempuan itu "Habis kalau aku momok, kau tu apa? aku tengok macam ada iras-iras jin aladdin pun ada. Tu haa pipi kau tu besar sangat itu yang tak nampak manusia jalan di depan" lega rasa hati bila dapat keluarkan amarah. Gelak besar perempuan itu.
Zupppp, bahana punya perempuan "Dahla makeup setebal, rambut mengalahkan gaya momok, baju tak cukup kain! Aku rasa puntianak lagi HELOKK daripada kau"
"Watchaaaa" Perempuan itu pun terus menyepak betis Kib "AAAAAAA SAKITLA GILA". Tersenyum puas perempuan itu lalu lari masuk ke dalam pasaraya berdekatan.
"HELLO MAMA, mama tahu tak tadi kan ada perempuan gila mana entah Kiki terlanggar pastu dia kata pipi Kiki besar tu yang tak nampak jalan" Wan menggeleng kepala melihat rakannya mengadu apa yang terjadi pada hari ini kepada mamanya. Begitulah Kib, walaupun duduk satu negeri bersama emaknya yang sudah "kayangan", tetap juga ingin hidup berdikari bersama Wan.
Kib mengangkat tangan tanda 'sekejap' kepada Wan yang mengajaknya makan malam.
Puan Tutu tergelak kecil "Cantik ke budak perempuan tu Kiki? Entah-entah jodoh Kiki" gurau Puan Tutu. "Ish mama ni ke situ pula" muncung Kib.
"Ye laaa, Kiki tu kekasih pun tak ada. Umur dah 29 tahun, bila la mama nak dapat menantu" ujar Puan Tutu. "Okelah Kiki, mama nak teman ayah pergi makan malam. Bye Assalamualaikum" -papp-
'Waalaikumussalam mama' jawab Kib sambil menyepetkan matanya. Puan Tutu memang begitu, belum sempat jawab salam mesti terus letak. Kib meletakkan telefonnya di atas sofa.
Bau wangi semerbak lauk siakap tiga rasa membawa Kib ke meja makan. "lauk apa kau masak malam ni Wan?" tanya Kib.
"Amboi kau sudah tahu bertanya pula. Yang ni 10 hengget". "Onzz" Kib menunjukkan ibu jari tanda "thumbs up".
"Em Wan, kau rasa harini kita cuti agak-agak berapa kita rugi? Aduh kalau tak, konfem dah merasa 100 ringgit hari ini" Kib berkira-kira untung jualan.
"Lahhh kau ni, berkira sangat. Kita ni kerja kena lah ada waktu cuti untuk "healing" haaa. Kau tahu healing tu apa??"
"Mestilah aku tahu, tapi bila diimbas semula hari ini emm tak ada healing pun. Menyerabutkan kepala adalah" Bebel Kib mengenangkan kisahnya harini yang berjumpa dengan seorang momok yang sombong. Eiii geramnya.
"Haaa tu la kau, siapa suruh kau tak menangkan dia? Dia kan perempuan" Wan angkat keningnya.
"Abess kalau dia perempuan apa masalahnya?" balas Kib. "Perempuan selalu menang Kib" ujar Wan sambil tergelak-gelak. "Eh dah la, nanti semua pinggan mangkuk kau cucikan ya. Aku nak pergi OTP dengan Aina" Wan terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
LYDIA MENGHEMPASKAN badannya di sofa menunggu adiknya pulang daripada kerja. Sakit betul hatinya mengenangkan lelaki yang gemuk tadi. "Dahla tak nampak orang jalan lepastu kata aku MOMOK?! Aku yang punyalah cantik ni dia panggil aku momok. kurang asam betul"
Sepaket kecil Milo dituangkan ke dalam segelas air panas untuk dinikmati Lydia.
"Assalamualaikum!!!! Akak kat mana?!" - laung Uni
Lydia pantas meletakkan gelasnya di atas meja lalu pergi ke ruang tamu hadapan.
"Ish kau ni dik, kot ye pun rindu nak tengok muka akak ni, kau janganlah melaung kuat macam tu. Dengar jiran sebelah" bebel Lydia tentang perkara yang sama setiap hari kerana sikap adiknya yang tak pernah berubah.
Lydia terus menarik tangan adiknya ke arah sofa. "ish akak ni tarik-tarik Uni macam ni tak lain tak bukan mesti nak bergosip kan" menonong Uni dibuat kakaknya.
Lydia terus menceritakan detik-detik seram yang berlaku terhadapnya tadi kepada adiknya. Berdekah gelak adiknya mendengarkan gosip hangat terbaru "Kak, yang akak pergi sepak betis lelaki tu sudah kenapa? Aduhaiii santai betullah kakak Uni ni" Uni menggelengkan kepalanya.
Lydia tersenyum penuh bangga "Dah dia kata akak macam tu, memang merasalah penangannya" Uni mengangguk tanda mengiyakan. Begitulah kakaknya, tidak pernah kalah!.
Agaknya apa akan terjadi pada Kib selepas terkena sepakan percuma?
Share this novel