Rate

BAB 1

Family Completed 1353

“Ibu....ibu sayang adik tak?” Tanya Mawarni kepada ibunya.

”Kenapa adik tanya macam tu? Mestilah ibu sayang adik....adik kan anak ibu.”Kata Mak Seha kepada anak bongsunya.

Semenjak ketiadaan suaminya,Mak Seha terpaksa mengambil alih tanggungjawab yang telah ditinggalkan oleh arwah suaminya.Peristiwa bot karam sejak 5 tahun lalu masih segar dalam ingatan Mak Seha.Nahas tersebut telah meragut nyawa suaminya yang amat dicintai.

“Ibu,mana ayah? Adik rindu dengan ayah.Adik nak tolong ayah berkebun.Mana ayah?” Tanya Mawarni sambil menatap gambar arwah ayahnya.

”Ayah sudah tiada,sayang.Dia sudah pergi bertemu Tuhannya di sana.Janganlah sedih,ibu kan ada?” pujuk Mak Seha.

Tanpa sedar,butir-butir jernih telah membasahi pipi Mak Seha.Lantas Mak Seha memeluk anak bongsunya.

Setiap Subuh,Mak Seha terpaksa turun ke ladang getah milik Tuan Ramli untuk menoreh getah bagi menampung perbelanjaan mereka dua beranak.Anak-anak Mak Seha yang lain sedang bertugas di bandar.

Mak Seha mempunyai 4 orang anak,3 lelaki,1 perempuan.Abang-abang Mawarni sedang bertugas di Ibu Kota Kuala Lumpur.Along seorang Jurutera,Angah seorang Doktor Pakar,dan Abang Cik pula seorang Ketua Polis di Kuala Lumpur.

Sudah hampir 4 tahun anak-anaknya tidak pulang ke kampung..sibuk barangkali..

Setiap hari,Mak Seha setia menanti panggilan telefon yang sering dibuat oleh anak-anaknya.Tetapi,penantiannya ibarat

“mencurahkan garam ke laut”

“Sudahlah bu,diorang sibuk dengan kerja masing-masing.” Sapa Mawarni perlahan sengaja tidak mahu ibunya terkejut.”Ibu rindu diorang,dik...Ibu nak dengar suara diorang lagi.Lama dah ibu tunggu,dik...sibuk sangat ke? Balas Mak Seha sambil menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience