Rate

BAB 6

Family Completed 1353

”Adik...sudahlah tu...nanti kitorang nangis sekali...adik tak kesian ke dekat kitorang?” Kata Along.

”Along...Along tak sedar ke? Ibu pergi sebab korang lebih utamakan kerja berbanding melawat ibu di kanpung.Along tahu tak? Setiap pagi ibu tunggu panggilan telefon daripada korang.Tapi..apa yang ibu dapat? Along kejam!!!” Bentak Mawarni.Along terdiam mendengar penjelasan adik.

”Along mintak maaf...Along tak sepatutnya utamakan kerja...” Balas Along perlahan.

”Along tak patut mintak maaf dekat adik...pergi mintak maaf dekat ibu...Along sepatutnya mintak maaf dekat dia..Orang tua yang dah mengandungkan Along selama 9 bulan 10 hari tu..Along sedar tak?” Tengking Mawarni tidak dapat menahan sakit hati.

Setahun kemudian...Mawarni telah menerima pemergian ibunya dengan hati yang ikhlas.Rombongan meminang daripada Prof Umar telah diterima oleh Mawarni...

Assalmualaikum...Kami datang ni ada hajat...kami ingin meminang adik saudara...” Kata wakil pihak lelaki...

”Boleh kami tahu siapa yang ingin menikahi adik saya? Adik saya terima saja siapa yang datang meminangnya.Dengan syarat...Dia ingin mengetahui siapakah bakal suaminya.”Balas Along.

”Ini gambarnya...Namanya Syed Umar Rayfal Bin Syed Zamri.” Jelas wakil pihak lelaki.Terkedu Mawarni tatkala mendengar nama bakal suaminya.

”Prof Umar?” Ucap Mawarni apabila terpandang satu susuk tubuh di ambang pintu.

”Assalamualaikum Mawarni ? Awak terima pinangan saya?” Tanya Prof Umar yang inginkan kepastian.Mawarni hanya mampu mengagguk kerana masih terkejut dengan perkara yang sedang berlaku.

Usai majlis perkahwinan mereka,Mawarni terus mendaki anak tangga untuk ke biliknya.Penat sungguh Mawarni hari ini kerana perlu melayan tetamu yang hadir ke majlis mereka berdua.Mawarni ters menuju ke birai katil dan terus melabuhkan punggungnya di atas katil.

”Sayang? penat ya? Mandilah dulu baru rehat...nanti melekit badan tu...tak selesa pulak nak tidur...” Sapa Prof Umar lembut

.”Okaylah...saya mandi dulu...Abang duduk sini diam-diam.” Balas Mawarni sambil menggoyangkan jari telunjuknya kepada suaminya

.”Pergilah cepat...Abang pulak nak mandi lepas ni.” Pinta Prof Umar.

Akhirnya,Mawarni telah mengecapi kebahagiaan yang diimpikannya.Mawarni telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.Karl Tajuddin,Karl Aufal dan Ayesha Hadani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience