Rate

BAB 2

Family Completed 1353

10 tahun berlalu...berkat usaha dan kesungguhan Mak Seha,Mawarni kini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam jurusan undang-undang....nak saman abang-abangnya barangkali kerana tidak pulang kampung dan membiarkan ibunya sendirian..mungkin?

“Aku nak berjaya dalam hidup dan mengubah nasib keluargaku di kampung.” Desis hatinya sendiri.

Berat hati Mawarni hendak meninggalkan ibunya..Tetapi,kata-kata Mak Seha banyak memberinya semangat untuk mencapai kejayaannya.

”Kejarlah cita-cita adik.Jangan jadi macam ibu.Jadilah macam abang-abang adik.Tapi,satu aje pesan ibu...jangan lupa dekat ibu ya? Adik sorang aje anak perempuan ibu.” Pesan Mak Seha sebak.

”Baiklah bu,adik janji dengan ibu...Adik sayang ibu...Balas Mawarni sebelum berangkat ke USIM tempatnya melanjutkan pelajaran.

Setibanya Mawarni di USIM,dia terus mendaftar di kaunter pendaftaran.

Setelah mendaftar,Mawarni terus mencari asrama tempat tinggal mahasiswa dan mahasiswi.Setelah 10 minit mengelilingi bangunan tersebut,Mawarni berjaya menemui biliknya.

“Assalamualaikum?” Sapa Mawarni sambil menyelak dedaun pintu.

“Waalaikmsalam,jemputlah masuk.Saya Intan.Rakan sebilik awak.”Sapa Intan dengan senyuman yang sangat manis.

“Awak senior ke?” Tanya Mawarni sambil menyusun barang-barangnya di dalam almari.

“Ish..taklah..saya baru lagi.Saya daftar pagi tadi.Awak ambil course ape? Saya bidang undang-undang.”Balas Intan.

”Saya pun sama...” Jawab Mawarni gembira kerana sudah ada teman..Intan sememangnya seorang yang peramah,rajin,dan kuat agama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience