“Ya! Aku tau! Cuba bagi fakta yang aku tak tau.” Dayana semakin tidak sabar.
“Si Lily jaga kaunter tiket, jadi kerja cuma sampai 11.00 malam.”
“Halisha !” Suara Dayana sudah naik satu oktaf.
“Semalam… masa aku masuk pawagam 3, ada kejadian pelik sikit.”
Suara Halisha diperlahankan bimbang ada orang mendengar ceritanya.
“Kau dah jangan macam-macam.” Dayana sudah cuak tapi Dayana tidak peduli kerana dia mahu bercerita. Tidak mampu dah dia memendam sendiri apa yang dia rasakan. Hendak demam pun ada.
“Masa tu aku nak pastikan semua pintu keluar berkunci.”
“Aku jumpa seseorang kat pintu keluar tu. Dia kata dia dah tolong kunci. Dia kenalkan diri namanya Khalish. Katanya bertugas sebagai projectionist pawagam.”
“Khalish ? Projectionist?” Dayana memikir-mikir. Bilik projectionist di atas untuk jaga reel filem, untuk pastikan filem dimulakan mengikut jadual dan tak sangkut.
Biasanya dia jarang turun kerana sentiasa perlu ada di dalam bilik projectionist sampai habis filem terkahir.
Jadi memang patut kalau dia jarang berjumpa denganprojectionist. Otaknya ligat mengingat nama projectionist di situ. Bagi Halisha pula, jika dia belum sempat berkenalan dengan projectionist di situ memang padan sangat sebab dia pekerja baru.
“Khalish cakap muka aku macam staff lama kat sini… namanya Dina tapi dah lama menghilangkan diri tak datang kerja, tak tahu ke mana…”
“Dina?” Semakin berlapis dahi Dayana apabila nama itu disebut.
“Kau kenalkah dengan Dina?”
Share this novel