BAB 3

Thriller Completed 347

Sebaik anaknya masuk ke dalam rumah, kedengaran suara isterinya bertanyakan sesuatu. Dia menelinga perbualan di antara kedua beranak itu. Namun apabila kedengaran melengking suara isterinya, dia tak dapat menahan lagi. Dia perlu masuk campur.

“Mana saya tak marah, awak fikirlah sendiri. Saya nak naik tidur.” Kali ini isterinya mahu lepas tangan, biar suaminya yang ‘pandai’ sangat mengajar anak itu menjalankan tanggungjawabnya. Dia sudah penat.

“Ala… Bolehlah abah. Rita nak merasa kerja part time dengan kawan. Dia kata ada kerja kosong kat pawagam wayang.” Halisha memberitahu tanpa sedikitpun rasa bersalah balik lewat.

Hatta diam.

“Ala abah… Kerjanya bukan susah mana, kena rotation ikut minggu. Kadang jaga kaunter tiket, kadang jual makanan di F&B bar dan kadang jaga pawagam macam koyak tiket, buka-tutup pintu pawagam dan macam-macam lagilah.” Halisha menerangkan kepada ayahnya sebagKhalish a dia diberitahu oleh Pengurus Cawangan bernama Musa tadi. Yang dia tak beritahu, tadi dia bukan setakat menonton Conjuring tapi terus pergi temuduga jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan di pawagam wayang berhampiran rumahnya.

“Abah tak setuju!” Kali ini Hatta terus protes.

“Sekarang naik tidur!” Arahan terus diberikan.

“Tapi bah…”

“Tak ada tapi-tapi. Tadi abah nyaris nak buat laporan kat balai Rita hilang tau! Ada hati nak minta buat part time konon!” Tegas.

Halisha muncung. Mukanya masam. Tapi dia tahu, panas ayahnya bukan lama. Suam-suam kuku. Esok pagi dia yakin ayahnya akan beri keizinan sebab esok dia akan pakai uniform yang sudah diambilnya dari Encik Musa tadi. Dia tidak sabar untuk bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience