Petang jumaat Has dan meor bertolak ke kampung Tanjung Danau.
Perjalanan mengambil masa 3jam untuk sampai.
Mereka sampai waktu 8.30 mlm.
Terlihat halaman rumah sudah tersedia khemah menandakan akan ada kenduri rumah itu.
“Assalammualaikum “
Lafaz salam diberi kepada keluarga di dalam.
“Waalaikummusalam”
“Ekh abang ngah. Sahut Fahmi adik lelaki Harras yang kecil berumur 23tahun.
Has adalah panggilan yang digunakan memang sejak dari kecik lagi sehingga ke tempat kerja sekarang.
Mereka melangkah masuk beranda rumah itu.
Mak abah kenalkan kawan has satu unit.
Meor Daniel .
meor menyalam abah has
“Ekh encik ni bukan yang menyewa homestay cik Hanum itu hati ke?”
Ekh abah kenal ke kawan has ni” tanya has laju.
“kenal haritu kawan has ni datang menyewa homestay Mak cik hanum sana.”
Terang pak akob.
Laa jumpa lagi kita meh la masuk” pelawa pak akob.
“Ayah ko buka kedai dekat jalan depan tu ke? Tanya meor kepada has.
“Aha dah dekat 5tahun ada kot”
Alaa abah aku pencen askar tak biasa nak duduk sahaja dia buka la kedai runcit tu untuk isi masa lapang asalnya tak sangka menjadi jana pendapatan keluarga pulak.
Terang Harras kepada meor.
“Angah bawak kawannya pergi makan mesti la par tu.”
“ Mak kejap lagi la kami nak rehat sekejap.”
Sahut Harras laju.
“Angah esok pagi lepas subuh kita ramai ramai siap nak sembelih kambing.
Pak akob sampaikan pesan kepada anak bujangnya.
“Meor ko kalau nak mandi dulu pergi la bilik air di hujung sana sambil menunjuk arah toilet dibahagian dapur.
~esok pagi ~
Kenduri kalau di kampung memang seronok semua penduduk ringan tulang membantu.
Seperti keluarga sendiri.
Pagi tu Mak cik hanum dan adella bersiap untuk pergi ke rumah pak akob dan mereka telah siap sedia dengan 5biji kek coklat moist untuk diberikan sebagai sumbangan.
Adella mengenakan baju kurung cotton warna pink bunga kecik sama seperti yang di lihat meor dalam angaunya juga bertudung pink.
Adella sangat manis dan comel dengan busana baju kurung cotton itu .
Sesampai dirumah pak akob terlihat tetamu ramai membantu membuat kerja yang sudah di bahagikan jiran dan orang kampung.
Sejak tinggal bersama Mak cik hanum adella tidak kekok untuk membantu apa sahaja aktiviti mereka di kampung.
“Ibu kakak tolong ibu potong buah ni ya” tanya adella perlahan.
“Ha kakak tolong ibu basuhkan tembikai ni dekat belakang “
“
“Bawa elok elok licin bahagian dapur tu adella” laung isteri pak akob Mak munah.
“Ha ye la Mak cik”
Sahut adella perlahan.
Adella memperlahankan langkah kakinya bila terasa lantai agak licin sebelum sampai ke pintu belakang.
Entah mana silapnya kakinya sememangnya sudah tidak dapat menahan untuk berhenti laju menonong kedepan bersama dengan buah tembikai dipeluknya.
Meor yang sedang menarik getah paip dari luar terperanjat terus memegang dinding pintu dapur agar tidak terjatuh.
Adella tidak ada pilihan melainkan melepaskan buah tembikai terus bergolek laju keluar dan memegang bahu meor tidak bergerak.
Meor yang terperanjat terus melepaskan tangan memaut pinggang adella laju.
Mereka bertembung sekali lagi tanpa sengaja.
1 saad
2saad
3saad
Mereka sedar dan
“ekh apa pak cik buat dekat sini”
laju mulut adella menanyakan soalan untuk menyimpan malunya.
Baru Meor ingin menikmati keindahan didepan matanya.
Perkataan PAK CIK tadi telah buat meor tersedar.
“Ekh boleh tak jangan panggil aku pak cik” muka meor tidak puas hati.
Jantung mereka berdegup kencang terus saat terpandang sesama.
Hati hati licin ni “
Pesan meor lembut. Terus berlalu.
Adella memusingkan badannya untuk masuk ke dalam langsung lupa akan buah tembikai yang patut dibasuh tadi.
“Adella” gemesik suara yang memanggil dia tu membuatkan adella pusing.
Buah tembikai yang sudah ada di tangan fahmi disambut dan laju masuk ke dalam..
Share this novel