Bertunang

Drama Series 3938

Majlis pertunangan Meor dan adella berjalan seperti yang dirancang dan sudah dipersetujui kedua belah pihak untuk tempoh pertunangan selama 6bulan dek kerana pihak lelaki sudah cukup ready semua dan lebih tepat lelaki dah matang.

Walau sudah dilarang oleh puan ramlah meor tetap jugak mahu mengikut rombongan itu kerana rindu nak jumpa dengan bakal tunangnya.

Selesai sesi menyarung cincin oleh puan ramlah kepada pengantin pilihan anaknya pihak perempuan menjemput tetamu menjamu selera dan ada juga yang sedang bergambar untuk meninggalkan kenangan indah itu.

Meriah rumah mak cik hanum dengan tetamu yang hadir juga tidak lupa dengan jiran2 di kampung yang menolong. Begitula kehidupan di kawasan kampung hidup muafakat.

Adella sedia maklum akan tunangnya adalah PAK CIK itu, ini kerana ibu sudah memberitahu ketika kehadiran kedua orang tua meor semasa datang merisik.

**

Tika kehadiran puan ramlah Adella sungguh tidak menyangka dirinya akan dipinang oleh keluarga pak cik itu.
Adakah ini yang dikatanya oleh PAK CIK yang mana diakan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Adella adalah seorang anak yang baik dan sangat mendengar kata.
Puan Hanum hanya memberi pendapat dan sokongan sahaja dan mengikut apa sahaja keputusan anak daranya namun tidak sedikit memaksa.

Mak cik hanum sedar yang ingin berkawin itu adalah anaknya, tidak mahu peristiwa sebelum ini iaitu kakaknya mama adella sendiri 25tahun dahulu berbangkit semula.

Adella membuat keputusan menerima pinangan itu hanya kerana hatinya merasakan meor adalah seorang lelaki yang matang dan mampu mengasihi dia hingga akhirnya kerana perwatakkan meor sedikit seperti arwah ayahnya.

Adella dapat merasakan bahagia apabila Meor berada dengannya dia juga merasa sungguh selamat. Walaupun pertemuan pertama mereka agak berlainan dari pasangan lain.

**

Meor yang masih menunggu pihak perempuan memanggil untuk berjamu dan bergambar laju melangkah kaki tidak sabar melihat tunangnya Adella.

Adella menundukkan muka malu apabila ahli keluarga mengarahkan meor untuk bergambar sebagai kenangan.

Sememangnya berbunga hati adella apabila melihat senyuman meor lemparkan untuknya yang sangat manis dari sebelum ini, yang dilihat hanya potongan muka yang serius sebelum ini.

Meor yang mengenakan kemeja kosong berwarna biru dan segak tersenyum simpul melihat adella manis diatas kerusi jati dan sedia disiapkan dengan busana indah berwarna pulih lengkap bertudung dan tersedia mahkota kecil indah diatas kepala.

Solekkan tipis menyerlahkan lagi kecantikkan Adella membuatkan jantung meor bergegar laju tidak berhenti.senyuman adella disambut baik oleh meor dihujung pintu rumah.

“Hi” tegur meor kepada adella disebelahnya perlahan.

Senyap tidak mendapat balasan dari orang sebelah ya.

Meor menoleh dan masih menunggu balasan suara dari pemilik badan itu.

“Yeee “sahut Adella.

“Pak cik kenapa ?”
Ayatnya tergantung bila Meor laju memotong
“Iskh apa pulak PAK CIk”

“Panggil abang” balas meor perlahan.

Walaupun perbualan itu hanya mereka sahaja yang tahu namun cukup pandai mereka melempatkan senyuman yang indah kepada para tetamu disekelingnya.

“Ingat ya panggil aku abang”
Ayat terakhir itu kenal sikit perwatakan tunangnya yang seperti lelaki keras beku tidak romantic.

~ bersambung~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience