Adella hidup bersama dengan mak cik Hanum bersama dengan anak lelakinya (Muiz). Atas permintaan mak cik Hanum adella harus memanggilnya ibu untuk mengajar dan mendidik anak lelakinya lebih menghormati adella yang baru masuk dalam keluarga kecilnya itu.
Adella tidak kekok untuk menjalankan rutin harian bersama mak cik Hanum di kampung namun lebih bahagian dengan apa yang dimiliki sekarang..
Adella sentiasa membantu mak cik Hanum untuk mengerjakan kerja kerja rumah sekiranya memerlukan bantuannya..
“Kakak tolong ibu ke kedai depan sana nak “
“Belikan ibu gula dan oren dah habis “
Panggilan kakak juga di berikan kepada adella untuk merapatkan hubungamereka.
Mak cik Hanum akan terima customer untuk “ Homestay yang di tinggalkan oleh arwah suaminya sebelum ini. Semua urusan dilakukan sendiri namun dengan kehadiran adella dapat meringankan sedikit urusannya sekarang.
“ kakak!” Muiz nak teman ya.
Sejak berpindah ke kampung adella hanya berkawan dengan anak kecik itu sahaja, dek kerana sebelum ini dia membesar di luar kawasan .
“Ye la jom tapi jangan mintak macam macam tau ibu bagi duit sikit je ni” anggukan Muiz menandakan paham.
Berjalanlah mereka ke kedai pak akob sampai dan terus mencari barang yang di pesan oleh ibu tadi.
“ kakak Muiz nak ni boleh? Menunjukan ais krim oren yang lebih popular ais krim Malaysia .
Adella membayar di counter yang dijaga sendiri oleh pak akob. adella sedikit biasa dengan pak akob sejak tinggal di kawasan itu.
“Adella sihat”
“Sihat pak cik”
“Motor ibu rosak lagi ke? Risau pak akob melihat 2beradik itu berjalan kaki ke kedainya.
“Tak pak akob ibu sibuk jadi adella tolong ibu beli”
“Oo pak akob ingat motor ibu rosak”
“Muiz dah ke jom”
“Adella balik dulu ya pak akob”
Adella mengejar Muiz yang sudah meninggalkannya di belakang.
“Catch” sambil memengang tangan Muiz dan senyum.tanpa duga terlanggar sisi seseorang dihadapannya menyebabkan adella mundur setapak kebelakang.
Laju mulut minta maaf tanpa melihat muka orang yang dilanggarnya.”maaf pak cik”menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu.
Berlainan pulak dengan empunya badan melorot ke arah anak gadis yang sudah melanggar dia sebentar tadi, lebih geram bila di gelar “pak cik”
Share this novel