Rate

Prolog.

Romance Series 5767

Tangisan kedengaran mengisi segenap isi ruang tamu rumah itu, sekujur tubuh yang sudah berbalut dengan kain kafan itu hanya dipandangnya dengan pandangan yang sayu sahaja.

“ Abah, ” gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu mulai mengesot mendekati tubuh yang terbaring kaku itu. Surah yassin yang dibaca oleh tetamu yang menziarahi hanya sayup-sayup kedengaran.

“ Abah, kenapa tinggalkan Aira? Abah macam ibu juga, tinggalkan Aira. ” Aira sudah bertindak memeluk tubuh kaku abahnya itu. Wajahnya disembamkan pada kain kafan itu, dia masih lagi mentah mahu menghadapi dugaan sebegini.

“ Aira, ”

Aira langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut. Dia masih lagi sibuk meratapi pemergian abahnya itu.

“ Aira, jangan macam nih. Mak kan ada, mak akan jaga Aira macam abah. Mak janji, ” lengan kecil Aira ditarik lembut oleh Puan Marliana, iaitu ibu tiri kepada Aira.

Puan Marliana merupakan janda beranak dua yang dinikah oleh abahnya sejak dia berusia 7 tahun lagi. Jadi, dia mempunya seorang kakak tiri dan seorang adik tiri.

Aira tidak menjawab, bahkan dia hanya menangis sahaja. Ibu tirinya ini bukannya boleh diharap, talam dua muka! Di depan semua orang kampung, dirinya akan dilayan bagaikan puteri namun di sebalik semua itu, dirinya akan dianggap seperti orang gaji sahaja di rumah tersebut.

“ Abah, ” Aira hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Yang dia pasti, masa depannya akan berubah kelam selepas ini. Ini baru permulaan detik baru dalam hidupnya.

Ini baru permulaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience