Rate

Bab 1.

Romance Series 5767

Langkahnya dilajukan mahu menuju ke kawasan rumahnya, dia sudah berasa tidak selesa sedari tadi sejak dia berada di kedai runcit milik Pak Kassim itu. Barang-barang yang berada di dalam bakul yang bersaiz sederhana itu digenggam kuat.

Seliparnya yang sudah mahu terputus itu tidak diendahkan, malahan dia hanya mempercepatkan sahaja lagi pergerakannya itu. Haih, lelaki ini pun satu! Tidak reti mahu berhenti daripada mengekorinya.

Akhirnya, dia mengalah. Aira terus sahaja menoleh, kemudian matanya menjeling ke arah lain apabila melihatka lelaki itu yang tersenyum manis ke arahnya. “ Saya tak tahu apa yang ustaz nakkan sebenarnya, ” Aira terus sahaja mengeluarkan suaranya. Namun, tidaklah kedengaran kuat.

“ Saya tak nak apa-apa, saya cuma nak berkenalan dengan Aira saja. Sejak saya masuk dalam kampung nih, Aira aje yang berbeza. Aira macam tak sukakan saya ada dalam kampung nih, ” Zharif membalas, nada suaranya juga kedengaran lembut.

Aira mengerutkan dahinya. “ Berkenalan dengan saya? Penting sangat, ke? Ustaz, tolonglah. ” Aira berkata, dia benar-benar berasa tidak selesa. Sudahlah, jalan yang dilalui mereka ini agak sunyi sahaja.

“ Aira, ” Zharif tersenyum. “ Saya cuma pelik, kenapa awak macam layan saya nak tak nak aje? Tak macam orang lain yang ada dalam kampung nih, ” Zharif menambah lagi. Songkok yang berada di atas kepalanya dibaiki.

“ Ustaz, saya tak rasa yang saya kena buat benda tuh. Tak ada faedah, saya pun tiba-tiba ragu. Ustaz nih betul-betul ustaz, ke? Saya tak percaya wujudnya ustaz berperangai macam, nih. ” Aira menghela nafas, bukannya dia benci dengan kedatangan lelaki ini sejak beberapa minggu lalu cuma dia hanya tidak selesa.

Sudahlah lelaki ini mempunyai package yang cukup baik sekiranya dijadikan sebagai calon suami. Dengan budi bahasanya, wajahnya yang tampan, ilmu agamanya. Haih, anak dara manalah di kampung ini yang tidak terpikat. Kalau boleh, hampir penuh surau kampung mereka semata-mata mahu melihat ustaz itu.

Zharif akhirnya diam seketika. “ Macam nihlah, kita berkenalan perlahan-lahan dulu. ” Zharif sudah menukar topik lain. Aira bertambah-tambah tidak percaya.

“ Saya tak nak, ustaz nih mengarut! ” Aira akhirnya memusingkan badannya kembali, kemudian dia melangkah laju mahu meninggalkan lelaki itu secepat mungkin.

“ Haih, aku pun tak tahu apa yang aku buat. ” Zharif tersenyum lama. Belakang gadis itu dipandangnya hingga benar-benar hilang dari pandangan mata kasarnya.

***

“ Assalamualaikum, ”

Aira melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu dengan langkah yang berhati-hati. Kelibat Anisa, adik tirinya masih belum kelihatan. Agaknya masih belum bangun seperti kebiasaannya.

“ Kau dari kedai ke dari mana? ”

Aira tersentak, hampir terlepas bakul yang digenggamnya itu. Dadanya diurut perlahan menggunakan tanga kirinya. Dia memandang Puan Marliana itu. “ Mak, Aira dari kedai. Maaf, Aira lambat sikit. ” Aira menjelaskan dengan riak wajahnya yang bagaikan ketakutan sahaja.

“ Haih, kedai ke menggatal? Aku bukannya tak tahu perangai kau nih, nampak aje laki-laki dekat kampung nih. Hah, mulalah perangai tak tahu malu kau tuh! Lagi-lagi dengan ustaz tuh, ” Puan Marliana mulai menuduh. Matanya membesar, memandang anak tirinya itu.

“ Astaghfirullah, mak. Tak terfikir Aira nak buat benda tuh. Aira masih waras, dapat kawal apa yang Aira akan buat. Aira--”

“ Dah, dah. Sebelum kau mengarut tak tentu pasal. Kau dengar sini, ustaz tuh memang takkan pernah sukakan kau. Apatah lagi nak memperisterikan kau, dia cuma akan jadi bakal menantu aku sebagai suami Anisa. Kau faham? Tak payah nak berharap sangat, aku cuma ingatkan kau. Manalah tahu, kau dah pasang angan-angan nakkan ustaz muda tuh, ” Puan Marliana memotong laju. Dia tidak suka sekiranya anak tirinya itu mendapatkan apa yang seharusnya menjadi milik anaknya.

Aira hanya diam, kepalanya dianggukkan perlahan. “ Aira faham sangat, mak. ” tutur gadis itu pendek. Dia pun bukannya gatal mahuka lelaki itu. Lagipula, belum terlintas di kepalanya itu mahu bercinta. Kalau boleh, dia mahu mencari kerja untuk menyimpan sedikit wang. Kemudian, dia mahu menyambung kembali pelajarannya ke menara gading itu. Ya, itulah yang diimpikannya selama ini.

“ Oh, ya. Aku hampir lupa nak bagitau, lepas Asar nanti. Ustaz muda tuh nak datang sini, aku jemput dia supaya dapatlah dia rapat dengan Anisa. Sebab tuh, aku nak kau masak sedap-sedap! Dan, jangan sesekali berani nak tunjukkan muka kau nanti. Buat malu aje, ” Puan Marliana memberitahu, nada suaranya kedengaran angkuh sahaja.

“ Datang sini? ” Aira mengerutkan dahinya. “ Tapi, buat apa mak? Tak ke nanti jadi fitnah--”

“ Hey, hey! Kau diam, boleh? Kau bukannya ustazah nak nasihatkan aku! Kau tuh cuma anak yatim piatu dalam rumah nih, bersyukurlah sikit aku benarkan kau tinggal sini walaupun abah kau tuh dah mati! Dahlah mati pun masih menyusahkan, tak ada harta nak ditinggalkan. Yang ada kau aje, tuh pun bala! ” Puan Marliana terlebih dahulu memotong percakapan Aira itu.

Aira pula sudah sebak. Mengapa arwah abahnya masih juga dihina? Perlukah?

“ Yang kau tercegat macam tiang dekat sini lagi, kenapa? Akukan suruh kau pergi dapur, masak! Tak dengar?! ” Puan Marliana menninggikan suaranya kali ini. Geram apabila melihatkan gadis itu yang seakan-akan mahu membuatkan dia sakit hati.

Terkocoh-kocoh Aira bergerak ke dapur apabila Puan Marliana sudah meninggikan suaranya itu.

“ Ada anak dara pemalas pun tak guna, Anisa! Bangunlah, mata hari dah tegak atas kepala tapi kamu masih lagi membuta dalam bilik tuh! ” Puan Marliana akhirnya bergerak mahu ke bilik anaknya itu pula, Anisa.

Anisa memang begitu, setiap pagi bangun lewat. Petangnya, keluar bersama kawan-kawannya ke bandar. Mahu berseronok. Lagi satu, pemalas!

Atira, anak sulungnya pula berada di Kuala Lumpur. Bekerja di sebuah syarikat yang ternama di sana. Anaknya itulah yang membanggakannya dan sering dibanggakannya. Barangkali, kerana anak sulungnya itu baik, rajin dan pintar. Itulah yang membuatkan dia bertambah sayang terhadap Atira. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience