Rate

Bab 2.

Romance Series 5767

Matanya dibuka perlahan-lahan apabila dirasakan ada suara yang mengganggu tidurnya itu, wajahnya berubah masam apabila menyedari bahawa suara itu muncul daripada luar bilik tidurnya.

“ Kau nih, Nisa! Bila nak bangun?! Matahari dah tegak atas kepala, kau masih nak membuta! Haih, entah apa yang akan jadi kalau bukan aku yang kejutkan kau. Agaknya kau masih tak reti nak bangun! ” Leteran Puan Marliana kedengaran, suaranya tegas sahaja.

“ Hish, ” Anisa memejamkan matanya kembali, dia mahu menyambung tidurnya itu. Rasa kantuknya masih lagi belum hilang.

“ Nisa! Anisa! Kau dengar, tak? Hish, nih dah pukul 11 pagi! Dah aku bagi kau peluang, kau kena ingat yang ustaz muda tuh nak datang petang nih, ” Puan Marliana berkata lagi, geram juga rasanya apabila leterannya tadi langsung tidak memberikan kesan kepada anaknya itu.

Terus tegak tubuh Anisa apabila mendengarkan kata-kata emaknya itu. Aduh, hampir dia terlupa akan hal itu.

“ Orang dah lama bangunlah, mak. Ish, ” Anisa terus sahaja mencapai getah rambutnya yang disangkut pada kepala katil itu. Lalu, disanggul rambutnya itu.

“ Baguslah kalau kamu dah lama bangun, ” Puan Marliana membalas kembali, walaupun sebenarnya dia tahu yang anaknya itu menipu.

“ Kejap lagi Nisa keluar, ” Anisa berdiri lalu mencapai tuala yang berwarna pink itu. Dia mahu mandi, mahu menyegarkan badannya.

***

Peluh yang menitik di dahinya itu dikesat perlahan, lalu matanya memandang ke arah hidangan yang sudah disusun kemas-kemas di atas meja makan itu. Akhirnya, selesai juga kerjanya.

Sekarang ini, dia hanya perlu menyediakan air sirap iaitu minuman kegemaran Puan Marliana. Baru sahaja dia mencapai jug dari kabinet kayu itu, telinganya menangkap satu suara yang melaungkan salam dari luar rumah.

Aira menilik jam di dinding, patutlah! Terus sahaja gadis bertubuh kecil itu menyambar tuala yang sudah pudar warnanya itu lalu digunakan untuk menutup rambutnya. Kemudian, dia melangkah menuju ke pintu utama.

“ Waalaikummussalam, ” Aira membuka pintu tersebut, terus sahaja dia mengerutkan dahinya apabila melihatkan sesusuk tubuh yang memang dikenalinya itu.

“ Eh, Aira. ” Zharif tersenyum. “ Aira sorang aje, ke? Mak--”

“ Ustaz! Aduh, maaflah ustaz. Kami tak dengar sangat suara ustaz bagi salam tadi, biasalah sibuk dekat dapur tuh. Leka dengan kerja yang berlambak, ” Puan Marliana tersenyum palsu.

“ Tak apa, tak apa. Aira pun dah ada, taklah lama sangat saya tunggu dekat depan pintu nih. ” Zharif menggelengkan kepalanya beberapa kali menandakan yang dia tidak kisah dengan hal itu.

Anisa pula yang tidak senang mendengar kata-kata Zharif itu. “ Masuklah, ustaz. Buat apa kita nak berdiri lama-lama dekat depan pintu nih, ” Anisa berkata tiba-tiba.

“ Betul tuh, ustaz. Silalah, masuk.. ” Puan Marliana mengujar lembut. “ Nisa temankan ustaz dulu. Mak ada kerja nak buat lagi, ” sempat lagi Puan Marliana menghadiahkan jelingan tajam buat Aira itu. Aira pula sudah menundukkan kepalanya. Bagaikan takut mahu bertentang mata dengan ibu tirinya itu.

“ Baiklah, ” Zharif sempat lagi mengerling ke arah Aira seketika sebelum dia membuntuti langkah Anisa itu.

Puan Marliana mendengus. “ Kau--” Puan Marliana terus sahaja menarik kasar lengan Aira ke arah dapur itu. “ Kau sajakan nak tunjuk yang kau baiklah sangat depan ustaz, tuh? Eh, kau memang tak sedar diri ke apa? Kau jangan nak  mimpi yang ustaz tuh akan suka dengan kau, ” ujarnya apabila tiba di dalam dapur itu. Suaranya diperlahankan namun kedengaran tegas dan marah sahaja.

“ Tak, mak. Bukan macam tuh, Aira dengar ada orang bagi salam. Tuh yang Aira tengokkan, tapi tak tahu pula- ah! Mak, jangan.. ” Aira sudah menahan kesakitan apabila rambutnya mulai ditarik kasar oleh Puan Marliana itu.

“ Sekali lagi aku namak nampak kau cuba nak goda ustaz tuh, mampus kau! ” Puan Marliana memberikan amaran, terus sahaja dia melepaskan cengkamannya pada rambut Aira secara kasar itu.

Aira terus sahaja menunduk.

“ Dah, kau hidangkan makanan. Lepastu, masuk bilik kau. Jangan bagi tunjuk depan ustaz tuh, kau faham? ” Sekali lagi Puan Marliana memberikan peringatan.

“ Baik, mak. ” Aira mengangguk perlahan.

***

Usai makanan dihidangkan di atas meja makan itu, terus sahaja dia disuruh oleh Puan Marliana untuk memanggil Zharif dan Anisa yang rancak berbual di ruang tamu itu.

Baru sahaja Aira mahu melangkah mahu memanggil, telinganya sudah mendengar suara manja milik Anisa. Geli!

“ Kalau boleh, Nisa memang nak tiap-tiap hari pergi surau tuh. Tapi, yelahkan Nisa pun tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Mak tuh pun sakit selalu, Nisa juga yang kena jaga. Nak harapkan Aira, dia tuh manalah nak jaga. ” Anisa memberitahu. Dan, kedudukannya tersangatlah rapat dengan lelaki itu.

“ Oh,” Zharif sekadar menganggukkan kepalanya, dia bagaikan tidak berasa apa-apa dengan Anisa yang ada di sisinya itu.

Aira pula hanya mengerutkan dahinya sebelum dia menggeleng perlahan.

“ Nisa, mak panggil. Bawalah ustaz sekali, ” tutur Aira. Namun, dia langsung tidak memandang ke arah lelaki itu.

Anisa memandang ke arah Aira sebelum dia menjeling. “ Jom, ustaz. ” Anisa mempelawa, dia terus sahaja berdiri.

“ Eh, kejap. Aira tak ikut sekali, ke? ” Zharif menyoal laju. Dia memandang lama Aira itu.

“ Tak apalah, saya masuk dulu. ” jawab Aira pendek. Dia malas mahu berlama-lama di situ. Nanti dicopnya dia mahu menggoda lelaki itu pula. Terus sahaja dia bergerak masuk ke dalam biliknya.

Zharif sekadar tersenyum nipis sahaja, kemudian barulah dia memandang kembali ke arah Anisa. “ Jomlah, nanti mak awak tunggu lama-lama pula, ” katanya.

Anisa hanya menggangguk sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience